"Iye rasanya, patutnya anak Mak Ngah yang nombor dua tu pun datang tapi tadi tak nampak pun."

"Yang mana satu Kak Liya? "

"Ada... Tapi dia jarang jumpa kot dengan Mayra. Keluarga Mak Ngah kan duduk Sabah dulu. Masa Pak Ngah dapat tukar kat KL, dia terus masuk asrama kat kat KL. "

"So, dia kerja apa sekarang? "

"Dia polis. Berpangkat juga, tapi Kak Liya tak ingat pangkat apa. Tak tahulah dia balik malam ni ke esok, sebab polis kan. Tak tahu sangat dia ada shift malam ke ,"

"Oh.. Haah lah, Mayra tak cam pun muka dia macam mana. Tak apalah nanti dia dah sampai, Kak Liya tunjukkan eh. "

Memang aku tak cam pun yang mana. Yang aku kenal, Aizuddin, Azreen, Amzar dan Syuhaila. Abang mereka yang nombor dua tu aku tak cam pula. Kak Aliya mengangguk kemudian kami bersama-sama menonton televisyen. Mereka yang lain berada di luar rumah, di ruang makan dan di bilik. Kemudian datanglah beberapa orang kanak-kanak, aku rasa ni cucu Mak Ngah. Anak Abang Aizuddin kot dan Kak Azreen. Sebab anak milik Amzar yang sebaya denganku tu masih bayi lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 dan aku sudah mengantuk. Aku meminta diri untuk pergi ke bilik. Aku dan ibu menumpang di bilik Kak Aliya, manakala suaminya bertolak ansur untuk tidur di bilik Iqram.

Aku berseorangan sahaja di bilik ini. Ibu masih berbual dengan mak dan Mak Ngah rasanya. Mereka dah lama tak berjumpa, banyaklah tu topik yang dibualkan. Aku merebahkan diri di atas tilam nipis. Perlahan-lahan aku melelapkan mata. Semoga aku mimpi indah malam ni.

******

AKU terjaga di kepekatan malam. Aku mengambil telefon di bawah bantal. Pukul 3.30 pagi.  Kedengaran hujan lebat di luar rumah namun aku terasa sangat sejuk hingga nak terkencing. Aku gagahkan juga diri ini untuk ke tandas. Buat malu kalau terkencing atas tilam nipis ini.

Selesai membuangkan segalanya, aku singgah ke dapur untuk minum. Aku memang selalu dahaga apabila waktu waktu macamni. Kedengaran hujan semakin lebat mencurah-curah ke bumi.

Guuguhhh! 

Guruh lagi. Terus aku habiskan air untuk pulang cepat ke bilik. Setelah meletakkan cawan di sinki, aku terus menoleh ke belakang. Langkahku terhenti apabila melihat satu tubuh di hadapanku.

"Tak tidur lagi?"

Aku terus berlalu di sebelah Iqram. Benci aku melihat wajah itu. Apatah lagi nak menjawab soalannya.

"Mayra. Tunggu kejap."

Langkahku terhenti namun aku tak berpaling.

"Aku... "

Guuuguhhh! Guruh semakin kuat berdentum. Terpancar segala peristiwa hitam itu di ingatanku.

"Sakit.....Sakit...... "

"Diamlah! Hisap ni cepat, bodoh!"

Kepalaku ditolak-tolak. Alat sulit miliknya di depanku ini seolah-olah senyum mengejek kepadaku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa apabila mulutku penuh dengan alat sulitnya. Airmata terus menuruni di pipiku. Ini bukan sekali tapi aku tetap tak biasa dan benci. Ibu! Abang! Hati kanak-kanakku menjerit.

"Sekarang meh sini... "

Aku melangkah ke belakang.

"Mayra.. "

Iqram mula melangkah menuju ke arahku.

"Jangan datang dekat dengan aku!"

"Mayra... "

Aku menutup telinga kemudian terus berlari untuk ke bilik namun aku terlanggar seseorang. Tubuh sasa yang kulanggar ini menyebabkan dahiku terhentak pada dadanya. Dia menarik tanganku kemudian kami bersembunyi di sebalik pintu dalam bilik. Kami kini berhadapan dan keadaan tubuh aku dan dia sangat rapat.

"Mayra?"

Kedengaran suara Iqram memanggilku di depan pintu bilik ini. Lelaki yang tidak kelihatan wajahnya itu meletakkan tangannya di mulutku. Lama kami berkeadaan begitu, rapat. Di sebalik cahaya samar-samar di lampu kecil di penjuru bilik, aku dapat melihat matanya. Sepasang mata itu merenung mataku. Aku seakan kenal dengan mata ini...namun di mana?

"Mayra. Aku nak cakap dengan kau ni."

Iqram masih berada di depan pintu rupanya. Aku merenung mata lelaki ini, meminta pertolongan. Aku menggelengkan kepala. Saat itu , hanya mataku yang berbicara. Dia seakan faham kemudian melepaskan tangannya dari mulutku. Dia berlalu, mungkin bertemu dengan Iqram. Aku memasang telinga untuk mendengar kata-katanya kepada Iqram.

"Kenapa Iq? Mayra mana kau cari? Pergi tidurlah, dah malam ni. Bakal pengantin kena dapat tidur yang cukup. Hujan lebat ni, syok tidur."

"Eh Din,err tak ada apalah. Aku nak tidurlah ni. Night."

 Aku menarik nafas lega. Dalam hati , aku amat berterima kasih kepada lelaki itu. Dia kembali semula di hadapanku. Aku cuba melihat wajahnya namun masih tidak jelas. 

"Pergilah masuk bilik, Iqram dah masuk bilik dia."

Lembut suaranya menyapa telingaku. Kali kedua aku bertemu dengan lelaki yang baik, selepas peristiwa di Petronas tempoh hari.

"Thank you so much! Thanks! "

Entah kenapa suaraku mula menjadi nada tinggi.  Mungkin gembira kerana diselamatkan oleh lelaki sepertinya?

"Shh, bukan kita berdua je yang ada kat sini. Tu kat sana, tengoklah. Alright, good night."

Aku memandang ke arah yang diarahkan oleh lelaki itu tadi. Dalam kesamaran aku melihat 4 orang lelaki sedang tidur di atas toto dengan bermacam-macam gaya. Lelaki tadi berlalu meninggalkanku kemudian menuju ke ruang toto itu, yang sememangnya tempat khas untuknya.

Aku terus keluar dari bilik ini kemudian menapak beberapa langkah masuk ke bilik Kak Aliya yang berada di sebelah hadapan bilik lelaki ini. Terus aku menghela nafas. Nasib baik ada dia, kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang akan jadi. Namun aku tertanya-tanya, siapakah dia? 

******

#asmara

ASMARAWhere stories live. Discover now