CHAPTER 173 | THE TREE WE SIT ONCE

6.2K 398 3
                                    

"Well, Death...Setakat ni sajalah perjalanan kita...Harap kau temui apa yang kau impikan...Goodluck..."

Vlademir berkata seraya menghulurkan aku tapak tangan. Aku tersenyum, salamannya itu aku balas. Si serigala melompat naik ke atas kuda. Dua beg kulit yang terikat di sisi kuda putihnya itu, Vlademir kemaskan seketika.

"Vlad, apa kau nak buat sekarang? Memandangkan kita akan bawa haluan masing-masing...Apa kata kau ceritakan sikit apa perancangan kau..." Aku berkata lalu menyandar pada tiang kayu. Vlademir tersengih...

"Apa perancangan aku...? Aku nak pergi Milfgard...Meet my love one..."

"Oh, Raisya, huh?"

"Yeap...Aku dan dia sudah rancang nak larikan diri..."

"Wew...True love is real sweet tho...Haha! Aku gembira untuk kau, Vlad! Semoga cinta kau berkekalan..." Aku membalas seraya menepuk pehanya. Vlademir tersenyum. Tali pacu kuda dipegang lembut...

"See ya later, Death! Adios!"

Vlademir memekik lalu memacu kudanya ke depan. Aku tersenyum melihat dia berlalu pergi ke arah pintu gerbang Arastosa.

Haih, Vlademir sudah bawa haluan sendiri. Sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil...

Apa aku nak buat sekarang ni...?

Baik aku lepak di pub. Teguk Yolun segelas dua mungkin boleh bagi aku idea. Idea apa aku nak buat lepas ni...?

Tanpa membuang masa, aku mengorak langkah ke tengah kawasan Arastosa. Kawasan pasar terasa sesak seperti biasa. Suara penduduk berjual beli membingitkan telinga...

Setelah 20 minit berjalan, akhirnya aku keluar dari kawasan pasar sesak tersebut. Aku berjalan lagi merentasi kawasan taman Arastosa. Kelihatan pokok-pokok epal dan oak tumbuk merendang di kawasan lapang. Sebuah tasik terbentang indah di tengah-tengah taman...

Tatkala aku mahu menaiki tangga batu untuk ke bahagian belakang taman Arastosa, aku ternampak seorang gadis berambut merah. Dia menekup muka di bawah pokok oak seorang diri...

Langkah aku terhenti. Pandanganku tertacap padanya...

Apa hal tu? Menangis sesorang? Hurmm, entah mengapa...Aku rasa, aku kena tegur dia...

"Cik...? Ada apa-apa tak kena ke...?" Aku menyoal lembut tatkala aku berada di depan gadis tersebut. Dia tersentak, pandangannya didongakkan kepadaku...

"Sheera...?"

"Drake...?"

Kami berbalas teguran. Pandangan mata merah dan mata coklat bertembung sejenak. Langsung tidak berkelip...

Ahh, Damn...Aku kenal dia ni...Dia gadis yang aku jumpa di pub Azeroth dulu...

Sheera Shelliny...

"Kenapa kau menangis ni...? Ada apa-apa tak kena...?" Aku menyoal pelik. Sheera bingkas mengesat airmata...

"Nothing..." Dia membalas ringkas seraya memalingkan muka dariku. Aku menggosok belakang kepala...

"Nothing? But, you shed tears...Mesti ada apa-apa, kan...?" Aku membalas lalu duduk di sebelah dia. Sheera menjarakkan diri denganku. Mukanya masam mencuka...

"Lelaki semuanya sama...Tak guna, hanya tahu menabur janji manis..." Sheera mengomel seorang diri. Aku mengerut dahi...

"Ha...? What...?"

"You're one of them, Drake...Such a loser..." Sheera berkata lagi. Pandangannya dilirikkan kepadaku. Aku menelan air liur...

"Whoa-whoa...Apahal ni? Aku tak faham...?"

"Masa kita jumpa di Azeroth dulu tu, awak janji nak bersama saya kan? Mana janji awak tu? Ha? Penipu!" Dia mula meninggikan suara. Aku tergaman. Peluh dingin terasa menitis ke pipi...

WHAT THE HELL!? APAHAL NAK MARAH- MARAH PULAK!?

"Ok-ok...This is dumb! Kau pun tahukan? Aku tak serius!"

"Tak guna! Tak guna! Leave me alone! Semua lelaki sama! Tak guna!"

Aku bingkas bangun apabila dia menumbuk bahuku bertubi-tubi! Esakan tangisnya mulai bergema di kawasan hening tersebut...

Hurmmm, ada sesuatu terjadi pada dia...? Sebab tu dia meroyan macam ni, kan?

Aku memerhati Sheera untuk seketika. Dia menangis sekali lagi sambil menekup muka...

"Sheera...Tell me, what happened...?" Aku menyoal sekali lagi. Kepalanya aku usap perlahan. Dia membalas pandanganku dengan mata berkaca...

"Awak tak boleh tolong, Drake..."

"Kalau kau tak beritahu aku, macam mana aku nak tolong...?"

"Hurmmm..." Sheera merenung aku dalam-dalam. Aku tersenyum kelat seraya mengesat airmatanya dengan kedua tapak tangan...

"Fabian...Dia mainkan saya...He's already slept with me and then, he just left...He said, i'm just a whore...Isk...Isk..."

"Ohh...I'm sorry to hear that..."

"I need revenge! Not a freaking 'sorry' from you, Drake!" Sheera menengking lalu menumbuk dadaku. Aku terbatuk-batuk menahan sakit...

"Ouf! Jangan pukul aku! Aku tak salah!"

"Awak pun sama! Janji itu ini! Tapi, mana awak pergi!? Menghilang macam tu saja!"

Aku bangun dari terus melutut. Sheera merenung aku tajam sambil mengemam mulut. Belakang kepala aku gosok sekali lagi...

"Hurmm, fine...Kau tahu di mana Fabian tu tinggal...?"

"Yes, dia tinggal di Azeroth! Belakang gerai menjual perisai!"

Aku tersengih lalu memalingkan badan darinya. Sheera termangu-mangu melihat aku beredar darinya dengan gaya selamba...

"MANA AWAK NAK PERGI!? YOU JUST LEAVE ME HERE, ALONE!? JERK!"

"Kau nak balas dendam, kan? Jomlah...Kita cari dia..."

"Oh, ok..."

Aku tersenyum apabila Sheera bangun dari kerusi dan berlari anak kepadaku...

"Apa awak nak buat, Drake...?"

"Heh, i know what to do..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now