CHAPTER 20 | TUGAS SI ABANG

8.7K 536 17
                                    

Cikgu Merillia asyik mengajar di depan. Sekali-sekala dia mendongak memandang kami. Aku hanya menongkat dagu. Pandangan aku tertacap pada Euryca yang duduk di bawah, barisan hadapan yang terletak berdekatan dengan Cikgu Merillia....

Hurmmm...Aku rasa kesian pulak...Tak pernah aku tengok dia sedih macam ni...Sampai tak bercakap...

Kalau tak, dalam kelas...Dia yang paling aktif...Bergurau dengan kawan-kawan...

Haih...

'Baiklah, setakat tu jelah untuk hari ni, kelas bersurai...' Cikgu Merillia berkata seraya menutup buku tebalnya. Kami semua mengemas barang untuk keluar dari kelas.

Langkah aku laju mengejar Euryca yang berjalan di depan. Dia menyelit di celahan orang ramai.

'Ryca...' Aku memanggil seraya memegang ekor musangnya. Euryca menoleh ke arah aku. Wajahnya masam mencuka...

'Apa abang nak...?'

'You make me worried...Kau ok tak..?'

'Ok je..Kenapa? Saya datang kelas kan? Tak perlu risau sangat..'

'Ryca...Aku tahu kau sedih...But...'

'Abang jangan sibuk boleh? Sudahlah...Saya nak balik ke bilik...' Dia menepis tangan aku yang memegang ekor putih gebunya. Hurmmm...

Euryca mengorak langkah meninggalkan aku yang masih terkedu dengan lagak dinginnya. Dia terlalu dingin...

Euryca yang aku kenal, bukan macam ni...

Fuck this shit!

Aku tak sanggup nak tengok dia sedih macam ni!

PAKKK!!

Semua pelajar menoleh ke arah aku apabila aku melompat turun ke bawah melalui beranda batu.

'Abang...?'

Euryca terkejut apabila aku mendarat di depannya. Aku menggalas beg ke belakang seraya mendekati dia.

'Apa abang buat ni!? Seganlah!' Si musang mula mengelabah apabila aku mendukung dia. Semua pelajar memerhati teruja kelakuan aku.

'Shut up! Ikut aku...Aku tak nak kau sedih macam ni!' Aku membalas selamba lalu berjalan ke depan. Eurya merangkul leher aku sambil mengeram lembut.

Kami berjalan keluar dari Gallowglass...

********************************************

Aku meletak Euryca ke bawah apabila kami sampai di kawasan pasar Stormcloak. Si musang menoleh ke arah aku. Wajahnya terpapar seribu persoalan...

'Kenapa bawa saya ke pasar pulak? Abang nak saya temankan abang beli barang ke...?' Dia menyoal apabila aku mula berjalan masuk ke kawasan sesak. Si musang mengikut aku dari belakang...

'Yeah...Aku nak beli something...'

'Ok...Lepas beli, saya nak balik...Nak tidur..'

'Yea-yea, whatever...' Aku membalas selamba. Euryca tersengih lalu mempercepatkan langkah untuk berjalan beriringan denganku...

Bunyi bising si penjual menawarkan barang membingitkan telinga. Aku dan Euryca membelek barang yang dijual di situ...

'Wah...Rantai ni dah lama saya cari...!' Euryca berkata teruja seraya menunjuk ke arah rantai silver bertatahkan batu berwarna merah. Aku mengambil rantai tersebut...

'Hurmm...Buruk je aku tengok...?' Aku berkata sambil membelek rantai itu di tangan. Euryca memasamkan muka. Rantai itu dia rampas dari tangan aku.

'Hmph! Abang tak tau nilai benda macam ni! Abang sama je macam ayah!' Dia mencebik. Aku menggosok belakang leher...

Hurmm...Mana aku tau benda macam ni...Aku cuma minat pedang and teknik bertarung...Benda macam ni...Tak menarik minat aku...

'Berapa ni...?' Aku menyoal pada Tuan kedai. Gadis bertelinga arnab itu tersenyum..

'150 gold...'

'Mak aih...Mahalnya...' Euryca tersentak. Dia kelihatan ragu-ragu lalu menoleh ke arah aku. Haha! Dia nak la tu! Aku kenal sangat pandangan mata ala-ala minta simpati dia tu!

Beg kulit aku buka poket kecil. Beberapa kepingan emas aku ambil. Euryca membulatkan mata melihat aku ada banyak gold tersembunyi...

'Wow...Mana abang dapat gold banyak macam ni!?'

'Ehe, dari ayah...'

'Mustahil ayah bagi gold banyak macam tu!'

Aku hanya tersengih mendengar bantahan Euryca. Dia mengerut dahi melihat sengihan aku...

'Abang curi gold tu!?'

'Haha! Ayah kedekut sangat! Aku curi jela!'

'Abang memang cari nahas...Dari kecik...Ada saja abang buat hal...' Euryca membebel. Aku tidak mengendahkan dia...

Lantak kau lah...Setakat kena bedal dengan ayah...Aku dah lali sangat...

Selepas membayar harga rantai itu, kami berjalan lagi ke depan. Euryca kelihatan teruja membelek rantai yang kini sudah menjadi miliknya...

'Kau gembira...?' Aku menyoal seraya mengusap kepalanya. Euryca tersenyum. Ekor musang bergodek laju...

'Uh-hum! Thanks! Abang dari dulu suka buat Ryca gembira macam ni...Haha!'

'Well...I'm your brother...Lagipun, kau adik aku...satu-satunya adik aku...'

Hurmm...Thanks...Eh..?'

Perbualan kami tergendala apabila melihat Noah berjalan dengan Arria. Mereka kelihatan mesra. Noah merangkul pinggang Arria dari sisi...

Aku tergaman...

What the hell?

Lepas dia tinggalkan adik aku, sekarang...Dia nak rampas Arria dari aku...?

'Abang...?'

Euryca menegur perlahan apabila aku mula menggigil. Beg kulit aku serahkan pada Euryca...

'Stay here!'

Aku berkata seraya bertukar menjadi serigala dan meluru ke arah Noah! Orang ramai bertempik apabila aku melanggar badan mereka!

'Aeryz!?'

'Groaaarrrr!!'

Orang ramai mulai kecoh apabila seekor serigala kelabu menyerang Noah tiba-tiba. Keadaan bertukar riuh-rendah!

'Aeryz! Ini cuma salah sangka!'

'GRRRR! GRRRR!!' Aku tidak mempedulikan kata-katanya!

Mamat ni memang nak mampus dengan aku!!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now