CHAPTER 100 | PURE HUMAN

6.2K 426 5
                                    

Unggun api meliuk lembut di depan. Angin malam pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Daging kambing yang dibakar menebarkan aroma lazat. Aku duduk sambil memeluk lutut. Sange dan Yasha diletakkan ke sisi.

Aku tersenyum melihat Rania asyik berborak dengan Freddy. Yes, lelaki berjambang lebat tu namanya Freddy Rosegold. Abang kepada si gadis cilik, Rania Rosegold.

Patutlah dia rapat semacam je dengan mamat tu...

Pandangan beralih ke sisi apabila gelas berisi arak disuakan kepadaku. Copper tersenyum tatkala aku menyambut arak darinya...

"Nama kau Lycans, bukan...?" Lelaki berambut keperangan menyoal seraya duduk di sebelah aku.

"Yeap, thats my name..." Aku membalas ringkas lalu meneguk arak yang diberikan sebentar tadi. Copper tersengih.

"Kau handal berlawan...?" Dia menyoal lagi. Pandangan matanya dilirikkan ke arah Sange dan Yasha. Aku mengesat bibir. Gelas besi diletakkan ke belakang.

"Bolehlah...Takdelah handal sangat..."

"Haha, merendah diri pulak! Dari gaya kau melompat turun dari pokok tadi, aku tahu...Kau bukan calang-calang, Lycans!" Copper berkata lalu menepuk lembut bahu aku. Aku tersengih mendengar kata-katanya...

"Aku biasa-biasa saja, Copper...Tak handal sangat, tak bengap sangat..."

"Ceh, ingat aku nak percaya? Apa pekerjaan kau...?"

Belakang leher aku usap perlahan tatkala mendengar pertanyaan dia. Copper menanti jawapan dariku...

"Hurmm, aku Hunter..."

"Hunter...? Kau buru makhluk buas?"

"Yeap, buru makhluk buas untuk dapatkan gold..."

"Woah...Berapa banyak makhluk buas kau dah bunuh?"

"Ntahlah...Aku agak dalam 200 ribu ekor? or more? Aku tak ingat..." Aku berkata seraya menggaru pipi. Hurmm, sejujurnya... Aku memang tak ingat...

Terlalu ramai untuk dikira...

Copper tergaman mendengar kata-kata aku. Aku terasa segan apabila dia terus menerus merenung aku. Kenapa dengan dia ni...? Hilang akal ke...?

"Apahal kau ni? Kau ok tak...?"

"200 ribu ekor? Fuck...Umur kau berapa...?"

"Umur aku...? Muda lagi..."

"Berapa...?" Copper menyoal teruja. Aku mula terasa janggal. Dia membulatkan mata. Semangat ingin tahunya berkobar-kobar...

Damn, aku tak tahu pulak yang manusia ni menyeramkan...

"Hurmm...Umur aku...850 tahun..."

"BAHAHAHAHAHAHAHAHA!" Dia tertawa berdekah-dekah tetiba. Aku tersentak melihat reaksi spontan darinya. What the heck!?

"Apahal kau ni!?"

"850 tahun!? Kau gila!?"

"What!? Betullah! Umur aku 850 tahun! Umur kau berapa!?" Aku menyoal kembali. Copper tersengih lalu meneguk arak. Aku memerhati gelagatnya...

"Umur aku 28 tahun..." Dia berkata selamba. Aku terkedu...

WHAT!? 28 TAHUN!? HE LOOK OLD AS FUCK!

"Haha! Kau bergurau! Mustahil umur kau 28 tahun!"

"Betullah...Jangka hayat manusia tak panjang macam kau..."

"Wait..."

Copper tersenyum apabila aku mendekatkan muka dengannya. Bau dia aku hidu teliti...

"Are you...Pure human...?" Aku menyoal meminta kepastian. Copper mendongak memandang langit...

"Yes, aku pure human..." Dia menjawab perlahan. Aku menelan air liur....

Pure human sepatutnya dah pupus sekarang ni...

Manusia sejati merupakan kaum yang paling lemah. Mereka tak kuat. Tidak tangkas. Malahan, mereka hanya bergantung pada teknologi...

But, jangan disangkal kebijaksanaan kaum manusia ni...

Tanpa manusia, tiada pengangkutan mahupun sebarang bahan api yang dicipta...

Segala ciptaan seperti rumah dan senjata, berasal dari kaum cerdik ni...

And, i met one...before my eyes...

"Kenapa? Kau fikir pure human dah pupus...?" Copper menyoal sinis. Aku menggaru kepala...

"Hurmm...Pure human sepatutnya dah pupus, bukan? How come you can survive...?"

Copper mengetuk jari telunjuk ke dahinya. Senyuman terukir di bibirnya...

"With my brains of course...Manusia mungkin tak kuat macam kau, Lycans...But, we know how to survive in this cruel world..." Dia berkata selamba. Aku tersenyum...

"Kenapa kau nak pergi Milfgard? Kau tahukan, perjalanan ke sana...Merbahaya..." Aku menyoal perlahan. Copper memeluk lutut seraya menghela nafas...

"Kampung aku diserang Vampire, Lycans...Ramai yang mati...Jadi, kami bertiga mahu ke Milfgard untuk minta bantuan..."

"Vampire?"

"Yes..."

Aku tersengih seraya bangun. Copper mendongak melihat aku mengeliat perlahan...

"Well, Copper...Kau jumpa orang yang betul..."

"Ha...?"

"Aku tolong kau...Show me that bastard Vampire..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now