ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 32

19.9K 908 58
                                    

Suasana di meja makan keluarga itu tidak meriah seperti selalu. Cuma kedengaran celoteh anak perempuan Rayyan dan Areena yang seorang tu. Yang lain rata-rata sekadar diam kerana masing-masing risau akan kehilangan Amanda.

"Daddy... ane mummy? (mana mummy)"

Haisya menggeliat untuk cuba membebaskan dirinya dari pelukan Rayyan yang kemas. Ayahnya seolah-olah menghalang dirinya untuk turun.

"Yah... Ecya nak duk nan daddy... (Ayah... Haisya nak duduk dengan daddy...)" Si kecil itu mula merengek bila bapanya tak mahu melepaskan dirinya.

"Nak duduk dengan daddy je? Tak nak duduk dengan abah?" Razif bersuara. Dia faham mengapa Rayyan tak mahu melepaskan Haisya duduk bersama abangnya seorang lagi itu. Abang ngah dia nampak sangat muram pagi itu.

Haisya geleng.

"Nak duk nan daddy (Nak duduk dengan daddy)..." rengek Haisya, sekali lagi cuba untuk membebaskan diri daripada Rayyan.

"Sini dekat daddy," Raden yang senyap dari tadi memanggil Haisya untuk duduk dengannya. Kerusi dianjak sedikit ke belakang dari meja makan bagi memberi ruang pada Haisya untuk duduk di atas ribanya.

Haisya bersorak suka bila akhirnya Rayyan sendiri yang mengangkatnya turun.

Rayyan senyum melihat anak manjanya yang seorang itu terkedek-kedek berlari ke arah Raden yang duduk bertentangan dengannya. Matanya terkalih pula pada Raden yang sedia menunggu Haisya di kerusinya.

Dia bukan sengaja mahu halang Haisya dari duduk dekat dengan Raden tadi. Dia takut kalau-kalau Haisya banyak menyoal Raden tentang Amanda. Haisya boleh tahan rapat juga dengan Amanda.

Lagi pun Haisya ni bijak. Bila dah nampak Amanda beberapa kali dengan Raden, dia akan selalu fikir jika ada Raden pasti ada Amanda. Sebab tu bila nampak Raden seorang diri dia akan mula bertanya. Macam tadi.

Dia sememangnya kesian dengan Raden. Lebih-lebih lagi semalam, seharian lelaki itu ada diluar dan pulang tengah malam.

"Daddy, ane mummy (Daddy, mana mummy)?" soal Haisya sekali lagi bila sudah selamat ada di atas riba Raden. Raden tersenyum nipis. Kepala Haisya diusap lembut.

"Mummy ada dekat rumah daddy. Mummy tak sihat. Nanti bila mummy dah sihat daddy bawa mummy jumpa Haisya, ya?"

"Pomish (Promise)?"

"Promise," balas Raden perlahan.

Semua yang mendengar perbualan antara Raden dan Haisya masing-masing hanya mengukir senyum. Puan Izyani memandang anak keduanya itu lama.

Jelas pada mata wanita itu Raden seperti seseorang yang sudah kehilangan semangat. Entah ke mana pergi aura-aura hebat yang ada pada Raden selama ini. Raden yang ada di hadapannya sekarang nampak tidak bermaya langsung.

Lebih teruk daripada ketika dia mula-mula memutuskan pertunangan dengan Khaisarah dulu.

Kalau hari tu dia nampak Raden masih lagi sudi untuk menyuap makanan dalam mulut. Tapi kali ni sesuap pun makanan tidak masuk ke dalam mulut. Dia hanya menyisip teh panas. Kadang kala mengintai telefon pintar yang ada di sisi pinggan yang kosong.

❀❀❀

"Kau pergi mana, Amanda? Nak gila aku cari dan tunggu berita pasal kau..." gumam Raden sambil meraup wajahnya.

Dia kini sedang duduk dibirai katil. Mengambil mood dahulu sebelum bersiap untuk keluar sebentar lagi.

Kring...

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now