CHAPTER 46 | THE STRONG WOLF

8.2K 537 5
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Aku menggigit bibir menahan sakit. Lycans mengurut perlahan pergelangan kaki aku yang terseliuh kerana serangan lelaki gila tadi. Suasana di ruang kotej sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi angin yang sekali-sekala menyapa.

"Lycans...Perlahanlah sikit...Its hurt.." Aku memegang tangannya. Lycans melepaskan keluhan lemah melihat buku lali aku yang kian membengkak.

"Haih...Aku cuma tinggalkan kau untuk sementara waktu...Tengok? Apa dah jadi? Kau ni memang tak pandai jaga diri..." Lycans mula membebel. Aku mencebik.

"Saya tak kenal lelaki tu sapa! Tetiba je dia datang and humban saya! Its not my fault!"

"Yea, right...Kalau macam tu, kenapa dia nak bunuh kau, Lora...?"

"Mana saya tahu! Mungkin tu musuh awak!"

"Aku sendiri tak kenal dia!"

"Samalah! Saya pun tak kenal dia!"

Kami berdiam diri apabila masing-masing tidak mahu mengalah. Aku memaling muka. Lycans terus-menerus mengurut lembut buku lali aku.

Hurm...Tapi, mujur Lycans datang...Jika tidak, aku dah mati tadi...

Lelaki tu kuat betul...

"Thanks..."

"Erm?"

Lycans mendongak apabila aku mengucapkan terima kasih tiba-tiba. Mata birunya merenung aku. Aku membalas pandangan matanya.

"Apa kau cakap tadi...?"

"Nothing..."

"Ha? Nothing? Seriously?"

"Lupakan jelah..."

"Whatever..." Lycans membalas selamba. Dia kembali mengurut kaki aku. Aku memerhati gelagat dia...

"Thanks sebab selamatkan saya tadi...Buat-buat pekak pulak..." Aku mengomel lalu menongkat dagu berlapikkan bantal putih. Lycans tersengih sinis...

"Thanks? Tak cukup untuk puaskan hati aku..." Dia membalas dengan nada menyindir. Aku menggaru pipi mendengar sindirannya.

"Habis? Awak nak saya buat apa?"

"Hurmm...Try me..Lakukan something untuk buat aku gembira..." Dia berkata selamba. Jelingan sinis dia lirikkan ke arah wajah aku.

"Ok-ok...Terima kasih abang..."

"Ha..?"

"From now on, saya panggil awak 'abang', ok?"

Wajah Lycans merah padam mendengar tutur kata aku. Urutan di kaki terhenti. Aku tersengih apabila dia memalingkan muka dariku.

"Abang malu?"

"Stop it...Thats not funny..."

"Abang..." Aku terus menerus mengusik. Haha! Jarang nak tengok dia segan macam ni!

Aku dah tahu titik kelemahan dia!

"Haha! Abang malu! So cute!"

"Darn you..."

Lycans memegang tangan aku yang mencuit pipinya. Pandangan kami bertembung. Aku tergaman...

"Kenapa ni...?"

"Kenapa kau cuai, Lora? Kau tahu tak...Aku risaukan kau tadi..."

"Hurm...Bukan salah saya..." Aku membalas perlahan. Lycans menggeleng kepala mendengar balasan kata aku.

Kami berdiam diri sekali lagi. Lycans kembali mengurut kaki aku. Aku menongkat dagu semula memerhati gelagatnya...

"Lycans..."

"Yes...?"

"Awak kuat...Macam mana awak boleh jadi kuat macam ni...?"

"Apa maksud kau ni...?" Lycans mengerut dahi mendengar soalan aku. Aku mengusap perlahan rambut putihnya. Sang serigala menanti butir kata aku.

"Ceritakan pada saya...Asal-usul awak, Lycans.. ?"

"Kenapa kau sibuk nak tahu pulak ni?"

"Awak suami saya...Saya berhak untuk tahu..." Aku membalas seraya mengukir senyuman. Lycans meletakkan kaki aku ke atas katil. Dia mengelap tangannya yang berlumuran dengan minyak herba.

"Hurmm...Its complicated, Lora..."

"Ceritakanlah..."

"Sejujurnya, aku sendiri tak tahu asal-usul aku..." Lycans membalas perlahan seraya memeluk tubuh...

"Awak tak tahu asal-usul awak, Lycans...?"

"Yes...Aku tak tahu siapa ibubapa aku..."

"Oh...Mereka mati...?"

"I dont know...Sekumpulan perompak jumpa aku di sebuah hutan ketika aku masih bayi, then...Mereka besarkan aku sehinggalah aku berumur 10 tahun..."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Lycans melontarkan pandangan ke luar tingkap...

"Hidup aku teruk, Lora...Dari kecil, aku diajar bertarung. They treat me lika a shittybag...Aku sering didera dan dibelasah...Malahan, aku diajar untuk membunuh...Kau bayangkan, ketika aku berumur 8 tahun, aku dipaksa memenggal kepala seorang wanita tua..." Dia berkata perlahan. Nada suaranya seakan berbisik.

Aku hanya mampu mendengar luahan hatinya tanpa menyampuk. Lycans menoleh ke arah aku...

"Satu hari, aku tak tahan asyik dibuli...Aku larikan diri...Seorang lelaki tua membawa aku ke sebuah rumah anak yatim...Di situ, aku jumpa dengan Vlademir, Merlin dan Illydia..."

"Then?"

"Satu hari tu, kami larikan diri dari rumah anak yatim kerana Merlin mahu melawat kubur orang tuanya...But, kami tertangkap pulak dengan perompak sekali lagi..." Lycans meneruskan cerita. Aku mengangguk perlahan...

"Lepas tu, apa jadi...?"

"Aku bunuh perompak tu, and bawa mereka semua ke tempat selamat...Tapi, Illydia..."

"Kenapa dengan Illydia...?" Aku menyoal perlahan. Lycans tertunduk memandang lantai kayu. Dia menyulam jari seraya melepaskan keluhan lemah...

"Ketika aku bawa mereka semua merentas hutan, tanpa disangka...Kami terserempak dengan manticore, and Illydia terkorban dibaham makhluk tu..Dia terkorban sebab dia selamatkan aku, Lora...Aku lemah, aku tak mampu jaga dia...Semenjak dari kejadian tu, aku berlatih separuh nyawa untuk jadi kuat..." Dia berkata seraya mengukir senyuman kelat.

Perlahan-lahan aku merangkul Lycans dari sisi. Si serigala menggenggam erat tangan aku...

"Masa silam tak dapat diubah, Lycans...Janganlah bersedih..." Aku memujuk lembut. Lycans tersenyum mendengar pujukan aku...

"Aku takkan biar orang yang aku sayang mati di depan mata sekali lagi...I won't let that happen...Aku akan lindungi kau sebaik-baiknya, Loralyn..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now