CHAPTER 56 | PERAS UGUT

7.5K 512 28
                                    

Aku dan Eilya berjalan ke kedai besi Dylan. Si musang asyik menguyah daging salai yang dicucuk pada lidi. Sambil menguyah, dia memerhati sekeliling...

"Kenapa sunyi je hari ni, abang...?" Eilya menyoal perlahan. Aku menoleh ke arah belakang. Hurmm...Betul cakap dia, lorong bawah ni sunyi...

Kenapa agaknya...?

Kami meneruskan perjalanan sehinggalah kami tiba di depan pintu besi Dylan. Tapi, kami agak terpegun kerana beberapa ekor ogre berbadan gagah kelihatan sedang mengugut Dylan. Si tukang besi hanya memeluk tubuh membalas ugutan mereka.

"Kau tak bayar lagi duit perlindungan untuk bulan ni, Dylan...!" Ogre berwarna merah dengan parut di mata menjerkah.

"Kenapa aku nak bayar..? Suka hati lah aku nak bayar ke tak, itu duit aku..."

"Jangan sampai ketua aku datang sini, Dylan! Jika dia datang, nahas kau!"

"Whoa...Whoa...Apahalnya ni...?"

Aku menyampuk seraya mendekati mereka. Eilya mengikut aku dari belakang. Dua ogre itu tersentak dengan kehadiran aku.

"Errr...Aiden...Kau tak balik Arastosa..?" Ogre itu menyoal dengan nada gentar. Aku memerhati dia dan ogre satu lagi.

"Tak, hurmm...Apahal ni..? Kecoh-kecoh ni...?"

"Ermm...Ini bukan urusan kau, Aiden..."

"Dylan ni kawan baik aku, jika urusan ni ada kena mengena dengan dia...Aku akan masuk campur..." Aku membalas selamba. Mereka menjeling Excalibur di pinggang aku.

"Its not a big deal, Aiden...Mereka peras ugut aku...Mintak duit perlindungan..." Dylan mencelah. Dua ogre itu bertukar pucat apabila aku merenung tajam padanya.

"Hurmmm...Duit perlindungan..? Korang ni penyamun lah ya?"

"Tak, Aiden..."

"Sapa bos korang? Suruh dia jumpa aku..." Aku berkata tegas. Mereka menggosok belakang kepala. Dylan tertawa melihat mereka takut.

"Aku tanya, sapa bos korang? Dont make me piss, ogre..."

"Err...Lance...Lance bos kami..." Dia menjawab tersekat-sekat. Aku menolak tubuhnya ke depan.

"Tell that goddamn, Lance...Azeroth di bawah perlindungan aku...Kalau dia nak duit perlindungan...Fight me.."

"Baik-baik..." Mereka terus bergegas beredar dari situ. Aku memeluk tubuh memerhati mereka beredar pergi. Hurmm...Sejak bila ada kes ugut macam ni...?

"Apa yang terjadi ni, Dylan? Kau tak pernah cerita kat aku masalah di Azeroth ni..." Aku menyoal tatkala kami masuk ke dalam kedai besi Dylan. Eilya hanya mendiamkan diri.

Aku memangku Eilya dan meletak dia di atas riba. Si musang memeluk tubuh. Dylan duduk berhadapan denganku. Segelas arak dia serahkan pada aku.

"Haha, haih...Macam-macam masalah, Aiden...Semenjak kau menetap di Arastosa...Azeroth dah tak macam dulu..."

"Apa maksud kau ni...?"

"Banyak kumpulan penyamun datang dan buat kacau...Yang paling kuat, kumpulan ogre tadi...Mereka kerah semua duit perlindungan...Tak kira tua atau muda...Semua mereka kebas..." Dylan berkata lalu meneguk arak. Aku menyandar pada kerusi kayu.

Hurmm...Celaka betul, sanggup kebas duit penduduk untuk kepentingan diri sendiri...

"Apa abang nak buat?" Eilya menyoal apabila aku mendiamkan diri seketika. Aku tersengih seraya mengusap kepalanya.

"Apa Eilya nak abang buat...?"

"Bunuh jelah penyamun-penyamun tu! Jangan bagi muka!"

Eilya berkata dengan nada dingin. Aku dan Dylan tertawa. Eilya memasamkan muka.

"She's right you know..."

"Yeah..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now