CHAPTER 76 | SPECIAL FOOD

7.4K 483 7
                                    

Cuaca pada pagi itu mendamaikan. Penduduk Pekan Azeroth giat melakukan kegiatan harian. Aku dan Eilya berjalan ke Kafe Valor yang terletak di hujung pekan makmur tersebut.

Si musang kelihatan ceria memerhati sekeliling. Aku memimpin tangannya untuk duduk di meja yang terletak di hujung kafe. Alunan muzik violin sayup-sayup kedengaran dari kaunter kayu.

Aku membelek buku menu manakala Eilya leka memerhati sekeliling. Hurmm, sudah semestinya Eilya nak makan daging bakar, makanan apa lagi yang dia suka selain daging bakar?

"Eilya nak makan apa...?" Aku menyoal. Si musang tersengih. Telinganya terpacak naik kerana teruja.

"Daging lembu panggang dan fresh orange!" Dia pantas menjawab. Aku tersenyum simpul. Ceh, aku dah agak. Itu saja makanan yang dia suka...

Aku memesan dua pinggan daging panggang dan dua gelas fresh orange bersaiz sederhana. Usai saja pelayan kafe beredar dari meja kami, aku menongkat dagu. Mata tertacap pada si musang di depan...

"Kenapa abang tengok saya macam tu...?" Eilya menyoal apabila dia menyedari perbuatan aku.

"Nothing...Sometimes, i wonder...Kenapa Eilya suka sangat dengan daging panggang...?"

"Hurm?"

"Between me and roasted meat...Mana satu Eilya lagi suka..?"

"Roasted meat of course..." Si musang menjawab selamba. Aku menyandar pada kerusi kayu. Tsk! Dia lagi suka daging panggang dari aku?

Seriously?

"Hurmm...Abang.." Eilya memanggil perlahan tiba-tiba. Aku memandang dia. Si musang merenung mataku dalam-dalam...

"Yes...?"

"Erm, saya nak jumpa Aeryz dan Euryca..."

"Kenapa? Mereka bersama Lycans, kan? Tak perlu risau..."

"Saya tak risau..."

"Then?"

Si musang melepaskan keluhan lemah. Aku kembali menongkat dagu memandang dia. Hurmm, aku faham. Dia rindukan si kembar tu...

"Sayang rindukan mereka..?"

"Yes...I miss them so much..." Eilya berkata perlahan. Aku tersengih. Walaupun dia bersikap macam budak-budak, tapi naluri keibuan dia masih terserlah. I like that...

"Nanti kita jumpa mereka..."

"Bila...?"

"Esok atau lusa..?"

"Ok..."

Seketika kemudian, makanan yang kami pesan berada di atas meja. Eilya makan berselera tanpa mempedulikan aku. Aku menyuap daging ke dalam mulut dan menguyahnya perlahan-lahan...

Hurmm, its tasted good...

"Abang nak tahu?" Eilya menyoal tiba-tiba. Aku mendongak memandang dia. Si musang tersenyum kepadaku...

"Tahu apa?"

"Kenapa saya sukakan daging panggang...?"

"Yeah, you wanna tell me?"

"Hurmm...Its not about food really, its about with whom i ate it..." Eilya menjawab persoalan yang aku lontarkan sebentar tadi...

"Abang tak faham...?" Aku menyoal lagi dengan dahi berkerut. Apa maksud dia? Eilya memerhati daging panggang di dalam pinggan, lama.

"Daging panggang...Its so special for me.."

"Why?"

"Sebab...Makanan pertama yang abang makan bersama saya, daging panggang bukan..?"

Aku menggaru pipi mendengar kata-katanya. Hurmm, kejap, aku dah ingat...

Aku bawa dia makan disini semasa pertama kali aku bersama dia. Yes, its roasted meat that i order that day...

"Makanan lebih sedap bila kita makan bersama orang yang kita sayang, kan? Like now, you eating with me...Thats make this roasted meat so special..." Eilya menambah kata. Aku tersenyum seraya mengusap kepalanya...

"Really?"

"Yelah..." Eilya membalas ringkas. Aku mengangkat tangan pada pelayan tadi. Dia segera datang kepadaku...

"Ya, Tuan...?"

"Bagi aku salad buah dan ikan bakar..." Aku memesan selamba. Riak muka Eilya terus berubah...

"Eh?! Kenapa abang pesan salad and ikan?"

"Sayang cakap, makan bersama orang kita sayang...Buatkan makanan tu jadi sedap, kan? Jadi, abang nak sayang makan salad and ikan...How tasty its can be..." Aku membalas sinis...

Eilya mencebik dan ekornya meliuk hebat. Mukanya merona merah...

"TAK NAK! SAYA TAK NAK MAKAN IKAN DAN SALAD!"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant