CHAPTER 2 | CHILD LOVE

10.3K 666 14
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Aku menyisip pisau di pinggang seraya menjengah ke luar bilik tahanan. Hurmm...Tiada siapa yang datang. Ini peluang!

Illydia bertukar menjadi serigala kemudian berlari keluar dari bilik tahanan. Langkahnya cermat agar tidak menghasilkan sekelumit bunyi sekalipun. Aku, Vlad dan Merlin mengikut si serigala dari belakang.

Ketika kami menaiki tangga untuk ke tingkat atas, seorang lelaki berambut dreadlock kelihatan tertidur di kerusi batu. Di tangannya tergenggam arak.

'Shhh...Stay here...' Aku memberi arahan. Mereka semua mengangguk. Perlahan-lahan aku mendekati lelaki tersebut.

PRAKKK!!

ZUPPPP!!

Lelaki itu mengelupur apabila pisau aku menembusi tengkorak kepalanya. Mulutnya aku tekup kuat! Jika dia menjerit, lagi ramai perompak yang akan datang...!

Illydia menerajui jalan sekali lagi. Kami perlahan-lahan mengikuti dia sambil memerhati sekeliling. Ruang terowong gelap itu kelihatan sunyi. Hanya kedengaran bunyi titisan air menitik ke lantai batu...

Setelah menyelinap melintasi terowong gelap, kami tiba di pintu gerbang besar! Aku menolak pintu batu tersebut dan ianya bergerak ke depan. Vlademir dan Merlin menolong aku...

Kami semua tergaman apabila melihat apa yang ada di sebalik pintu besar tersebut. Sebuah gaung besar terbentang luas di depan. Air sungai mengalir deras di bawah. Aku menelan air liur...

Tak mungkin kami boleh lompat untuk ke seberang...

Fuck it!

Illydia bertukar menjadi manusia semula. Dia berjalan ke sisi aku. Mukanya sedih...

'Lycans... Kita tak boleh lari lagi...' Dia berkata perlahan. Aku memegang tangannya.

'No, we can! Kita lompat sahaja ke bawah! Arus sungai akan bawa kita ke kampung berdekatan!' Aku membalas. Illydia menelan air liur...

'Follow me!' Aku berkata seraya berdiri di tebing gaung. Merlin dan Vlademir mengerut dahi melihat tindakan aku.

'Kau nak lompat, Lycans...? Kau gila?' Vlademir menahan. Aku menoleh ke arah dia...

'Yes, cuma ini caranya! Jom!' Aku berkata lalu melompat ke bawah! Illydia mengikut tindakan aku. Vlademir dan Merlin menjengah ke bawah. Wajah mereka pucat...

BUSHHHH!!

Aku dan Illydia terhempas ke dalam air. Illydia tergapai-gapai dibawa arus deras. Aku bingkas memaut pinggangnya dan berenang ke tengah sungai.

BUSHHHH!!

BUSHHHH!!

Vlademir dan Merlin terhempas di belakang aku! Mereka berdua berenang ke arah aku sambil tersengih...

'Brrr..Sejuk gila, Lycans...Haha!' Merlin berkata lalu menyelam ke bawah. Aku tersengih. Kami berenang keluar dari gua kelam. Illydia memaut leher aku...

Illydia tidak tahu berenang...

'Illydia...Are you ok...?' Aku menyoal apabila si serigala menggigil di belakang aku. Dia menyimpulkan senyuman kelat.

'Erm.. Saya ok...' Dia membalas lalu menyembam ke belakang aku. Merlin dan Vlademir berenang ke tebing sungai...

Kami semua menggosok rambut seraya berjalan masuk ke dalam hutan. Hurmmm...Hutan ni menyeramkan...

Tapi, hutan ni tiada perompak...That's good enough...

Vlademir dan Merlin meredah hutan mencari kayu api. Aku dan Illydia membuka pakaian untuk mengeringkannya. Aku mengerut dahi melihat Illydia masih menggigil...

'Kau sejuk sangat...?' Aku menyoal seraya mengusap kepalanya. Si serigala mengangguk...

'Ermmm... Saya sejuk...Sejuk sangat...' Dia membalas. Aku tersenyum...

Perlahan-lahan aku memeluk dia dari belakang. Illydia tersipu-sipu. Pipinya memerah...

'Lycans...'

'Relaks... Aku nak panaskan kau...' Aku membalas selamba. Illydia tertunduk segan. Tangannya mengusap lembut lengan aku...

'Lycans...'

'Erm...?'

'Thanks...Tanpa awak...Saya dah lama mati...Awak sentiasa jaga saya... Dari rumah anak yatim..Sehinggalah sekarang...' Illydia berkata perlahan. Aku tersenyum...

'No need to be shy...'

'Lycans...'

'Yes...?'

'I love you...'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now