CHAPTER 72 | TRIAL OF THE FITTEST

7.8K 477 1
                                    

Aku memerhati pedang berwarna merah dan hitam yang Barathum berikan sebentar tadi. Sange menghasilkan cahaya berwarna merah dan pemegangnya terasa hangat, seakan ia mengalirkan darah.

Yasha pula menghasilkan aura berwarna hitam pekat. Ia terasa sejuk dan menenangkan. Hurmm, aku boleh rasa yang kedua pedang ini bukan sebarangan.

Its godly heaven sword. Plus, its forged from Barathum's claw itself...

"Sange akan berikan kau kepantasan dikala bertempur, manakala Yasha pula akan berikan kau kekuatan dan pertahanan...Apabila digabungkan bersama, kau takkan mudah untuk ditumpaskan..."

Aku mengangguk mendengar kata-kata si dewa serigala. Barathum menoleh ke arah Loralyn yang hanya mendiamkan diri sebentar tadi.

"Come here, you sweet creature..." Dia memegang lembut tangan si musang dan menarik Loralyn naik ke atas takhta mewahnya. Si musang terpinga-pinga. Aku tersentak...

"Whoa! whoa! Apa kau nak buat!?" Aku cuba naik ke atas takhta tersebut, tetapi ia dilindungi zirah pelindung!

Barathum meletak Loralyn di atas riba kemudian memegang pinggang si musang. Loralyn kelihatan kaku kerana takut. Aku mengetap gigi menahan geram.

"Rileks, Lycans...Yang mulia tidak berniat jahat...Dia mahu lindungi isteri kau..." Lazarus menegur dari belakang. Aku menoleh ke arah dia..

"Lindungi dia!? Lindungi dari apa...!?" Aku menengking lantang. Lazarus mengalihkan pandangan pada Barathum. Si dewa serigala mengangguk membalas pandangan Lazarus.

Aku menelan air liur apabila Lazarus mengambil pedangnya yang tersisip di belakang. Pedang berwarna emas tersebut dihunuskan ke arah aku...

"Aku nak uji kau, Lycanstrophes...Sama ada kau benar-benar layak digelar Pemburu Lagenda..." Barathum berkata tenang dari atas takhta.

"What..? Kau nak uji aku...?"

"Yes, fight Lazarus...The rule is simple...If you're dead, you lose..." Barathum membalas selamba. Pandangan aku beralih pada Loralyn. Si musang mengangguk perlahan.

"Fine...Aku bukan lemah seperti kau sangkakan, Barathum..."

"Impress me then..."

"Gladly..."

Aku memusingkan badan menghadap Lazarus. Kedua pedang di tangan, aku genggam erat dan bersedia untuk bertempur...

Aku dan Lazarus berbalas pandangan. Senyuman sinis terukir di bibir serigala lagenda. Pedang keemasannya kelihatan berkilau dibias cahaya obor api...

"Jangan ingat aku akan berlembut, Lycanstrophes..." Lazarus berkata selamba. Aku mengambil nafas perlahan-lahan...

Rileks, Lycans...Rileks...

Tumpukan perhatian, tersalah langkah, you're dead, Lycans...

Barathum memerhati aku dan Lazarus bersedia untuk bertarung. Loralyn pula hanya mendiamkan diri. Matanya tidak lepas dari memandang aku...

PLOPP!!

Lazarus memulakan langkah pertama! Dia melompat dan menujah dirinya ke depan! Pedangnya dilibas ke arah aku sepantas kilat!

PANGG!!

Aku menahan serangannya! Lazarus tersengih! Aku memusingkan badan dan melepaskan tetakan bertubi-tubi! Lazarus mengelak tipis tetakan aku!

"Hahah! Damn! You're good, Lycans!" Lazarus berkata bangga tatkala dia mendarat di hujung dewan luas istana. Aku bersedia sekali lagi.

"Heh, i'm your son after all..."

"Indeed.."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now