CHAPTER 80 | MEET THE FATHER

7.2K 518 19
                                    

Aku mundar-mandir di hadapan pintu bilik Aiden dan Eilya sambil menggigit ibu jari. Peluh dingin terus-menerus mengalir ke pipi. Jantung aku berdebar bagaikan mahu meletup...

Damn you, Euryca! Kau paksa aku buat kerja gila ni! Fuck it! Aiden tu menakutkan! He's one death reaper!

"Heh, kalau awak serius dengan saya, kenapa awak nak takut, Noah? Ayah saya takdelah garang sangat...Dia cuma protective..Dan, itu memang sifat serigala...Jumpa jelah dengan dia...Jika dia terima awak, we're getting back together...If not, saya terpaksa tinggalkan awak..."

Kata-kata Euryca berlegar di dalam kepala sejak tiga hari lepas. Setiap bait nadanya menunjukkan dia serius. Jika aku tak jumpa Aiden, she's gonna leave me!

Like hell i'm gonna lose her!

Aku menelan air liur bukan sekian kalinya seraya mengetuk pintu dengan gaya sopan. Derapan tapak kaki membuatkan aku terasa seperti darah naik ke kepala.

Plak...

Mata kuning bertembung dengan mata merah. Ibu Euryca, Eilya terkejut melihat aku terpacak di depan pintu bilik dia...

"Eh? Noah..."

"Errrr...Aiden ada tak...?" Aku menyoal dengan nada gugup. Eilya menoleh ke belakang...

"Abang! Noah nak jumpa ni...!"

"Noah? What the heck he want!?" Aiden membalas lalu berjalan ke pintu. Dia cuma memakai seluar kulit dan bahagian atas badannya terdedah.

Aku menggosok batang hidung melihat tubuh sasanya terbentang di depan mata. Penuh dengan parut dan kesan cakaran makhluk buas.

"Errr..Gulp...Pakcik..."

"Hurm? Apahal ni? Kenapa kau menggigil je ni?" Dia menyoal seraya memegang kepala aku. Aku tertunduk...

"Saya ada hal nak bincang dengan Pakcik..."

"Bincang? Hal apa...?"

"Errr..."

"Cakap jelah! Aku debik kang!"

"Pasal Euryca!"

Aiden memalingkan muka ke arah isterinya. Eilya tersenyum manis. Dia menarik lenganku supaya masuk ke dalam bilik.

Aku duduk sopan di depan meja kecil. Aiden duduk berhadapan denganku sambil memeluk tubuh. Eilya menuang air teh ke dalam gelas kaca.

"Pasal Euryca...? Kau nak bincang apa pasal dia...?" Aiden menyoal dingin. Air teh dia hirup perlahan. Eilya duduk di birai katil sambil memerhati kami.

"Ermmm...Saya mahukan dia..."

BAKK!!

BAKK!!

Aku berdengus menahan sakit! Aiden duduk kembali di kerusi setelah mendebik kepala aku sebanyak dua kali. Eilya menekup mulut menahan ketawa.

"No one can take my daughter from me..."

"Bukan itu maksud saya..! Urghh! Its hurt!"

"Then? Apa maksud kau ni?"

"Saya nak jadikan dia pasangan saya..."

"Hurmm..." Aiden merenung tajam padaku. Aku menggosok kepala. Masih terasa bisa kesan ketukan dia tadi.

"Kenapa kau minta kebenaran aku pulak? Selama ni kau berkawan dengan dia...Kau tak mintak pun..."

"Ryca cakap, kalau Pakcik terima saya...Saya boleh jadi pasangan dia..."

"Ryca said that? Seriously? That childish fox?" Aiden menyoal tidak percaya. Aku mengangguk.

"Hurmm...Aku nak tanya tiga soalan, kalau kau jawab dengan jujur...Aku terima kau..." Aiden berkata dengan nada tegas. Aku mendongak memandang dia.

"Apa soalannya...?"

"Kau cintakan Euryca...?"

"Of course i do..."

"Why...?"

Aku menggaru pipi mendengar balasan soalannya. Aiden menanti jawapan dariku...

"Ermm...Sebab dia comel, adorable..."

"Only that...?"

"Dia layan saya dengan baik dari kecik lagi...Jadi, saya akan cuba jaga dia sebaik mungkin..."

Aiden tersengih mendengar jawapan dariku. Eilya kelihatan teruja melihat kami mengadakan sesi temuduga...

"Alright, aku puas hati...Soalan kedua..." Aiden menyambung kata. Aku menelan air liur...

"Kau pernah buat benda bukan-bukan dengan dia...?"

"Only kiss..."

"WHAT!?"

Aku tersentak apabila Aiden menghentak meja. Matanya merenung tajam padaku. Sekali lagi, air liur aku telan...

"Saya cuma cium dia...Nothing more..."

"You're really got some ball to spill the milk...I like that..." Aiden membalas lalu menyandar pada kerusi kayu.

"Final question, kau boleh janji dengan aku?"

"Janji apa...?"

"Kau takkan khianati dia...Kau cuma setia dengan dia...?" Aiden berkata selamba. Aku bingkas mengangguk.

"Boleh! Of course! I love her!"

Aiden tersenyum lalu bangun dari kerusi. Dia membuka pintu bilik. Aku mengikut dia dari belakang...

"Aku benarkan kau jadi pasangan dia..." Aiden berkata tatkala aku berada di depan pintu. Aku tersengih puas hati mendengar persetujuan dia...

Wew, i did it!

Pakk...!

Aku tersentak apabila Aiden memegang bahu seraya mendekatkan muka denganku. Renungan matanya bagaikan singa lapar...

"Dengar sini, sejujurnya aku tak sukakan kau...Kalau kau buat apa-apa pada Euryca...You're dead..."

Aku terkedu mendengar kata-katanya. Aiden menutup pintu bilik. Aku masih tergaman, tidak mampu bergerak...

He's really mean it, isn't he?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now