CHAPTER 97 | UNEXPECTED

6.4K 440 6
                                    

Matahari memancar di dada langit. Tiada segumpal awan pun yang memayungi sinaran terik tersebut. Aku mengesat peluh di dahi kemudian memacu kereta kuda bergerak merentasi gurun tandus.

Botol kulit yang tersangkut di sisi, aku gapai untuk menghilangkan dahaga. Namun, ianya tidak berisi. Aku melepaskan keluhan kecewa.

Haih, masa nilah bekalan air nak habis...

"Héra Ké Vērlön..." Aku melafazkan kata mantera seraya membuat isyarat jari ke arah botol kulit. Ianya mengembung apabila air memenuhi ruang isinya.

Heh, nasib aku terrer main sihir...

Mataku tertacap pada susuk tubuh seseorang di tengah-tengah padang pasir tatkala aku meneguk air tersebut. Botol kulit aku campak ke sisi, aku memacu kereta kuda ke arah susuk tubuh itu...

Seorang gadis bertelinga musang terlantar di tengah medan tatkala aku mendekati. Wajahnya comot. Pakaian labuhnya kusam dengan kesan pasir dan bibirnya kering...

Tanpa membuang masa, aku memapah dia naik ke pelantar kayu dan menuang air ke dalam mulut dia. Gadis itu menelan air perlahan-lahan. Nafasnya berombak perlahan...

"Kau ok...? Macam mana kau boleh terlantar di tengah-tengah gurun tandus macam ni...?" Aku menyoal perlahan. Gadis itu tidak menjawab pertanyaan aku. Dia kembali memejamkan mata...

Hurmm, its weird. Gurun Hasley bukan sebarangan gurun. Tiada siapa sanggup merentasi gurun ni walaupun ia merupakan jalan pintas untuk ke Pekan Rooseweld. Lagi-lagi berjalan kaki macam ni...

Menempah maut namanya....

Keadaan gadis tersebut aku perhatikan lama. Telinga musangnya menarik perhatian mata. Hurmm, dia ni musang? Tapi, aku tak nampak pula ekor dia...

But, dia cantik. Teramat cantik. Walaupun dia dalam keadaan comot sebegini, tapi dia masih kelihatan anggun...

Seolah-olah dia ni puteri...Jika dia puteri, puteri dari Pekan mana...?

Aku kembali memacu kereta kuda. Gadis itu tertidur di sisi. Hurmm, biar dia berehat dulu...

Nanti aku soal siasat benda ni....

******

Setelah 5 jam merentasi Gurun Hasley, aku tiba di kaki gunung Clouden Nile. Kereta kuda bergerak perlahan ke arah tebing sungai. Selesai mengikat tali kuda, aku turun dari pelantar kayu. Gadis tadi masih tertidur...

Aku menyinsing lengan baju. Air sungai aku curahkan ke muka. Fuh, terasa segar apabila air menyapa wajah...

Prakk...

Aku menoleh ke sisi apabila mendengar bunyi derapan kayu. Gadis musang cuba turun dari pelantar, tetapi dia masih lagi lemah. Aku bingkas mendapatkan dia...

"Ermm...Terima kasih..." Dia berkata apabila aku merangkul pinggang seraya membantu dia turun ke bawah. Aku melemparkan senyuman.

Aku memimpin dia ke sungai. Langkah dia masih lagi longlai. Badannya menggigil setiap kali dia mengorak langkah...

Gadis itu meneguk air semahu-mahunya seraya berendam di dalam air sungai. Habis pakaian labuhnya basah. Mungkin dia terlalu dehidrasi, sebab tu dia terus berendam?

Aku memerhati gelagat dia. Gadis musang leka berendam tanpa mengendahkan aku...

"Terima kasih sebab selamatkan saya...Tanpa awak, saya rasa saya dah mati sekarang ni..."

Aku tersengih mendengar ucapan terima kasih dari dia. Gadis itu tersenyum membalas sengihan aku...

"Tak mengapalah...Kau dah ok...?"

"Erm...Dah ok...Cuma masih terasa panas...Saya nak berendam kejap..."

"Berendamlah setakat mana yang kau nak..." Aku membalas lalu duduk memeluk lutut. Gadis itu tersenyum sekali lagi. Lesung pipit terserlah di kedua pipinya...

Damn, she's so cute....

"Ermm...Nama awak siapa...?" Dia menyoal tetiba sambil bermain aliran air sungai....

"Aku? Nama aku Merlin..."

"Awak ahli sihir...?"

"Yes...Aku ahli sihir...Kau? Siapa nama kau...?"

Gadis itu melepaskan ikatan rambut. Air sungai dia curahkan ke muka lalu digosok lembut. Aku menanti kata-katanya...

"Saya Loralyn Lyonne...Ermmm, saya Gumiho..."

Kami berbalas pandangan. Aku tergaman. Dia terus menerus merenung aku...

Fuck...

Jangan cakap, dia ni isteri Lycans seperti yang Vlad cakapkan...?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat