CHAPTER 158 | AIDEN YANG ROMANTIK

6.3K 442 12
                                    

"Maaflah! Saya minta maaf sangat! Aiden mabuk teruk, sebab tu dia hilang kawalan!"

"Tak mengapalah, Eilya...Saya boleh uruskan...Nanti, saya minta tolong Beryl dan Sylvan untuk perbaiki dapur tu..."

"Saya minta maaf sekali-lagi...Esok, saya akan berangkat balik ke Arastosa...Semua kerosakan, saya akan bayar ganti rugi..."

Selwyn hanya menyimpulkan senyuman kelat sebagai balasan atas kata-kata aku. Isterinya, Monica pula hanya memerhati gelagat kami di ruang depan kafe sambil menghirup coklat panas.

Selesai meminta maaf untuk pihak Aiden, aku terus berlari turun dari tangga kayu. Selwyn tersenyum melihat aku beredar dari perkarangan kafe coklatnya.

Bebola mata meliar memerhati sekeliling. Mencari dimana Aiden berada. Bau serigalanya kian menipis dibawa angin malam. Aku meredah kepekatan malam mencari si serigala...

Haih, aku dan Aiden hanya ditugaskan untuk membawa kek coklat kepada Emily dan Dylan...

Sekarang? Segalanya bertukar kucar-kacir! Apa aku nak jawab dengan Emily nanti!?

"Abang! Abang dimana!?" Aku memekik mencari Aiden. Suasana di hutan itu sunyi sepi. Hurmm, tadi aku perasan bau dia masih berada di sini...

"Abang! Keluarlah!" Aku memekik sekali lagi. Kali ni, nada suara aku lebih kuat berbanding tadi. Namun, tiada jawapan...

Dia sudah beredar dari hutan ni? Takkan dia sanggup tidak mengendahkan panggilan aku!?

Siaplah dia nanti! Bila aku jumpa dia, aku gigit cukup-cukup!

Dah mabuk, menyusahkan orang! Memalukan betul!

"Grrr...Grrr...Siaplah abang nanti! Saya..."

"Apa Eilya nak buat, hah..?"

Aku bingkas memusingkan badan apabila mendengar suara membalas. Aiden memeluk tubuh di belakang sambil merenung tajam padaku . Rambut coklatnya seakan bersinar dipacar cahaya bulan...

"Kenapa abang hancurkan dapur kafe Selwyn!?" Aku menengking seraya berjalan mendekati dia. Aiden langsung tidak mengendahkan pertanyaan aku. Dia menyisir rambutnya ke sisi...

"Saya tanya ni!? Jawablah!"

"Hurmm, its just a damn kitchen..."

"Damn kitchen!?"

Darah mulai terasa menyirap apabila dia menjawab soalanku dengan gaya endah-tak-endah. Aku menarik pipinya agar merapatkan muka denganku.

"Abang mabuk lagi ke!? Bau alkohol kuat lagi ni!"

Aiden mendiamkan diri. Pandangan mata coklatnya menatap aku dalam-dalam. Bawah bibir aku gigit lembut melihat dia masih lagi bersikap pelik.

Aiden merangkul belakang pinggangku tetiba. Aku tersentak. Dahinya diletakkan ke dahiku. Hembusan nafasnya yang hangat membuatkan aku kaget seketika...

Kenapa dengan dia ni...? Lain macam je...?

"Eilya nak tahu kenapa aku hancurkan dapur kedai tu...?"

"Why...?"

"Sebab aku cemburu...You protected him rather than me..."

"Ok, stop...Abang mabuk lagi ni...Jom balik, saya nak hilangkan..."

Aku terdiam apabila Aiden meletakkan ibu jari ke permukaan bibirku, kemudian dia usap lembut. Matanya langsung tidak lepas dari terus menatap aku dari tadi...

"You're such a sweet creature, Eilya Eara..."

"Ha...?"

"I love you so much...I really do..." Dia berbisik perlahan seraya menyimpulkan senyuman manis. Bunyi eraman serigalanya membuatkan jantung aku berdebar kencang...

Entah mengapa, aku terasa pelik. Sudah lama Aiden tak macam ni...

Tanpa diduga, Aiden mengucup lembut bibirku. Pelukannya terasa erat di pinggang. Ciumannya itu aku tidak mampu lawan, sebaliknya aku balas. Dadanya yang bidang, aku usap sambil mengeram perlahan...

"Aiden..." Aku berkata apabila ciuman itu terlerai. Aiden mengusap rambutku ke sisi. Dahiku, dia kucup mesra seraya memeluk aku erat-erat...

"Kau milik aku, Eara...No one else can bother you...If they do, i killed them without a second thought..."

"Stop it...You're drunk...Thats why you become this dumb..."

"Aku tak mabuk, Eilya...Tanpa Aeryz dan Euryca...Kita kembali ke zaman dulu...Hanya kita berdua...Companions dan Hunter...Menjelajah dari pekan ke pekan...I miss those days..."

Bisikan Aiden di telinga membuatkan nafasku terhenti seketika. Belakang kepalaku, dia usap perlahan seraya menatap aku sekali lagi...

"Abang tak mabuk....?"

"No, I'm not..."

"Really...?"

"Noooo...."

Dan...

Aiden rebah ke tanah sebelum sempat dia menghabiskan kata...

Aku memasamkan muka...

Tak mabuk lah sangat, kan? Sampai pengsan macam ni, tak mabuk lagi ke!?

Tak guna...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now