CHAPTER 39 | BEST BUD

8.3K 567 10
                                    

Hujan mulai merintik tatkala kami sampai di depan kedai senjata Dylan. Aku menekup kepala Eilya kemudian menolak pintu kayu ke depan. Dylan tersengih melihat kedatangan aku bersama si musang.

'Dylan! Ehe!' Eilya menyapa si tukang besi sambil mengangkat tangan. Dylan tersenyum membalas sapaannya. Aku duduk di kerusi kayu berhadapan dengan Dylan.

'Wah...Makin gemuk kau, Eilya...Aiden sumbat apa kat kau ni?'

'Ha? Gemuk? Seriously?' Eilya menekup kedua pipinya mendengar teguran si tukang besi. Aku menongkat dagu melihat gelagat mereka berdua.

'Ha'ah! Gemuk! Buahahahaha!'

'Abang! Saya gemuk ke!?' Eilya menyoal resah kepadaku. Aku mencubit pipinya. Si musang mencebik.

'Mana ada gemuk...Dylan saja sakat sayang..'

'Hmph! See!? Saya tak gemuk, ok!' Eilya membentak lalu duduk di sebelah aku. Dylan tertawa terbahak-bahak melihat reaksi Eilya.

'Bisnes kau macam mana? Ok?' Aku memulakan perbualan. Tawa Dylan terhenti. Dia membuka kabinet kayu. Sebotol arak Yanvir dia gapai berserta dua gelas.

'Bolehlah...Macam biasa...' Dylan berkata seraya menuang arak ke dalam gelas. Aku mengambil gelas arak yang Dylan suakan.

'Kau tak pergi memburu, Aiden...?' Dylan menyoal lalu duduk berhadapan dengan kami. Aku meneguk perlahan arak Dylan berikan tadi...

'Aku baru balik memburu la ni...Aku buru Griffin sekor...Dapat la 1500 gold...'

'Oklah tu...Mana si kembar? Aeryz dan Euryca...? Stay kat Gallowglass?' Dylan menyoal lagi. Eilya asyik memerhati pelbagai senjata yang terletak di rak kaca...

'Tak belajar dah...Si kembar tu kena buang...Haih...' Aku mengeluh lemah. Dylan mengerut dahi mendengar keluhan aku.

'Ha? Kena buang? Kes apa? Si Aeryz tu buat apa lagi...?'

'Dia bergaduh dengan Noah...'

'Habis tu? Mana diorang? Kau tinggalkan kat Arastosa...?'

'Lycans bawa diorang merantau...Melihat dunia...And, ajar mereka memburu...' Eilya mencelah. Aku hanya mengangguk. Dylan tersenyum...

'Baguslah macam tu...Si lagenda luangkan masa bersama cucu...Its good...' Dylan membalas lalu meneguk arak. Aku menongkat dagu sekali lagi...

Hurmm...Rindu pulak kat dua si nakal tu...

Haih...

'Aiden...' Dylan menegur setelah aku berdiam diri selama 10 minit. Aku mendongak. Si tukang besi tersengih...

'Kau tak rancang nak tambah lagi sorang? Aku tengok Eilya subur lagi ni...Hehe' Dylan berkata sinis. Aku menjeling Eilya. Si musang membalas jelingan aku...

'Malas aku...Sakit kepala ada la...'

'Eh? Why...?'

'Aeryz dan Euryca sudah cukup buat aku bingung...Nakal lain macam...Si Aeryz tak habis-habis dengan baran...Si Euryca pulak...Tak habis-habis dengan cinta...' Aku berkata perlahan. Eilya menekup mulut menahan ketawa.

'Haha! Biasalah tu! Mereka tengah membesar Aiden! Kau dulu pun macam tu!'

'Aku takdelah nakal macam tu...'

'Yeah, right...Kau lupa...? Kau pernah kena belasah sebab curi gold?'

'Tak payahlah cakap pasal tu...' Aku membalas selamba. Dylan tersengih sinis. Aku meneguk arak sekali lagi...

Si musang bangun dari kerusi lalu duduk di atas riba aku. Telinga musangnya aku tarik perlahan...

'Abang...'

'Erm?'

'Saya pregnant...'

'WHAT!?' Aku tersentak! Gelas arak terjatuh ke atas lantai batu. Si musang tertawa mengekek melihat reaksi aku.

'Saya gurau jelah! Hahaha! Tau takut!' Eilya berkata dengan tawa yang masih bersisa. Dylan turut tergelak melihat aku gelabah!

'Darn you...'

'Kenapa kau takut sangat, Aiden!? Relakslah!'

'Aku tak bersedia! Gila kau!' Aku membalas geram. Si musang menyandar di dada aku...

'Heh...Tu jelah alasan abang...Asyik tak bersedia...'

'Memang betul pun...'

'Abang cakap tak bersedia...But, look at us...Kita ok, kan?' Eilya membalas. Aku menggaru pipi. Dylan tersenyum melihat gelagat aku dan si musang...

Hurmm...Memanglah ok...Aku berhempas pulas nak jaga si kembar tu...

Aku tak nak apa yang terjadi pada aku, berulang pada mereka...

'Aiden...' Dylan menegur tatkala aku asyik mengusap kepala Eilya...

'What..?'

'Carikan bini kat aku sorang...? Sial la! Kau mesra-mesra macam ni! Buatkan aku cemburu!'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now