Bab 49

0 0 0
                                    

Hari berganti hari. Kini, sudah tiba hari di mana Faieq akan menyebut nama bunga untuk diangkat menjadi bunga yang mewarnai hidupnya.

Namun sehingga hari ini, Faieq masih lagi tidak mendapat jawapan yang dia mahukan daripada Flora. Sudah 2 minggu. Hanya seminggu dia beri Flora masa dan seminggu lagi dia, mahupun Flora tidak saling bertanya khabar.

Keluarga Flora dan keluarga dia sendiri juga tidak memberitahu apa-apa info kepadanya. Jadi Faieq anggap, Flora terima dia untuk menjadi suaminya.

"Mana pengantin perempuan?" Suara orang berbisik sudah mulai kedengaran. Dada Faieq laju berdebar seperti baru lepas maraton padang 5 pusingan. Bukan berdebar kerana mahu akad nikah namun berdebar kerana pengantin perempuan masih lagi tidak kelihatan.

Mata melilau sekeliling. Takkan Flora betul-betul mahu batalkan majlis?! Tapi semalam semasa dia menghantar baju Flora di rumah ibu bapanya, tiada pula mereka memberitahu apa-apa.

Bermacam-macam suara negatif bermain di mindanya sebelum tiba-tiba bahunya ditepuk dari arah belakang.

"Jalan jammed tu. Jangan risau." Tan Sri Faried memujuk. Cuba untuk tenangkan hati anak yang dia tahu, ia pasti dihurung rasa tidak enak.

Faieq menggeleng. Dia cuba tersenyum namun sayangnya ia hambar.

Seketika kemudian, suara Imran kedengaran. "Pengantin perempuan dah sampai!".

Mendengarkan itu, kini semua mata tertoleh pada muka masuk pintu masjid itu. Kelihatan Dato' Faizal kalut berjalan di hadapan diikuti dengan Datin Sofi, Flora dan Aisy di belakang.

"Maaf! Jalan jammed tadi!" ujar Dato' Faizal serba salah. Tercungap-cungap nafasnya dek kerana berlari. Dia sudah takut jika sesi akad nikah ini membuat orang menunggu.

Mata Faieq tidak lepas dari memandang raut wajah Flora. Syukur Alhamdulillah..

"Tak mengapa.. sekarang, kita mula?" Tok kadi yang berada di hadapan Faieq itu tersenyum manis.

Mendengarkan itu, Tan Sri Faried mengangguk diikuti dengan Dato' Faizal yang baru melabuhkan duduknya.

"Faieq Sayzriel bin Faried Sayz."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau denganFlora Sofiea binti Faizal Zalik berwakil walikan bapanya, dengan mas kahwin sebanyak RM 45,000 ringgit beserta seutas rantai emas tunai."

Nafas panjang ditarik. Tangan kadi itu digenggam erat.

"Aku terima nikahnya, Flora Sofea binti Faizal Zalik dengan mas kahwinnya RM 45,000 ringgit beserta seutas rantai emas tunai." Dengan yakin Faieq mengucapkan kata.

Tok kadi yang berada di hadapan Faieq itu menoleh ke kiri dan kananya memandang saksi.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah.."

Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, Flora Sofiea sudah selamat bergelar isteri kepada Faieq Sayzriel.

Serentak itu, butiran jernih Faieq jatuh.

Ya, Faieq menangis. Bersyukur kerana Flora sudah berjaya menjadi miliknya setelah mereka berjaya menempuh segala ujian semasa mereka berdarah manis.

Flora yang sedang bersimpuh di sebelah mamanya itu juga turut menitiskan air mata. Tidak pasti air mata kegembiraan atau sebaliknya. Namun hatinya sebak mengingatkan segala kejadian yang menimpanya.

Saat doa dibaca, mata Faieq tidak lepas dari memandang wajah suci Flora yang berada tidak jauh darinya itu. Apabila mata mereka berlaga, masing-masing hanya diam merenung satu sama lain.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now