ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 16

23.4K 869 59
                                    

"I will,"

Khaisarah laju mengangkat wajahnya. Terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Raden. Sangkanya Raden akan melenting dan membantah tetapi dia silap. Raden terima.

"Awak terima..." Khaisarah menganggukkan kepala berkali-kali. Air mata yang hampir mengalir ditahan sehabis baik. Senyuman tipis diukir.

"Kakak... sumpah, kakak! Amanda tak salah. Tolong lah, kakak... Amanda tak nak... Amanda tak nak kahwin dengan Abang Raden!" tangan Khaisarah digenggam oleh Amanda.

Raden dan Khaisarah berpaling ke arah Amanda. Sejak bila gadis itu bangun duduk pun mereka tidak perasan.

"KAU DIAM LAH!" sekali lagi Khaisarah mengangkat tangannya. Kali ni awal-awal lagi ditepis kasar oleh Raden.

"STOP, KHAISARAH! KAU KENAPA NI?"

Khaisarah terdiam, dia sendiri pun tak tahu kenapa tangannya mudah sangat naik hari ni.

"Kalau kau rasa nak pukul dia lagi. Balik lah, Khaisarah... Aku call kau balik sini untuk pujuk dia, jaga dia. Tapi bila kau macam ni, aku rasa baik aku bagi dia dekat jantan tu. Sama je, tetap kena seksa."

Jeda seketika.

"You asked me to marry her, didn't you? So let me do everything. Biar aku yang pujuk dia, biar aku yang jaga dia." ujar Raden tenang. Khaisarah mengetap bibir.

"Aku tak nak kau jejak kaki dekat rumah tu lagi, Amanda..." pesan Khaisarah. Beg tangan yang terletak di kerusi diragut kasar lalu terus keluar meninggalkan Raden bersama Amanda.

Raden mendengus geram. Amanda yang sedang teresak-esak menangis didekati. Tudung Amanda yang ada di lantai dicapai.

"Siapa yang cabut tudung kau?" soal Raden sambil menyarungkan tudung itu kembali. Amanda diam tidak menjawab, hanya menangis. Tapak tengan Raden melekap belakang kepala Amanda.

"Sakit ke?" soal Raden perlahan.

"Abang Raden... Amanda tak buat macam tu... Amanda tak buka pintu untuk dia..." lirih Amanda, soalan Raden tidak dibalas. Raden mengetap rahang.

"Sakit ke?" soal Raden lagi, masih tenang.

"Abang Raden... Tolonglah percaya... Amanda-"

"Sakit ke?" soal Raden sekali lagi, kali ni dengan lebih tegas. Amanda tidak menjawab, dia hanya terus menangis.

"Eryna Amanda, aku tanya ni. Sakit ke?" kali ni Raden menekan sedikit kepala Amanda sehingga wajah gadis itu berkerut sedikit. Geram dia. Tanya nak lebih tiga kali pun tak nak jawab lagi.

"Sakit..." Amanda membalas perlahan.

"Berhenti menangis. Aku panggil nurse sekejap," tanpa balasan daripada Amanda, Raden terus keluar.

Amanda menghentikan tangisannya. Wajahnya yang basah disapu sehingga kering. Tidak lupa juga tudungnya untuk dikemaskan sedikit.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik wad persendirian itu dibuka dari luar. Kelihatan seorang jururawat sedang berjalan masuk, tetapi Raden tiada. Amanda menyambut senyuman daripada jururawat itu.

"Boleh cik buka tudung? Saya nak check kepala cik yang terhantuk tadi,"

Amanda tersenyum sebelum membuka tudungnya. Jururawat tadi membuka balutan di kepala Amanda.

"Macam mana cik nak baring sampai boleh terhantuk dengan kepala katil ni?" soal jururawat tadi sambil ketawa kecil.

Amanda terkebil-kebil. Terhantuk masa nak baring? Bila masa? Dia terhantuk sebab kena tolak dengan kakak tadi. Amanda hanya tersenyum.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now