CHAPTER 52 | SLOW TALK

7.5K 498 1
                                    

Aku mengelap rambut yang masih basah tatkala keluar dari bilik air. Eilya asyik menelaah buku sihir di atas katil empuk. Dia hanya memakai dress tidur dan rambut panjangnya dilepaskan begitu saja.

"Malam-malam baca buku? Sayang buang tabiat ke?" Aku menegur seraya menyarungkan baju nipis ke tubuh. Eilya menggeleng kepala.

"Nak hafal balik spell healing ni ha...Saya dah lupa.."

"Haha, lama sangat dah sayang tak healing abang..."

"Hurmm..." Eilya tidak mengendahkan aku. Aku duduk di birai katil dan mengambil buku sihir tersebut dari tangannya. Eilya mencebik.

"Boleh tahan susahnya nak hafal..." Aku berkata sambil memerhati bait-bait tulisan di buku itu. Eilya mengambil semula buku tersebut dari aku.

"Abang bukan berminat pun..."

"Haha! Sihir ni menyusahkan..."

"Memanglah...Abang handal bermain pedang...Saya handal bermain sihir, fair la kan?" Eilya membalas selamba. Dia menyelak helaian baru. Aku memerhati gelagat dia...

Hurmm...Dia cepat belajar...Sebab tu dia handal menguasai ilmu sihir...

"Abang nak tutup lampu ni, Eilya tak nak tidur lagi?"

"Biar lampu tu terbuka...Saya tak ngantuk lagi...Abang tidurlah dulu..." Eilya berkata tanpa menoleh ke arah aku. Aku menggosok belakang leher...

Well, dia cakap macam tu, aku tak nak ganggu...

Aku merebahkan badan ke atas katil. Pinggang Eilya aku peluk dari sisi. Si musang tidak mengendahkan aku.

Tok...!

Tok...!

Pintu bilik diketuk tatkala aku mahu melelapkan mata. Eilya bingkas bangun dan berjalan ke depan pintu. Aku membuka sebelah mata memerhati siapa yang mengacau malam-malam buta macam ni...

"Eilya, Aiden ada...?" Leo menegur apabila dia bersua muka dengan si musang. Mata merahnya memerhati keadaan sekeliling bilik.

"Abang, Leo ni...Dia nak jumpa.." Eilya memanggil. Aku meraup muka dengan kedua belah tapak tangan...

Haih...Aku nak tidur pun tak senang...

"Ada apa ni, Leo?" Aku menyoal seraya bangun dari katil dan berjalan ke arah dia. Eilya kembali duduk di atas katil. Buku tadi, dia tatap semula.

Leo menghulurkan tangan untuk berjabat denganku. Aku pantas menyambut. Dia tersenyum kelat. Rambut keemasannya disikat rapi. Hurmm...Dia dari Gallowglass ke? Kemas semacam je?

"Hurmm...Aku minta maaf atas kesalahan Noah...Dia dan Aeryz bergaduh kan? Sampai kena buang si kembar tu dari Gallowglass?" Leo berkata lalu menyandar pada pintu. Aku memeluk tubuh.

"Takpelah...Aku tak kisah pun..."

"Haih, aku tak tahulah apa nak cakap lagi dengan si Noah tu..."

"Bukan salah kau, Leo...Kau sibuk dengan urusan rasmi...Kau tolong King Dante kan?"

"Ermm...Ya, aku bantu dia lengkapkan sihir pelindung istana...Aku..."

"Takde masa nak nasihatkan Noah?" Aku memotong kata-katanya. Leo mengangguk lalu mengeluh lemah. Aku tersengih. Bahunya aku tepuk lembut.

"Janganlah kau rasa bersalah sangat, Leo...Kita dulu pun bergaduh...Kau lupa? Di Arastosa...Sampai hancur kawasan pasar...Haha!"

"Janganlah ungkit pasal tu...Memalukan betul...Aku kalah dengan kau..."

"Sudah semestinya aku menang! Kau bukan tandingan aku, Leo!"

"Tsk! Wanna second round, brat!?"

"Bring it on!"

"Abang...Jangan mengada...Dua-dua saya belasah nanti..."

Kami berdua menoleh apabila Eilya menyampuk. Matanya merenung tajam pada aku. Leo tertawa.

"Haha! Damn man! Eilya masih tak berubah!"

"Hurm...Kita plan lain, bila kau nak bertarung?"

"Wow...wow...Aku cuma bergurau! Kau nak patahkan kaki aku lagi?" Leo mula terasa cemas apabila melihat aku serius. Aku tersengih...

"Why? Kau takut...?"

"Of course, you idiot! Kau mampu lawan Deathwing! Gila kau! Aku bukan lawan kau!"

"Sedar pun..." Aku membalas dengan nada bangga. Leo menggeleng kepala.

"Sudahlah, Aiden...Malas aku nak bertekak dengan kau...Buang masa...Sekarang ni, aku boleh tolong kau, Aiden..." Leo mengubah topik perbualan.

"Tolong apa?"

"Aku boleh slow talk dengan pengetua Gallowglass supaya terima si kembar tu semula...." Leo berkata yakin. Aku menggaru pipi. Hurmm...Nice idea...

Leonidas ni diantara ahli sihir terkemuka dunia...

Maybe, dia boleh yakinkan Gallowglass untuk terima semula si kembar tu?

"Terima kasihlah, Leo...Kami terpaksa tolak pertolongan awak tu...Lycans yang akan ajar mereka bertarung...No need to study at Gallowglass anymore..." Eilya mencelah tiba-tiba. Leo memegang dagu mendengar kata-kata Eilya...

"Kau pasti, Eilya? Kau tak nak anak kau belajar semula di Gallowglass?"

"Yes...Saya percayakan Lycans dan Loralyn..." Eilya membalas lembut. Aku hanya mengangguk.

Well, Eilya kan seorang ibu? Sudah semestinya dia tahu apa yang terbaik untuk si kembar tu...

"Kau macam mana, Aiden?"

"Aku setuju dengan Eilya..." Aku membalas tenang. Leo tersenyum. Dia menepuk bahu aku.

"Jika itu keputusan kau, aku tak boleh halang..." Leo berkata seraya meletakkan tangan di dada.

Aku menutup pintu apabila Leo lesap dari pandangan...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now