ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 42

18.2K 779 39
                                    

Wajah Raden dipandang dengan penuh tanda tanya. Entah apa sebabnya Raden jadi tiba-tiba berubah.

"Tapi kenapa? Dia kawan Amanda. Abang pun kenal dia." soal Amanda lembut, masih memujuk. Sudah tiga kali dia bertanya tetapi Raden hanya diam tidak menjawab apa-apa. Lelaki itu hanya fokus pada laptopnya.

"Bila aku cakap tu ikut je. Yang banyak tanya sangat ni kenapa?" Raden menahan wajahnya dari berkerut biarpun dia sedikit geram apabila Amanda seolah-olah mendesaknya. Apa pun dia tak mahu Amanda terasa hati.

"Sebab tu Amanda tanya kenapa. Sebelum ni abang bagi je Amanda keluar dengan dia, tapi kali ni kenapa abang tiba-tiba tak bagi? Bukannya abang tak kenal dia." Amanda mengetap bibir apabila merasakan sesuatu tidak kena.

"Sebab kenal lah aku tak bagi." Kali ni Raden mengangkat wajah memandang Amanda yang sejak tadi berada di sebelahnya.

"Apa maksud abang?" Amanda memasang wajah pelik. Seluruh wajah Raden direnung lama, meminta penjelasan dari kata-kata Raden sebentar tadi. Tetapi Raden hanya membalas dengan keluhan.

"Jom lah masuk tidur." Kertas-kertas yang agak berterabur di meja disusun semula mengikut kehendaknya. Apabila tangannya bergerak untuk menekan ikon shut down pada komputer ribanya itu, tangan kanannya disentuh oleh Amanda.

"Abang... Amanda tanya ni, apa maksud abang tadi?" Jemari Amanda yang menyentuh kulitnya itu dipandang. Dia tersenyum nipis. Tangan kiri naik menggenggam jemari itu.

"Tak ada apa lah. Jom masuk tidur." Sengaja dia mengelak dari menjawab soalan Amanda. Takut jika cerita sebenar akan melukakan hati wanitanya itu.

Amanda melepaskan tangannya daripada genggaman Raden apabila suaminya itu ingin membawa mereka ke tingkat atas.

"Amanda tanya ni..."

Raden mengeluh lagi.

"Amanda. Please. Don't start. Dengar je cakap aku." Raden menggeleng kecil setelah amaran lembut itu diarahkan.

"Tak... Abang tak bagitahu kenapa. Amanda tak nak naik lagi." Amanda mengingkar. Dia menapak ke belakang sedikit menjauhi suaminya.

"Amanda..."

"Tak nak..."

Lebih jauh.

"Amanda."

"Tak n-"

"BOLEH TAK IKUT JE APA AKU CAKAP?!" Bahu Amanda langsung terhinggut apabila Raden tiba-tiba meninggikan suara. Setelah sekian lama, hari ini dia mendengar balik suara garau itu meninggi.

"Boleh! Tapi bagitahu dulu sebab apa!" Amanda berkeras. Sejujurnya dia takut, tetapi rasa ingin tahu dia lebih tinggi.

Dia bukannya bengap lagi untuk tidak dapat menangkap mengapa Raden menyatakan dia lebih kenal Ariel. Dia yakin ada sesuatu terjadi sehingga suaminya itu tidak mengizinkan dia untuk berjumpa dengan Ariel.

Melihat Raden diam tidak berkutik. Dia menjadi geram.

"Amanda keluar dengan Ariel esok." beritahu Amanda sebelum mula membuka langkah. Namun belum sempat Amanda menjejak anak tangga pertama, lengan Amanda ditarik kuat oleh Raden. Tidak terlalu kuat yang membolehkan Amanda sakit.

"Dia. Penyebab kau hadap semua benda ni. Dia penyebab kau kena rogol dengan jantan tak guna tu. Dia penyebab kau mengandung dan dia penyebab kau gugur."

Satu per satu perkara yang terjadi pada Amanda disebut dengan jelas.

"Tak... Abang tipu. Mustahil lah..." Pegangan Raden dibahunya ditepis lembut. Walaupun lembut, tangan Raden tetap lurut dari bahunya.

C| Raden's Queenजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें