CHAPTER 75 | ARRIA'S EXPLANATION

7.5K 473 5
                                    

"Oh, jadi sebab tu Atuk digelar Lagenda? Atuk tewaskan bapa sendiri?"

"Yea, he's one bastard strong wolf...Hampir-hampir Atuk tewas dengan dia..." Lycans berkata lalu menggosok rambut aku. Aku tersenyum.

Wew, Lycans memang hebat. Barathum sendiri kagum dengan dia. Aku berbangga kerana dia datuk aku. The legends is my grandfather, isn't that considered as lucky?

Hujan sudah lama menyepi. Kabus tebal menyelubungi kawasan Pekan Relendor. Lycans menepuk perlahan bahuku...

"Tidurlah, Aeryz..." Dia berkata lalu masuk ke dalam bilik tumpangan, meninggalkan aku keseorangan di beranda kayu. Aku melontarkan pandangan ke luar beranda...

Hurmm, aku nak jadi macam Atuk. Aku nak jumpa Barathum dan moyang keturunan Lycans...

Satu hari, aku akan jumpa mereka semua. Itu tekad aku...

Aku mengorak langkah ke bilik tumpangan dan masuk ke dalam bilik di sebelah kanan, bersebelahan dengan bilik Atuk.

Namun, tatkala aku membuka pintu, aku tersentak...

Arria sedang duduk di birai katil bersama Euryca. Mereka asyik berbual perlahan tanpa menyedari kehadiran aku...

"Arria...?" Aku menegur seraya mendekati dia. Gadis serigala mendongak memandang aku. Euryca tersenyum kepadaku...

"Aeryz..."

"Macam mana kau tahu aku ada disini...?"

"Erm, ibu yang hantar saya ke sini.."

"Mak cik Ciry..? Mana dia...?" Aku menyoal seraya cuba membuka pintu bilik, tapi Arria bingkas menahan...

"Dia hantar saya melalui teleport..."

"Oh...Hurmm, kenapa kau datang ni..?" Aku menyoal lalu duduk di sebelah Euryca. Gadis musang hanya memerhati aku dan Arria.

"Semua yang awak nampak di pasar tu, cuma salah faham, Aeryz...Saya tak sukakan Noah..." Arria berkata perlahan. Aku memeluk tubuh...

"Heh? Aku sendiri nampak kau berjalan berdua dengan dia...Bukan main mesra lagi..."

"Abang dengar la dulu apa akak Arria nak cakap...Shut your mouth and listen!" Euryca membidas seraya mencubit kuat lengan aku. Aku pantas menepis tangannya.

"Sakit lah!"

"Abang selalu macam ni! Ikut kepala sendiri! Just listen!"

"Ok-ok! Fine! Aku dengar!" Aku berkata geram. Euryca melirikkan mata pada Arria seraya bangun dari katil.

"Abang berbincanglah elok-elok dengan akak Arria...Saya nak keluar..." Euryca berkata lalu membuka pintu. Aku hanya memerhati dia beredar pergi...

Hurmm...Dia nak pergi mana malam-malam macam ni? Lycans tahu, mati aku kena belasah nanti...

Arria duduk disebelah aku. Pandangan matanya memerhati aku sambil tersenyum manis...

"Give me the detail explanation, Arria..." Aku memberi arahan. Arria menyisir rambutnya ke sisi. Nafas ditarik dalam-dalam...

"Ok, macam ni...Awak bergaduh dengan Noah kan? Awak tumbuk dia malam tu..."

"Yeah, he kissed my lil sis...Plus, dia tu playboy!"

"Noah tak seperti awak sangkakan, Aeryz...Dia sukakan Euryca...Only her..."

"Yea, right..."

Arria memasamkan muka apabila aku membidas selamba kata-katanya. Aku tidak mengendahkan dia...

"Masa awak jumpa saya dengan Noah di pasar tu, saya temankan dia beli barang! Dia nak beli hadiah untuk Euryca! Tapi, awak gigit dia!"

"Hadiah? Hadiah apa...?"

"Hadiah untuk Euryca lah, dia nak pujuk si musang tu!"

"Eh? Seriously...?"

"Look at my face, ada nampak macam saya main-main ke...?" Arria membalas seraya merenung tajam padaku. Aku menggaru belakang kepala...

"Hurm, kenapa kau tak beritahu aku dulu...?"

"Saya cari awak, tak jumpa..." Arria berkata perlahan. Pandangan matanya seakan merayu padaku supaya percaya akan kata-katanya...

"Erm, ok...Aku percaya...But..."

"But...?"

"Jika kau buat lagi benda macam tu, i wont forgive you ever again..." Aku memberi amaran. Arria tersenyum. Lengan aku dia peluk manja...

"Ehe, i know you will understand..."

Aku mengusap perlahan kepalanya. Haih, kenapa lah dia tak terangkan awal-awal..? Kalau tak, aku takkan dibuang Gallowglass...

Hurmm, lepas ni aku kena minta maaf pada Noah...

He's innocent...

Pakk...

Kami berdua tersentak apabila lampu bilik dibuka tiba-tiba. Loralyn tersengih melihat kami terkedu...

"Ooo, ini kerja korang ye..Tahu kat Lycans...Mati Aeryz nanti..." Dia berkata lalu tertawa sinis. Di sisi Loralyn, Euryca menekup mulut menahan ketawa...

Sial Euryca, dia perangkap aku! Siap dia nanti!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now