CHAPTER 174 | SWEET REVENGE

6K 395 14
                                    

"Kau pasti ke? Ini rumah Fabian tu...?"

"Saya pasti! Ini la rumah lelaki tak guna tu!"

Aku melirikkan pandangan curiga pada Sheera. Dia memasamkan muka apabila aku berbuat begitu. Kami berdua tercegat agak lama di depan pintu kayu. Logo serigala terpampang megah di depan pintu tersebut...

Ini logo Hunter. Aku agak, Si Fabian ni seorang pemburu. Just like Lycans...

"Apa awak tunggu lagi!? Ketuklah!" Sheera menggesa. Aku menggeleng kepala seraya mengetuk sopan permukaan pintu tersebut...

Kreekkk....

Pintu dibuka perlahan. Seorang lelaki berambut blondie membalas pandangan mataku dengan dahi berkerut. Aku dan Sheera berbalas pandangan...

"Ya? Ada apa? Eh!?"

Lelaki tersebut kelihatan tersentak melihat Sheera. Gadis berambut merah menyorok di belakang aku. Aku termangu-mangu...

"Sheera? Apa kau buat kat sini? Kau cakap, kau nak bawa diri ke Arastosa...?" Lelaki tersebut menyoal dengan nada suara separuh berbisik.

"Kau ni Fabian?" Aku membalas soalannya tanpa ragu-ragu. Dia mengalihkan pandangannya kepadaku...

"Ya, aku Fabian...Kau ni siapa?"

"Oh, good...May i come in...I need to talk to you..." Aku berkata seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

Belum sempat Fabian menahan, bebola mataku tertacap pada seorang gadis separuh bogel diatas kerusi berlapikkan sutera putih...

"Wow-wow! Kurang ajar betul kau ni! Sesuka hati nak masuk dalam rumah aku! Get out!" Fabian menjerkah! Aku dan Sheera berbalas pandangan sekali lagi...

"Dia ni playboy lah, Sheera...Such a jerk..."

"Tahu pun...Ajarkan sikit, Drake..."

Kami berbalas bisikan sambil menjeling tajam pada Fabian. Si serigala terkebil-kebil apabila aku menolak tubuhnya ke belakang seraya masuk ke dalam rumah.

"Well, well... Kau ada 'urusan' peribadi nampaknya Fabian..." Aku berkata lalu duduk di atas kerusi kayu. Gadis separuh bogel tadi terus bangun lalu melarikan diri ke dalam bilik...

Gadis berambut merah duduk di sebelah aku. Tangannya merangkul erat lenganku dari sisi. Fabian merengus menahan marah. Dia memeluk tubuh sambil memerhati kami berdua...

"Siapa lelaki ni, Sheera!? Your new companions!? You're real whore, Sheera!"

"Looks who's talking, scum wolf...Kau juga serigala tak guna..." Aku membalas selamba lalu tersengih sinis. Sheera hanya mendiamkan diri. Aku tahu, dia takut...

Fabian bingkas mengambil pedang yang tersangkut di dinding seraya meluru kepadaku!

"Ahh! Drake!" Sheera menjerit ketakutan apabila bilah pedang dilibas pantas ke batang leherku!

"Stãdïoæn..."

Bilah pedang terus terhenti. Tubuh Fabian kaku. Dia mengetap gigi apabila mantera sihir berjaya menghentikan serangannya...

"Grrr...Grrr...Lepaskan aku! Or, i'll cut your head off!"

"Wew...Kau nak tahu satu fakta pasal aku tak, serigala tak guna?"

"What...!?"

"Aku tak takut dengan kata ugutan...Lets just sit down..." Aku berkata lalu menghala dua jari ke arah kerusi. Tubuh Fabian terawang di udara lalu duduk di atas kerusi. Pedang terlepas dari genggaman tangannya...

Fabian merenung tajam padaku sambil mengeram marah. Rangkulan Sheera terasa erat di lengan. She's so scared right now...

"Grrr...Grrr...SIAPA NI SHEERA!? ANSWER ME!"

"Tak perlulah memekik...Nama aku Drake Deathwing...I'm a wizard..."

"Batalkan sihir kau ni sekarang! Or..."

"Or what? Bla...bla..bla...Keeps talking..."

"Apa kau nak!? Gold!?" Fabian menengking sambil merengus geram. Tubuhnya langsung tidak boleh bergerak dek sihir yang aku lafazkan tadi. Aku memeluk pinggang Sheera dari sisi...

"Gadis ni mahukan pengadilan dari kau, Fabian..."

"Hah! Jangan harap aku nak jilat ludah aku sendiri! She's just a whore!"

Sheera menelan air liur mendengar kata-kata makian dari si serigala. Airmata mula bergenang di tubir matanya...

Hurmm, boleh tahan celakanya mulut si serigala ni...

"Aku nak kau minta maaf pada dia, Fabian..."

"Maaf!? Never!" Fabian cuba berlagak kental. Aku menghela nafas seraya bangun. Si serigala merenung tajam padaku apabila aku mendekatkan muka dengannya...

"Hurmm...Kau ni buatkan aku terasa geram, Fabian..."

"Heh, apa kau nak buat ha...?"

Aku memalingkan muka ke arah Sheera. Si gadis berambut merah membalas pandangan mataku dengan pandangan sayu...

Baiklah, aku tahu apa nak buat...

Fabian dan Sheera memerhati gelagatku teliti. Aku mengambil segelas air putih seraya menuangkannya ke kepala Fabian. Si serigala mengetap gigi apabila aku berbuat demikian...

"APA KAU BUAT NI, SIAL!? SIAP KAU NANTI!"

"Fabian Moore...Disebabkan sikap kau yang begitu menjengkelkan ni, aku jatuhkan satu sumpahan pada kau..."

"Ha!? Sumpahan...?"

"Kau kena dapatkan cinta sejati...Jika tidak, kau akan kekal dengan sumpahan yang aku lancarkan ni untuk selama-lamanya..."

"APA KAU MEREPEK NI!?"

"Færiashæ Lē Ørmãn Güllænœr..." Aku melafazkan kata mantera lalu memegang kepala Fabian. Asap tebal berwarna merah berkepul naik ke ruang udara. Sheera termangu-mangu...

Seekor babi muncul di tengah-tengah ruang tamu. Aku menahan gelak apabila Sheera bangun lalu mendapatkan aku. Fabian sudah menghilangkan diri...

"Drake! Apa awak buat!? Mana Fabian!?"

"Tu..." Aku menunjuk ke arah babi tersebut. Sheera tergaman. Aku terus ketawa terbahak-bahak apabila babi tersebut berlari keluar dari rumah.

"Awak tukarkan Fabian kepada babi?"

"Yes! Hahahaha! Dia lebih sesuai jadi babi berbanding serigala!"

"Cool...You're so good using magic..."

"Hahaha! Ini Deathwing lah! The Mighty Deathwing!"

"Kenapa awak tukarkan dia jadi babi!"

"Sumpahan tu cuma boleh terlerai bila seorang gadis cium dia dengan ciuman cinta sejati..."

"Oh, nanti dia bertukar jadi serigala baliklah?"

"C'mon! Siapa yang gamak nak cium babi! Kau nak ke cium babi!?" Aku menyoal seraya menolak dahi Sheera dengan hujung jari. Dia tertawa sinis...

"Yucks! Cium babi? Meloyakan!"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin