CHAPTER 114 | DINNER AND CHAT

6.6K 420 5
                                    

Si musang menyuap salad ke dalam mulut, kemudian menguyahnya perlahan. Riak mukanya seakan dia menelan racun. Aku tersengih melihat dia makan sambil menongkat dagu.

Suasana di luar sudah sunyi sepi. Pub labu bertukar menjadi bilik tumpangan. Gadis-gadis pelacur sudah beredar pergi dari situ. Yang tinggal hanya aku dan Loralyn di tingkat atas...

"Sedap...?" Aku menyoal lalu meneguk arak. Loralyn memasamkan muka mendengar pertanyaan aku. Dia menggelengkan kepala...

"Tak...I hate it..." Loralyn menjawab dengan nada geram. Salad hijau disuap sekali lagi ke dalam mulut. Aku menyandar pada kerusi kayu sambil memerhati dia...

"Kalau tak suka, tak perlulah makan..."

"Hmph! Saya tak nak anak saya cacat or buruk, ok?"

"Alah, mustahil la buruk or cacat...Kau cantik, Lora...Plus, Lycans juga boleh tahan kacaknya..."

"Habis? Tadi awak cakap, kalau tak makan sayur..."

"Betul la apa aku cakap tu, tapi aku tak memaksa..." Aku bingkas memotong kata-katanya. Loralyn merenung aku sambil mengunyah. Riak wajahnya seakan menahan geram...

Aku kembali menongkat dagu melihat dia makan. Si musang mengerut muka tatkala salad masuk ke dalam tekak. Ekornya menggigil menahan geli...

Hurmm, macam mana lah Lycans boleh jumpa si musang ni? Tahu-tahu je dah kahwin...

Sial Lycans...Diam-diam ubi berisi...

"Macam mana kau boleh jumpa Lycans, Lora...?" Aku menyoal tetiba setelah seketika menyepi. Pandangan si musang tertacap padaku...

"Hurmm...? Apa? Saya tak dengar...?"

"Aku tanya...Macam mana kau boleh jumpa  Lycans?"

"Hurmm...Its a long story...Kira-kira 4 bulan lepas..." Loralyn berkata lalu meneguk air suam. Aku tersenyum mendengar kata-katanya...

"4 bulan lalu? Takdelah lama sangat...Pengantin baru la ni..."

"Yeap...Kenapa?"

"Nothing...Ceritakanlah, macam mana kau boleh jumpa dia...?"

"Like i said, its a long story..."

"We got alots of time, no need to rush..." Aku membidas selamba. Si musang meletak garpu ke atas pinggan...

"Hurmm, dia selamatkan saya dari jadi habuan ogre di sebuah pub..."

"Selamatkan kau? Apa dia buat?"

"Oh! Oh! Dia tendang ogre tu! Kuat betul, sampai rebah ogre tu!" Loralyn berkata teruja. Ekornya meliuk hebat. Aku tersengih melihat gelagat dia...

"Really? Well, Lycans is a strong wolf...Aku mengaku...Dia hebat..."

"Yeap! He's my hero...Now, he's my hubby..."

Loralyn tertunduk seusai menghabis kata. Nada terujanya hilang bagaikan ditiup angin. Aku memerhati gelagat dia dengan pandangan redup...

"Kenapa, Lora...?"

"Hurmm...Bila saya boleh jumpa Lycans, Merlin...?" Dia menyoal perlahan. Aku menggaru pipi. Haih, ni dah masuk kali ke ketiga dia tanya soalan yang sama...

"Soon enough...Just be patient..."

"Ok...Hurmm, i miss him..." Loralyn tersenyum kelat kepadaku. Aku membalas senyumannya...

She's really love that bastard wolf, isn't she...?

"Apa yang kau suka sangat pada serigala tu...?" Aku menyoal lagi tatkala Loralyn mahu menyuap makanan semula. Dia kelihatan tersentak dengan pertanyaan aku...

"Ermm...Everything about him..."

"Everything like what...?"

"Dari cara dia bercakap, cara dia layan saya, cara dia peluk saya...Mata biru dan rambut putih dia...I like all of that...Mungkin Lycans agak kasar, tapi...Dia lembut dengan saya...Even tho i bite him several of times..."

Loralyn berkata sambil memejamkan mata. Fikirannya membayangkan imej Lycans di dalam kotak memori. Aku mengusap perlahan kepalanya...

"Jangan kau risau, aku akan bawa kau jumpa Lycans.."

"Thanks, ehe...Maaflah sebab saya tampar awak tadi..."

"No need...I deserved that..."

Loralyn tersenyum manis kepadaku lalu kembali makan seperti biasa. Aku menyandar pada kerusi kayu sekali lagi. Helaan nafas aku lepaskan...

Haih, Lycans is one lucky bastard...Dia dapat isteri cantik macam ni, setia pulak tu...

Sometimes, the world isn't fair...

"Merlin..." Loralyn memanggil tatkala aku asyik memerhati dia makan. Mata coklatnya memandang aku dengan pandangan curiga...

"Erm...?"

"Awak takde isteri? Companions...?"

"Ahh, Takde..."

"Mustahil lah...Awak kacak...Ilmu sihir awak hebat...Takkan takde gadis yang sukakan awak...?"

Aku tertawa kecil mendengar pertanyaannya. Si musang mengerut dahi melihat reaksi aku...

"Bukan takde yang sukakan aku...Ramai, terlalu ramai...Tapi, aku tak berminat..."

"Memilih sangat awak ni...Kan dah sunyi macam ni? Padan muka..."

"Haha! Suka hati aku lah! Pilih pasangan hidup bukan macam pilih kasut!"

"Whatever..." Loralyn memasamkan muka mendengar aku membidas sindirannya tadi. Aku tersenyum kepadanya...

"Sekarang, aku sudah jatuh hati pada seorang gadis ni..."

"Ha...? Then? Pikatlah dia! Apa awak tunggu lagi?"

Aku mengusap kepalanya sekali lagi. Loralyn termangu-mangu...

"Aku tak perlu pikat dia, Lora... She never will be mine...Dia milik orang lain..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now