CHAPTER 99 | HUMAN AND WOLF

6.3K 383 4
                                    

Pandangan mata tertacap pada dua orang manusia di depan. Mereka berdua asyik bersembang sambil meredah belukar. Sekali-sekala, tawa mereka berderai memecahkan suasana hening hutan.

Hurmm, mereka ajak aku ke Pekan Milfgard. Aku tak pasti kenapa, tapi naluri aku kuat mengatakan bahawa aku boleh kesan Loralyn jika aku ikut mereka ni...

Percaya pada naluri...Hanya itu harapan aku sekarang...

Apa lagi pilihan yang aku ada...? Aku hilang arah, aku tak tahu di mana si musang tu berada. Aku sendiri tak tahu aku di mana...

"Siapa nama awak...?"

Aku tersentak apabila gadis berambut hitam menyoal tetiba. Tak sedar pulak yang dia berjalan beriringan denganku sejak tadi...

"Panggil aku Lycans..."

"Lycans...? Whoa! Cool name!" Dia berkata lalu tertawa. Aku tersenyum. Aku rasa dia ni masih mentah, sikap dia agak kebudak-budakan...

"Kau pulak? Siapa nama? Hurmm?" Aku menyoal dia pula. Gadis itu melirikkan senyuman manis.

"Rania Rosegold..."

"Rania? Sweet name..."

"Ehe, thanks..." Dia tersengih mendengar pujian aku. Aku mengusap kepalanya. Jika anak aku lahir nanti, aku mahukan anak perempuan seperti dia...

So damn cute!

"Lycans..."

"Yes...?"

"Awak bukan manusia kan?"

"No, i'm not..."

"Habis? Awak ni apa? Rupa macam manusia...Kacak pulak tu...Awak ni vampire...?" Dia menyoal seraya memerhati aku dari sisi. Aku tergelak mendengar kata-katanya...

"Vampire? No...Teka lagi...Aku ni apa...?"

"Hurmm, wizard...?"

"Wizard doesn't use sword, sweetie..." Aku membidas selamba. Rania menggaru kepala. Haha, dia masih cuba meneka...

"Ok, saya give up...Awak ni apa? Tell me!"

"Pfft, senang sangat menyerah kalah..."

"Malas nak main teka-teka ni...! Beritahulah..." Dia menggesa. Aku tersengih menampakkan taring kecil. Rania terus menerus memerhati aku.

"Aku serigala, Rania..." Aku menjawab pertanyaan dia tadi. Rania mengerut dahi mendengar jawapan aku.

"Serigala? Awak ni werewolf...?"

"Yeap..."

"Awak boleh bertukar menjadi serigala...?"

"Yeap..."

"Tukarlah jadi serigala! I wanna see!" Rania berkata teruja. Aku mengusap kepalanya sekali lagi. Dua lelaki yang berada di depan, langsung tak endahkan kami...

"No, you might get hurt, sweetie..." Aku menolak permintaannya. Rania memasamkan muka. Aku tertawa kecil melihat reaksi tidak puas dia...

"Kedekut..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now