CHAPTER 44 | RUIN ON VACATION

7.9K 510 4
                                    

Usai mandi, aku keluar dari bilik air sambil mengelap rambut. Suasana di ruang dalam kotej sunyi sepi. Perlahan-lahan aku berjalan ke pintu belakang.

Plakk...

Pintu kayu aku tolak ke sisi seraya menjengah ke kolam air panas. Tiada siapa di situ. Hurmm...Lycans keluar ke?

Tak guna, dia tak beritahu aku dulu...Sekurang-kurangnya, beritahulah aku...

Aku menutup kembali pintu kayu lalu duduk di katil. Bantal putih aku peluk perlahan. Bau serigala Lycans melekat di permukaan bantal...

Hurmm...Dia marahkan aku, ke? Sebab aku gigit dia semalam...

Tapi, Lycans takkan merajuk semudah tu...

Aku tak pasti apa yang dia fikirkan...

Kadang-kala, dia romantik and gentleman...

Kadang-kala, dingin and tegas...

Sungguh, aku tak boleh duga si serigala ni...

Aku terbaring di atas katil. Cincin berlian di jari aku tatap seketika. Aku terfikir juga...

Lycans bahagia dengan aku? Or, dia cuma bersimpati dengan aku...?

Persoalan yang bermain di minda meresahkan aku...

Tokk...!

Tokk...!

Pintu kotej diketuk kuat tiba-tiba tatkala aku asyik melayan fikiran. Dengan pantas aku bangun dan berlari ke arah pintu tersebut.

"Lycans! Awak keluar tak beritahu saya pun!" Aku menengking seraya menjengah ke depan.

Tapi...

Bukan Lycans yang berada di depan pintu...

Aku tergaman melihat seorang lelaki bersaiz gergasi merenung aku tajam. Dia memakai kepala singa sebagai penutup kepala. Badannya sasa...

PAKK!!

Aku tercampak keluar dari kotej apabila dia merentap lengan! Berguling aku di atas tanah! Dia memusingkan badan seraya mengambil pedang yang tersisip di pinggang!

Aku bingkas bangun seraya melarikan diri! Lelaki gergasi itu mengejar aku dari belakang! Derapan tapak kakinya bagaikan kayu balak menghentam tanah!

"COME HERE YOU FOX! I WANT YOUR HEAD!" Dia menengking kuat! Aku menyelinap di celahan pokok sakura!

Apa dia nak dari aku!? Aku tak kenal dia!

Dengan pantas, aku melompat ke atas dahan pokok sakura dan bersembunyi di celahan daun merimbun! Aku menekup mulut sambil memegang erat balutan kain tuala di tubuh...

Lelaki gergasi itu berjalan perlahan mencari aku. Dia tinggi! Malahan, dia lagi tinggi dari pokok sakura tempat aku bersembunyi!

BAKKKK!!

Aku melompat ke bawah apabila dia menumbuk pokok sakura! Tawanya berdekah! Pokok sakura tadi rebah ke tanah!

"KAU NAK BERSEMBUNYI!? AKU NAMPAK EKOR KAU, MUSANG!" Dia menjerkah! Aku melarikan diri ke kawasan lapang!

"LYCANS! LYCANS!" Aku memekik kuat! Nafas aku laju! Jantung aku seakan mahu meletup! Lelaki tu nak bunuh aku!

Lelaki gergasi itu memecut ke arah aku! Langkahnya pantas! Aku menoleh ke belakang! Tangan gergasinya mahu mencapai ekor aku!

PAKKKK!!

Aku tersentak apabila seorang lelaki memaut aku pantas! Aku memaut lehernya! Lelaki gergasi itu terhenti apabila Lycans mendukung aku kira-kira 100 meter darinya...

"Kenapa ni? Siapa lelaki ni?" Lycans menyoal selamba. Mata birunya merenung tajam lelaki gergasi di depannya itu...

"Saya tak tahu! Dia nak bunuh saya, Lycans!"

"Ha...? Aku cuma tinggalkan kau selama 10 minit...Masalah apa kau buat lagi, Lora...?" Dia menyindir seraya meletakkan aku ke bawah.

"Mana ada saya buat masalah! Awak tinggalkan saya tu kenapa!?"

"What!? Aku nak beli baju untuk kau..!"

"Baju? Untuk saya...?" Aku terpinga-pinga. Lycans menggeleng kepala...

"Haih...Kau stay sini...Aku nak 'tegur' kawan kau kejap..." Dia berkata selamba lalu berjalan ke depan...

Hurmm...

Berlagak hebat la tu!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now