CHAPTER 40 | SEARCHING FOR THE FLOWER

8.3K 536 11
                                    

'Oklah, Dylan...Dah lewat malam ni, aku gerak dulu...'

'Eh? Tidur jelah sini...Macam tak biasa pulak...' Dylan menawarkan bilik kepadaku. Aku tersenyum menolak perlawaannya.

'No need, Dylan...Aku sewa rumah tumpangan jelah...' Aku berkata selamba. Dylan mengangguk. Riak mukanya seakan tidak berpuas hati.

'Up to you, Aiden...'

'See ya later, bud!' Aku membalas seraya memegang tangan Eilya. Kami berjalan keluar dari kedai senjata Dylan. Keadaan diluar sudah pun gelap.

Kami meneruskan perjalanan ke tingkat atas. Eilya asyik menggosok mata ketika kami menaiki tangga batu. Aku menoleh ke arah dia...

'Kenapa ni? Mata masuk habuk ke?' Aku menyoal perlahan. Eilya menggeleng kepala.

'Taklah...Saya mengantuk...Cepatlah...Saya nak tidur ni!' Si musang berkata lalu menguap. Aku tersenyum. Grrr...Geram betul aku bila dia bersikap macam ni...

Macam budak-budak! Dia dah jadi ibu, but still act like this! What the hell?

Aku memimpin tangannya meredah kawasan pasar yang lenggang. Semua kedai sudah ditutup. Lopak air hasil hujan petang tadi, aku elak selamba. Eilya hanya mendiamkan diri di sebelah aku.

'Abang...' Eilya memanggil tiba-tiba ketika aku leka memerhati sekeliling...

'Erm?'

'Dukung saya...Ngantuk sangatlah...' Eilya meminta manja. Aku mengangkat pinggangnya. Pehanya aku rangkul erat. Si musang meletakkan kepala di bahu aku.

Aku meneruskan langkah meredah kawasan lorong sunyi. Lagi 300 meter, aku akan sampai ke Rose Inn. Ekor Eilya melurut ke bawah menandakan dia sudah pun terlelap...

Haih, cepat betul dia tidur...Bukan main-main punya mengantuk ni...

Tatkala aku tiba di perkarangan Rose inn, aku terus berjalan ke kaunter kayu. Aku menyewa satu bilik kemudian naik ke tingkat atas. Derapan tapak kasut aku memecahkan suasana hening...

Plakk...

Pintu kayu ditolak ke depan, aku masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan aku meletakkan Eilya ke atas katil. Dia langsung tidak terjaga. Hurmm...Dia tak nak mandi dulu ke..?

Aku menanggalkan baju sejuk dari tubuh Eilya. Ikatan rambutnya aku leraikan. Kemudian, aku kemaskan bantal dan selimut. Si musang mengeliat kecil ketika aku selimutkan dia...

Hurmm...

Aku nak minum dulu...Rasa tak puas pulak arak Dylan berikan tadi...

Perlahan-lahan aku letakkan Excalibur ke atas meja kayu kemudian keluar dari bilik. Selepas mengunci pintu, aku berjalan ke tingkat bawah...

Aku mengorak langkah ke pub yang terletak berdekatan dengan Rose inn. Suasana di dalam pub hingar bingar tatkala aku masuk ke dalamnya.

Tanpa membuang masa, aku duduk di meja yang terletak di hujung pub dan memesan segelas besar arak Yanvir. Suasana sekeliling aku perhatikan...

Ramai ogre dan kalimdor asyik berborak kosong sambil meneguk arak. Bunyi tawa mereka membingitkan suasana.

Hurmm...Takde ke awek cun kat sini? Sementara Eilya takde ni...Bolehlah aku menggatal kejap, kan?

Tiba-tiba, aku ternampak seorang gadis berambut blonde sedang duduk seorang diri di meja bertentangan denganku.

Woah, tuah aku! She's one hotties...!

Wait...

Dylan mintak aku carikan bini untuk dia, kan? Hurmm...Mungkin aku boleh calonkan perempuan ni pada dia...?

Well, aku terpaksalah interview dulu gadis ni...Ehem, aku tak menggatal, ok?

Just doing a task...

Aku bangun dari kerusi seraya mendekati meja si gadis tadi. Dia terpinga-pinga apabila melihat aku berdiri di depannya...

'Boleh aku duduk sini...?' Aku berkata sopan. Dia pantas mengangguk. Dari gayanya itu, aku boleh jangka...Dia ni pemalu...

Dylan memang suka gadis malu-malu kucing ni...

'Awak ni...Aiden Lycans, kan?' Dia menyoal tatkala aku menyandar pada kerusi kayu. Mata ungunya merenung aku, lama.

'Yup, thats me...You?'

'Emily..Emily Honza...' Dia menjawab sambil tersipu-sipu. Aku terus-menerus merenung dia. Hurmm...Boleh tahan cantiknya dia ni...

Tapi, tak boleh lawan kecomelan Eilya lagi...No girls can beat my fox cuteness...

'Oklah...Aku tak pandai nak berkias ni...' Aku berkata seraya menongkat dagu. Mata aku masih tertacap pada dia. Emily membalas renungan aku...

'Berkias? Berkias apa...?'

'Kau dah ada companions? Husband?'

'Errrr...' Dia tergagap mendengar soalan aku. Aku menanti jawapan darinya. Rambut blondenya diusap perlahan...

'Tak...Saya single...'

'Good...'

'Why...?'

Aku tersenyum mendengar balasan soalannya. Dia termangu-mangu. Aku kembali menyandar pada kerusi kayu...

'Sebenarnya....'

'Apa abang buat kat sini...?'

Aku dan gadis itu tersentak apabila seseorang menyampuk perbualan kami. Wajah aku berubah pucat. Eilya memeluk tubuh di belakang gadis tersebut ...

Riak mukanya garang ..Ekornya meliuk hebat...

Aku menelan air liur...

Well shit..

I'm dead...!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now