CHAPTER 175 | DEATHWING PROMISES

6.1K 396 19
                                    

Aku memerhati sekeliling sambil berjalan beriringan dengan Deathwing. Si ahli sihir turut memerhati barangan yang dijual di kawasan pasar tersebut sambil memegang dagu.

"Kau lapar, Sheera? Nak makan?" Deathwing menyoal tetiba tatkala aku leka memerhati skaf yang tergantung di gerai sebelah kananku.

"Ah, tak...Saya tak lapar..." Aku bingkas menjawab. Si ahli sihir tersengih seraya merapatkan muka denganku. Aku tersipu-sipu apabila dia berbuat begitu...

"Really? Kau diet ke?"

"Mana ada..."

"Hurmmm, aku tengok kau gemuk...Mungkin kau patut diet..." Deathwing membalas lalu menyimpulkan senyuman sinis. Aku mencebik lalu berjalan ke depan...

Aku gemuk? Seriously? Dia bergurau, kan?

"Drake, jangan sesuka hati..." Aku berkata seraya menoleh ke belakang. Namun begitu...

Kata-kataku terhenti apabila Deathwing sudah menghilangkan diri...

Yang tinggal hanya orang ramai yang lalu-lalang melintasi aku...

Aku terpaku seketika. Bebola mata meliar mencari kelibat dia. Namun, langsung tidak ketemui...

"Drake...?" Aku memanggil namanya sambil meninjau sekeliling. Langkahku kian melaju mencari si ahli sihir. Orang ramai memerhati gelagatku dengan pandangan pelik...

"Drake! Where are you?!" Aku memekik lalu menyelinap di celahan orang ramai. Desahan nafas kian kencang. Tak mungkin! Tak mungkin dia tinggalkan aku!

No! Drake takkan tinggalkan aku! Dia bukan macam lelaki lain yang aku jumpa!

Namun begitu...

Langkahku kian lemah apabila aku berada di hujung pasar. Susuk tubuh si ahli sihir langsung tidak dapat aku temukan...

Aku melutut ke tanah lalu menekup muka. Airmata mulai menitis ke pipi...

Dia tinggalkan aku...

Sekelip mata sahaja dia tinggalkan aku...

Lelaki semuanya sama...

Hanya tahu menabur janji manis. Dia tak ubah macam lelaki lain di luar sana...

"Haih, kau ni...Aku masuk dalam kedai pun kau tak perasan...."

Satu suara berbisik halus tatkala aku asyik menangis. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Deathwing menyimpulkan senyuman seraya memakaikan aku skaf berwarna merah...

"Drake...Saya fikir..."

"Apa? Aku tinggalkan kau...Haih, sudahlah...Jangan fikir bukan-bukan..." Dia berkata lalu mengangkat lenganku supaya bangun. Aku mengesat airmata...

Deathwing mendongak memandang langit yang kelam. Dia menghela nafas panjang lalu mengalihkan pandangan kepadaku. Kami berbalas pandangan...

"Winter gonna coming soon...Kalau kau nak, kau boleh ikut aku...Aku perlukan teman..." Dia berkata perlahan lalu menggosok belakang kepala menahan segan. Aku tidak dapat menahan geli hati...

He"s so cute! Looks so innocent!

"Kenapa kau gelak? Kalau kau tak nak, takpelah...Aku travel sesorang..."

"Sure...Saya juga perlukan teman...But, on one condition..." Aku membalas lalu mengangkat jari telunjuk. Deathwing mengerut dahi membalas pandangan mataku...

"Condition? Hurmm...Fine, what is it...?" Deathwing berkata lalu memeluk tubuh. Jubah merahnya kelihatan bercahaya dipanah cahaya bulan. Aku mendekatkan diri dengannya.

Si ahli sihir tersentak apabila aku melilitkan skaf pemberiannya tadi ke batang leher dia. Wajah bertembung rapat. Mata bertemu mata. Bibir bertemu bibir...

Kami berkucup tanpa mengendahkan orang ramai yang lalu lalang. Desahan nafas si ahli sihir terasa hangat. Aku merangkul pinggangnya tatkala ciuman itu terlerai...

"Sheera...Aku...Tak faham...?"

"I love you, Drake...Don't ever leave me..." Aku berbisik lalu menyandar kepala ke dadanya. Deathwing tersenyum. Pinggangku, dia rangkul erat...

"I promised...Aku takkan tinggalkan kau..."

Aku tersenyum mendengar janji darinya. Entah mengapa, aku rasa...Aku boleh percayakan dia...

Deathwing menolak lembut bahuku ke depan seraya meraba beg kulitnya yang berada di belakang...

"Hehe, sebelum tu, baik kita cari bilik tumpangan dulu...Eh...?" Deathwing kelihatan terkejut seraya memalingkan badan ke belakang. Dia gelabah!

"Kenapa Drake...?"

"Bunjut gold aku! Its gone!" Deathwing memekik sambil memerhati sekeliling! Aku dan dia bingkas meninjau kawasan pasar tersebut!

Ketika itu, aku ternampak seekor babi berbulu kuning emas menyelinap di celahan orang ramai!

Yes, babi tu menggigit uncang emas milik Deathwing...

Aku dan Deathwing berbalas pandangan...

"CATCH THAT FUCKING PIG!! JANGAN BIARKAN DIA TERLEPAS!!"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now