Bab 50

0 0 0
                                    

Setelah penat seharian melayan tetamu ke sana ke mari, akhirnya majlis mereka kini sudah tiba di penghujung.

Kebanyakan tetamu sudah pun pulang selepas emcee menutup majlis dengan ucapannya namun masih ada segelintir yang berada di situ. Rata-rata daripada mereka merupakan kenalan Dato' Faizal dan Tan Sri Faried.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11:30.

Faieq berpaling ke sebelah, memandang Flora yang sedang santai duduk di atas pelamin dengan matanya yang meneroka seluruh dewan yang besar ini. Langkah di atur ke arahnya.

"Sayang... jom naik bilik?"

"Huh?" Flora tersentak. Dia pandang Faieq dengan pandangan keliru.

"Jom? Abang dah penat lah..." Faieq tarik tangan Flora supaya bangun dari duduknya.

"Boleh ke? Tetamu ramai lagi ni?" soal Flora. Takkan nak tinggalkan tetamu begitu saja?

"Abang dah bagitahu family kita. Diorang pun setuju. Don't worry, they will handle them."

Teragak-agak Flora hendak mengangguk. Namun tatkala tangan Faieq masih lagi menariknya, dia turutkan jua.

"Kak? nak ke mana?" Baru sahaja Flora jejak kaki ke karpet merah itu, suara Feliz kedengaran. Dia memandang pelik ke arah Faieq dan Flora bersama tangannya yang memegang gelas kaca.

"Tidur. Penat." Ringkas jawapan Flora beri.

Terangkat sebelah kening Feliz mendengarnya.

"Mama mana?" soal Flora pada Feliz.

"Tu..." Feliz memuncungkan bibir menunjuk ke arah di mana Datin Sofi dan Dato' Faizal berada. Mereka sedang berbual di salah sebuah meja besar di situ bersama dengan beberapa orang lelaki berpakaian korporat. Juga beberapa orang perempuan di sebelahnya.

Flora hanya mengangguk saat mata melihat mereka.

"Mama dah tahu kita nak naik kan?" soal Flora pula pada Faieq.

Faieq di sebelah mengangguk bersama senyuman manis.

Berpaling pula ke arah Feliz, Flora kembali menuturkan kata. "Nanti bagitahu mama, aku naik dulu. Esok kita jumpa lagi."

Feliz hanya mengangguk. Mereka bertukar salaman buat seketika sebelum Feliz meminta diri ingin ke arah rakannya pula.

Tiba di lif, Flora atur langkah memasukinya diikuti oleh Faieq di belakang. Kepala kemudian menyandar pada lif tersebut.

Faieq hanya memerhati kelakuan Flora. Seketika, bibirnya tersenyum manis. Sejak mereka berjalan keluar daripada ballroom persandingan mereka sebentar tadi, Flora hanya diam di tempatnya tanpa buka mulut untuk berbual dengan suaminya. Seperti biasa.

Ting!

Saat pintu lif terbuka, laju kaki Flora melangkah keluar dari kotak lif itu sebelum tangannya tiba-tiba ditarik.

"Kenapa?" soal Flora hairan.

"Buka heels tu. Abang tengok sayang berjalan pun dah penat." Arah Faieq tiba-tiba. Dia mengerling sesaat pada kasut tumit tinggi yang dipakai Flora. Tangan masih elok memegang tangan Flora.

"Hm?" Berkerut kening Flora memandangnya. Tidak mengerti. Kenapa tiba-tiba?

"No need. Saya dah biasa." Flora menggeleng. Pegangan tangan Faieq padanya, dilepaskan sebelum dia terus berjalan meninggalkan Faieq di belakang.

Melihat Flora berjalan laju ke hadapan, Faeiq terus berlari mendapatkan Flora. Sekali lagi, tangan Flora dicapai.

"Awak nak apa lagi ni, Faieq?" Lemah Flora menyoal. Dia tiada mood hendak berbalah.

Bunga Sofiea (OG)Where stories live. Discover now