CHAPTER 93 | EX-LOVER

7.1K 426 0
                                    

Kereta kuda bergerak tenang ke arah timur. Angin malam bertiup perlahan, menandakan cuaca pada malam ini baik. Aku menyisir rambut ke sisi kemudian menoleh ke arah Lycans.

Dia tertidur sambil memeluk tubuh. Sange dan Yasha tersisip kemas di belakangnya. Aku tersenyum melihat dia terlentok di birai tingkap kabin kayu.

Hurmm, Lycans mahu mencari rumah di Arastosa. Sebab tu kami bertolak ke sana malam-malam macam ni. Aku mengaku, walaupun dia seakan tidak matang, tapi...

Dia tetap memerah akal untuk menyenangkan aku dan bakal cahaya mata kami. Lycanstrophes, he's kinda annoying...But, lovely when he taking care of me...

"Kenapa sayang tak tidur...?"

Aku tersentak mendengar suara menegur tiba-tiba. Sepasang mata biru tertacap padaku. Aku tersipu-sipu apabila Lycans mengusap lembut kepalaku.

"Ermm, saya tak boleh tidur..."

"Pembawakan budak?"

"I thinks so...?" Aku membalas ragu-ragu. Lycans tersenyum. Dia mengangkat dan letakkan aku di atas riba. Ekor musang melilit pinggang Lycans.

"Cubalah tidur...." Dia berbisik lalu menepuk perlahan bahuku. Dia dodoikan aku?

"Haha! Abang dodoikan saya...?"

"What...? You can't sleep, right...?"

"Lycans...Saya bukan budak..."

"Abang tengok...Kalau budak-budak tak boleh tidur...Ibu mereka akan dodoikan anak seperti ni...Its doesn't work...?" Lycans berkata seraya mengerut dahi. Aku tersenyum simpul mendengar kata-katanya...

Aku terlupa...

Lycans tak pernah rasa kasih sayang ibubapa. Jadi, sebab tu dia tak faham...

"Abang..."

"Ermm...?"

"Abang dah fikirkan nama? Untuk anak kita nanti...?"

"Belum...Tidurlah, jangan banyak tanya..." Lycans membidas perlahan. Dahi aku dia cepuk perlahan. Aku tergelak sinis.

Ceh, baru nak tanya. Dia mengantuk la tu. Sebab tu dia gesa aku tidur macam ni...

******

Aku terjaga apabila kereta kuda berhenti tiba-tiba. Perlahan-lahan aku bangun seraya menggosok mata. Hurmm, kami dah sampai ke...?

Pandangan aku meliar memerhati ceruk kabin kayu. Lycans sudah menghilangkan diri. Tanpa membuang masa, aku membuka pintu dan menjengah ke luar.

Kereta kuda berhenti di tepi hutan. Aku boleh dengar air sungai mengalir tenang tidak jauh dari tempat aku berdiri...

"Ermm...Ada nampak suami saya tak?" Aku menyoal pada pemilik kereta kuda. Dia tersengih.

"Dia turun ke sungai...Mahu minum...Cuba Puan cari dia di sana...." Orang tua separuh abad itu berkata seraya menunjuk ke arah kanan. Aku menggaru pipi...

Hurmm, Lycans pergi ke sungai...? Kenapa dia tak kejutkan aku dulu...?

Perlahan-lahan aku berjalan ke arah orang tua tersebut tunjukkan tadi. Walaupun keadaannya gelap, tapi cahaya bulan yang menyuluh sedikit sebanyak membantu...

Dari jauh, aku ternampak kelibat Lycans sedang meninggung di tebing sungai. Aku tersenyum. Itu dia...

"Abang...!"

"Abang...? Such insolent creature..."

Langkah aku terhenti. Seorang gadis berambut kuning susu dengan jubah merah berdiri di depan. Aku terpinga-pinga...

Dari mana dia muncul !?

"Errr....Awak ni..."

"Kau dah lupakan aku?"

"Awak perempuan gila hari tu! Apa awak nak!? Mana Lycans...?!" Aku menyoal apabila kelibat Lycans sudah hilang dari pandangan. Gadis tersebut tersenyum sinis.

Aku memerhati dia berjalan selamba mendekati aku. Renungan matanya tajam...

"Kau kandungkan anak Lycans...?" Dia menyoal dingin seraya meraba perut aku. Aku pantas menepis tangannya.

"Kenapa sibuk!? Its none of your business!"

"None of my business? Lets see..." Illydia berbisik di telingaku. Hawa nafasnya terasa sejuk bagaikan ais...

"Aku akan tunjukkan pada kau...Siapa Lycans sebenarnya...Lé ã mêmôrïaæ dévëstæ..."

Gadis itu membisikkan kata mantera seraya melekapkan tapak tangan ke dahiku. Serentak dengan itu, persekitaran aku bertukar...

Aku terkebil-kebil apabila aku berada di depan rumah anak yatim. Papan tandanya yang lusuh terpampang jelas di depan mata...

GULLEN ORPHANAGE

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now