ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 40 (EDITED)

20.6K 851 37
                                    

Beg-beg pakaian disusun kemas di dalam boot kereta. Amanda awal-awal lagi sudah diarahkan untuk tunggu di dalam kereta. Raden tersenyum mengenangkan betapa terujanya Amanda. Di sudut hatinya, dia berasa senang. Bersyukur kerana dia mampu mengembirakan isterinya yang seorang ini.

"Dah, tu je kan?" soal Raden sebaik sahaja memasuki perut Audi Rs6 miliknya itu. Amanda mengangguk kepalanya.

"Bismillahirrahmanirrahim..." doa memulakan perjalanan dibaca perlahan. Setelah itu kereta mewah itu mula bergerak meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu.

Raden yang sedang memandu itu sesekali mengerling ke arah isteri yang seperti tidak senang duduk. Sepasang tangan itu memintal sesama sendiri. Namun, sesekali ada juga dia menguap.

Raden tergeleng kecil. Haih... Tak sabar sungguh ni!

"Tidur lah dulu. Lambat lagi nak sampai ni," sebelah pada Amanda ditepuk. Dia tahu Amanda mengantuk. Mustahil jika Amanda tidak mengantuk, kerana malam dari dia kangsung tidak dapat melelapkan mata. Gemuruh katanya.

Setelah itu dia mengisi satu per tiga malamnya dengan solat sunat... Biar lah keberadaan keluarga kandungnya sudah diketahui sekali pun, itu tak bermakna dia perlu menghentikan rutinnya yang satu itu. Kerana dia tahu, tanpa izin tuhan dia tidak akan mampu untuk menjumpai keluarga kandungnya.

"Amanda nak pegang tangan abang, boleh?" pinta Amanda lembut. Raden katawa kecil.

"Anything for you, Queen."

❀❀❀

Kereta yang bergerak dengan kadar yang agak laju tadi, kini sudah diperlahankan sedikit. Satu per satu rumah kampung dilepasi hinggalah suara dari aplikasi Waze itu mengarahnya untuk membelok ke kiri.

Sebaik sahaja Audi Rs6 itu berhenti di perkarangan sebuah rumah kampung, Raden berpaling ke arah Amanda yang sedang menggenggam tangannya sendiri. Jelas pada penglihatannya Amanda sedang menahan gemuruh di dada.

"Okay tak ni, sayang?" Raden turut menggenggam kemas kedua-dua belah tangan Amanda. Sejuk.

"Amanda takut lah..." luah Amanda. Raden tersenyum nipis. Sebelah tangannya naik lalu ditarik hujung bibir isterinya itu ke atas sedikit. Memaksa isterinya untuk senyum.

"Jangan takut. Aku ada. Aku tak akan pergi ke mana pun."

Mata mereka bertentangan buat beberapa ketika hingga lah muncul satu susuk wanita tua yang keluar berdiri di anjung rumah kayu di atas sana. Mereka berpaling memandang ke arah wanita itu.

"Jom keluar," lengan Amanda ditepuk beberapa kali dengan lembut. Pintu dibuka dan pasangan itu keluar dari perut kereta.

"Cari siapa, ya?" soal wanita tua itu apabila melihat figura sepasang suami isteri keluar kereta dan berdiri di hadapan tangga.

Pada mulanya dia fikir kereta mewah yang tiba-tiba muncul hanya mahu menukar arah perjalanan sahaja. Namun, fikirannya meleset apabila kereta itu berhenti lama di situ. Jadi dia memilih untuk menjenguk. Mana tahu mereka sesat di kampung ini.

"Ni rumah Puan Halina binti Harun ke?" Soalan wanita tua tadi dibalas dengan soalan oleh Raden. Wanita tua tadi terdiam seketika sebelum mengangguk.

"Masuk lah dulu," ajak wanita itu. Seraya itu Raden dan Amanda mula menjejak kaki di permukaan tangga, mengekor tuan rumah.

"Duduk dulu," wanita tua tadi mempelawa. Raden dan Amanda tanpa kata melabuhkan punggung pada sofa rotan yang disusun kemas pada ruang tamu rumah itu. Amanda dalam diam memerhati sekeliling rumah itu. Kemas. Tangannya senyap-senyap mencapai tangan Raden lalu digenggam kemas.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now