ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 38

28.6K 1K 25
                                    

"Bersiap, boleh? Aku nak bawa kau jumpa someone,"

Arahan dari Raden pagi tadi Amanda hanya akur. Kini dia sudah pun siap mengenakan blouse putih bersama skirt labuh dan shawl bewarna hitam. Senada dengan pakaian kerja Raden.

Kerja? Dia pun tak tahu mengapa Raden kata mahu bawa dia jumpa seseorang walaupun dia tahu suaminya itu kerja. Terang terang dia gosokkan pakaian formal Raden tadi.

"Siap dah?" Amanda berpaling ke arah tangga. Jelas pada penglihatannya lelaki itu segak berpakaian yang disediakan olehnya tadi.

"Dah..." Amanda berdiri apabila Raden mendekati. Apabila Raden berdiri di hadapan, Amanda mendongak sedikit kepalanya untuk melihat wajah itu.

Wajah Amanda yang kelihatan polos pada pandangan Raden membuatkan lelaki itu tersenyum. Untung sungguh lah sapat bini comel ni. Rasa nak peluk setiap masa!

Hujung hidung Amanda dicuit. Haih... Geram!

"Kita breakfast dulu dekat luar, hm? Lepas tu baru jumpa dia, boleh?"

Amanda menganggukkan kepala. Ikut saja... Kalau dia bantah pun, keputusan Raden tetap sama. Baik dia diam dan terima sahaja.

❀❀❀

"Takut apa ni?" soal Raden apabila melihat Amanda seperti sedang gemuruh. Tangan isterinya yang berpegangan antara satu sama lain itu digenggam kemas lalu dielus lembut.

"Kenapa kita dekat sini?"

"Kita jumpa orang tu dekat sini."

Amanda memandang bangunan besar di hadapannya. R'Aize. Mereka akan berjumpa dengan orang itu di pejabat Raden ke?

"Tapi kita nak jumpa siapa sebenarnya?" Sebenarnya bukan takut untuk jumpa seseorang itu pun, cuma dia malu untuk menjejak kaki di syarikat ini. Dia yakin orang di sini tidak mengetahui hubungannya dengan Raden.

"Kita masuk jumpa dia dulu. Jangan risau aku ada. Kita masuk sama-sama," pujuk Raden. Genggamannya pada tangan Amanda dilepaskan.

"Jom." Paha Amanda ditepuk dua kali bagi menenangkan isterinya itu. Amanda akur. Setelah Raden keluar dari perut Audi Rs6 itu, dia turut keluar sama.

"Jangan takut, aku ada." Raden mengingati sebelum merangkul pinggang itu untuk Amanda kekal berjalan di sisinya.

Sepanjang perjalanan ke bilik pejabat Raden, Amanda hanya menunduk kepala. Malu bila banyak mata yang memerhati. Sudahlah baju dia dan Raden sedondon, kena sangat. Si Raden pun hingga ke sudah tidak melepaskan pinggangnya, nak menolak serba salah pula.

Sampai saja di hadapan pintu pejabat, baru lah Amanda angkat kepala. Baru sahaja menghela nafas lega, Amanda kembali terkejut melihat seseorang yang sedang duduk santai di dalam bilik suaminya sebaik sahaja Raden membuka pintu. Siap dengan kaki bersilang lagi.

"Long time no see, little rabbit."

Amanda membulat mata. Manakala Raden sudah menjegil mata. Little rabbit  dia panggil?

"Ariel Athar, kau buat apa dekat sini?!"

"Datang sini nak jumpa dengan kau lah. Kan, Tengku Raden." Ariel menjoget kening ke arah Raden. Tangan memeluk tubuh.

"Dia lah orang tu," beritahu Raden. Amanda pandang dua lelaki itu silih berganti. Sejak bila mereka berdua berkenalan ni?

"Tak payah terkejut sangat lah. Aku dengan laki kau dah lama jadi bestie." Ujar Raden sengaja. Dia tahu riaksi yang bakal ditunjuk oleh Amanda bagaimana nanti.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now