ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 31

19.1K 806 74
                                    

"Budak ni. Apa hal tak tutup pintu?"

Raden mengerutkan wajah apabila mendapati pagar kecil masuk ke perkarangan banglonya itu sedikit terbuka. Dia tahu ada lah tu benda yang Amanda buat. Budak tu bukan boleh kira. Dibuatnya perangai rajin tak bertempat dia tu datang, habis satu rumah dia cuci.

Tak padan dengan perut besar.

Sebaik sahaja Audi Rs6 miliknya itu berhenti, dia terus keluar dari kereta mewah itu. Pintu kecil yang terbuka tadi ditutup terlebih dahulu sebelum membuka langkah besar untuk ke dalam rumahnya.

Dia tak sabar nak berjumpa dengan Amanda sebenarnya. Ya lah. Sudah beberapa hari dia tidak melakukan rutinnya.

Selalunya dia selepas subuh saja sudah ke bilik Amanda. Balik-balik kerja terus mengurut kaki Amanda. Sebelum tidur pula dia akan memastikan Amanda menghabiskan segelas susu terlebih dahulu sebelum tidur. Bila Amanda sudah nyenyak baru lah dia masuk ke bilik tidurnya pula. Dan di tengah-tengah malam pula, dia akan kunci jam supaya terjaga untuk melihat Amanda kalau kalau isterinya itu kekejangan kaki ataupun lenguh. Kadang-kadang ada juga masa Amanda tidak boleh tidur kerana bayi di dalam perut itu aktif bergerak. Jadi dia lah yang menjadi peneman.

"Assalamualaikum."

Salam diberi seraya kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah. Dahi yang sudah reda dengan kerutan tadi kini kembali berkerut. Pelik.

Pelik dengan keadaan rumah itu yang seakan-akan di waktu malam. Kipas atau air con tidak dibuka. Dengan lampu yang masih menyala.

Amanda tak bangun lagi ke? Selalunya waktu-waktu macam ni Amanda sudah ada di tingkat bawah. Dia tahu rutin Amanda, memang jarang sekali Amanda tidur selepas Subuh.

Tambahan pula dengan pintu yang tidak berkunci. Mustahil lah Amanda belum bangun. Takkan lah Irdina lupa nak kunci pintu? Macam pelik juga. Malam tadi, Irdina sendiri sudah confirm kan bahawa semua pintu sudah dikunci.

Tidak lama di situ, Raden membuka langkah laju untuk ke tingkat atas. Bilik tidur Amanda dituju. Sampai di anak tangga terakhir, Raden dapat melihat pintu bilik Amanda tidak ditutup rapat.

"Amanda?" panggil Raden sambil mendekati bilik tersebut. Tanpa ketuk, pintu bilik itu ditolak perlahan.

"Shit!"

Raden mencarut.

"AMANDA!" lantas dia ke bilik air bilik Amanda. Pintu ditolak kasar. Namun hampa, tiada figura Amanda di situ. Tidak kisah lah terbaring atau apa pun. Tetap tiada.

Dadanya sudah naik turun laju. Hanya tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya dia melihat keadaan katil Amanda.

Tanah, pokok-pokok kecil serta hiasan dari bekas terrarium kesayangan Amanda berterabur pada atas katil tersebut. Bekas kaca itu pecah. Yang lebih mengejutkan dia, terdapat juga tompokan darah yang agak besar.

Tanpa berlengah, Raden berpaling untuk kembali ke tingkat bawah. Pada waktu itu baru dia perasan. Ada darah pada permukaan pemegang pintu bilik Amanda di sebelah dalam.

Tanpa berfikir panjang, Raden berlari ke tingkat bawah dan meloloskan diri ke dalam kereta mewahnya. Dia yakin Amanda tiada di rumah. Buktinya, bukan pintu bilik sahaja yang ada darah tetapi pintu keluar juga.

Sambil memandu, Raden mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Irdina dicari lalu di dail.

"ANGKATLAH!" marahnya apabila deringan agak lama. Panggilan itu dipadam lalu satu lagi penggilan dibuat. Kali ni tidak sampai dua kali bunyi, panggilannya sudah diangkat.

"Maaf, Tengku. Tadi saya-"

"Amanda mana?" soal Raden laju tanpa menunggu Irdina menghabiskan ayatnya.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now