ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 10

16.4K 637 24
                                    

Amanda hanya memandang tetamu yang masuk ke dalam rumahnya dengan pandangan kosong. Terdapat Ariel dan keluarganya di situ. Memandangkan masih awal, jadi masih belum ramai jiran-jiran yang datang menziarah. Dua tubuh yang dibaringkan menghadap kiblat di atas tilam itu dipandang.

Malam tadi, sebaik sahaja dokotr memberitahu tentang kedua ibu bapanya hampir saja dia jatuh terduduk. Nasib baik dia masih dapat menahan diri. Ariel yang berdiri dibelakangnya pula kaku. Hilang kata.

Tak lama selepas itu, doktor membenarkan membenarkan mereka berdua melihat Puan Khaleeda dan Encik Erman. Tapi Amanda menolak kerana risau jika dia meratap jenazah tanpa diri dia sendiri sedar.

Kemudian, segala prosedur untuk bawa kedua jenazah tersebut ke rumah, Ariel yang selesaikan. Amanda hanya diam tidak berkutik selepas itu. Selesai semua, Ariel memberitahunya agar balik berehat dulu. Dia hanya mengikut saja telunjuk Ariel.

Pagi tadi, sebaik sahaja selesai Subuh, Ariel datang bersama ibunya, Puan Hafsa dan adik perempuannya, Afisa. Kata Ariel jenazah akan dihantar pada pukul 8 pagi. Dia hanya dengar dan mengemas rumah dan dibantu oleh mereka bertiga.

"Amanda, mari makan dulu." Puan Hafsa memujuk sambil mengusap lengan Amanda. Naik risau Puan Hafsa bila Ariel memberitahunya bahawa Amanda tidak makan dan bercakap sejak semalam.

Amanda hanya mengangguk lalu mengikut langkah Puan Hafsa ke dapur. Sampai saja di dapur, kelihatan kelibat Khaisarah yang berada di meja makan. Nampak seperti gadis itu baru saja selesai makan.

Amanda menunduk tidak memandang wajah kakaknya itu. Dia tak tahu hendak kata apa. Pagi tadi sebaik sahaja Khaisarah sampai, kakaknya itu terus menampar wajah dan memarahi dia. Dia mengatakan bahawa Amanda tidak reti menjaga kedua ibu bapanya. Mujur Puan Hafsa ada, dia lah yang menenangkan keadaan.

"Sini makan sikit," Puan Hafsa menarik lengan Amanda lembut lalu menolak tubuh Amanda agar duduk di kerusi. Amanda duduk, matanya memandang ke arah kakaknya yang bangun meninggalkan dia di situ tanpa berkata apa-apa. Di atas meja, dia melihat beberapa jenis kuih dan sebungkus nasi lemak dan mi goreang.

"Amanda nak makan apa?" soal Puan Hafsa lembut. Amanda mengelengkan kepala. Tekaknya terasa payau. Semua yang ada di atas meja langsung tidak menarik perhatiannya untuk makan.

"Tak nak..."

"Tak boleh macam ni. Amanda kena makan untuk dapat tenaga," pujuk Puan Hafsa lagi. Namun, Amanda tetap menggeleng.

"Tak nak... Amanda tak nak..." kali ni dia menangis. Puan Hafsa terus menjadi kalut. Tubuh Amanda ditarik ke dalam pelukan lalu ditepuk bahagian belakang tubuh Amanda.

"Umi, kenapa ni?" suara garau Ariel menerjah deria pendengaran mereka berdua. Jelas kerutan di wajah lelaki itu.

"Umi suruh dia makan... tapi dia tak nak," adu Puan Hafsa. Tubuh Amanda yang berada dalam pelukannya itu ditepuk lembut supaya gadis itu tenang. Ariel mengeluh lembut. Kakinya melangkah mendekati Amanda dan ibunya.

"Umi tolong tengokkan orang dekat luar boleh? Biar abang teman dia," ujar Ariel. Puan Hafsa mengangguk lalu melepaskan tubuh Amanda. Sebaik sahaja tubuh Puan Hafsa tidak kelihatan, Ariel melutut di tepi kerusi yang diduduki oleh Amanda. Tangan kanan memegang meja untuk menyokong tubuhnya.

"Eryna Amanda, makan sikit jom." pujuk Ariel dengan nada yang lembut. Amanda yang sedang menunduk itu dipandang sayu.

"Tak nak..." makin lebat air mata gadis itu jatuh. Ariel mengeluh lalu berdiri. Sebiji gelas diambil lalu dituang air teh yang dibancuh oleh ibunya tadi. Cawan itu diletakkan di hadapan Amanda. Piring yang terdapat kuih seri muka itu dicapai. Kuih kegemaran Amanda.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now