BONUS 3 | HEART POUNDING

6.3K 447 18
                                    

Ehem, korang nak tak bonus 3? Nak tak nak, aku karang jugak...Hahaha! Dalam bonus 2, korang dah baca, kan? Aiden cuba tangkap 'cacing besi' tu? Well, ini sambungannya...

********************************************

"Awak ni gila ke!? Pergi rempuh train macam tu!"

"What!? Aku nak bawak balik! Eilya mesti terpegun nanti! Dalam dunia aku, takde cacing besi macam tu!"

Aiden membalas kemudian duduk di atas sofa. Pedang berwarna hitam dengan ukiran unik, Aiden letakkan ke atas meja. Aku memeluk tubuh sambil memerhati dia...

Hurmm, dia ni pelik lah...Langsung takde perasaan takut...

Yes, he's real idiot...But, he's so strong too...Like a damn superman! Dia kena rempuh dengan kereta api, but look at him!

LANGSUNG TAKDE KESAN!

Aku mengikat rambut kemudian naik ke tingkat atas. Aiden hanya menjeling aku dengan mimik muka tidak berpuas hati...

"Penyibuk..." Aiden sempat menyindir tatkala aku menjejakkan kaki ke tubir tangga. Bawah bibir aku gigit lembut, geramnya aku dengan mamat bodoh ni!

Sabar, Samantha...Sabar...


******

Pen diletakkan ke atas buku nota setelah dua jam menelaah buku rujukan. Assignment ni nak kena hantar minggu depan, tapi aku masih tak siapkan...

Mati la aku...Confirm pointer menjunam bagaikan jet pejuang terhempas...

Haih...Ini semua sebab Aiden...

Hurmm, assignment ni mengenai makhluk mitos serigala jadian, kan? Mungkin aku patut minta tolong mamat bodoh tu...?

He said, he's the wolf...Right?

Nota kecil aku gapai seraya bangun dari kerusi. Pintu bilik dikuak lalu aku turun ke tingkat bawah. Dari atas, aku melihat Aiden sedang termenung memerhati rantai di tangannya...

Apa dia menungkan tu...?

"Aiden..." Aku menegur seraya mendekati dia dari sisi. Aiden tersentak. Rantai berbatu merah, dia pakaikan semula ke leher...

"Apa awak menungkan tu...?" Aku menyoal lembut. Aiden menganjak ke sisi untuk memberi ruang duduk kepadaku...

"Nothing..."

"Nothing...? Awak nampak sedih...Kenapa ni...?"

"Haih...Its nothing, really..." Aiden masih cuba mengelak soalan aku. Mata coklatnya seakan sayu akan sesuatu. Perlahan-lahan, lengannya aku genggam lembut...

"Aiden...Awak sedih sebab saya marahkan awak...?"

"No...Aku tak kisah pun kau nak marahkan aku...Its just..."

"What is it...?"

Aiden menghela nafas lemah, kemudian menggosok rambut. Aku memandang dia dengan pandangan redup. Hurmm, ada sesuatu yang dia risaukan...

"Aku rindukan Eilya..."

"Eilya...? Oh ya, tadi awak ada sebut pasal Eilya...Dia isteri awak ke...?"

"Yeah...Aku jamin, dia mesti risaukan aku sekarang ni...Haih, macam manalah aku boleh datang sini...?" Aiden mengeluh sekali lagi lalu menekup dahi. Aku tersenyum tawar kepadanya...

Dia sayangkan isteri dia...Bertuah betul isteri dia tu, dapat suami yang kacak macam ni, kuat pulak tu...

Bodoh tu ada la sikit...Tapi, still boleh consider full package lagi...

"Aku kena buru naga tu, Sam...Jika aku biarkan...Dunia ni akan kucar-kacir...Selagi naga tu berada di sini, aku tak boleh balik..."

"Oh...Hurmm, macam mana awak nak kesan naga tu...?"

"Ntahlah...Bau makhluk purba tu sudah hilang dibawa angin...Aku sendiri tak tahu..." Aiden membalas perlahan. Aku memegang dagu memikirkan jalan penyelesaian...

Hurmm, mesti ada cara untuk kesan naga tu...

Mesti ada...

"Kau ada cara, Sam...?"

"Ahh!"

Aku tersentak apabila wajahnya begitu rapat denganku. Mata coklatnya bagaikan bercahaya dibias cahaya florescent. Jantung aku mula berdegup kencang...

"Samantha...?"

"Ermm..Ermm...Kejap-kejap..." Aku bingkas bangun lalu berjalan ke bilik air di tingkat bawah. Aiden memerhati aku dengan pandangan pelik.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik air, pintu pantas ditutup. Aku meninggung seraya menekup muka...

Oh God...He's so close...I can feel his breath...Hold yourself, Samantha...

He's not human...Plus, he's already have a wife...

Nafas ditarik dalam-dalam kemudian menghembusnya keluar perlahan-lahan. Aku mengumpul semangat untuk bersua muka dengannya semula...

"Kenapa ni, Sam...? Kau sakit ke..?" Aiden menyoal tatkala aku duduk semula di sisinya. Kali ni, aku menjarakkan diri dengannya...

"Erm, saya sakit perut tadi..."

"I see...Mesti sebab sup neraka kau semalam! Hahahaha!"

"Shut it...Hurmm, saya tahulah, saya tak pandai masak..."

Aiden tersengih melihat aku mulai merajuk. Dia mengusap lembut rambutku seraya tersenyum simpul...

"Aku gurau jelah...Apalah kau ni..."

"Hurmm...Ok, back to the main point... Saya rasa...Saya tahu macam mana nak kesan naga tu..." Aku berkata lalu mengambil remote tv. Aiden mengerut dahi melihat aku tersenyum...

Jika naga tu berada di sini, mesti ada orang yang nampak, kan? Bila ada orang nampak, sudah semestinya berita tu akan masuk tv!

Bijak, kan!?

Tanpa membuang masa, punat remote tv ditekan. Tv plasma bersaiz 40 inci terbuka. Aiden membuntangkan mata...

"Holy hell...Kotak apa pulak ni!? ADA DUNIA KECIL DALAM KOTAK NI! KAU NI AHLI SIHIR KE, SAM!?"

Tawa aku berderai mendengar kata-katanya. Aiden pantas membelek tv tersebut berkali-kali...

Aiden...Aiden...Lawak betullah mamat ni...

********************************************
Bonus episod ni aku karang cuma untuk menghargai sokongan kalian pada aku, huehue...

Tunggu Bonus 4 lak, ok?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now