ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 46

17.9K 736 35
                                    

"Amanda nak tahu semua yang abang tahu," kata Amanda. Dia tahu Raden tahu banyak perkara.

Raden mengemam bibir buat seketika. Kedua-dua belah tengan Amanda dicapai lalu dikucup berkali-kali.

"Aku cerita. Tapi dengan syarat. Kau kena janji dengan aku, apa pun yang kau dengar lepas ni jangan salahkan sesiapa atau benci sesiapa termasuk diri sendiri," pesan Raden terlebih dahulu.

Wajah Amanda ditatap penuh harapan. Dia tahu jika dia menceritakan segala-galanya, Amanda pasti akan kecewa dan menyalahkan diri sendiri. Amanda mengetap bibir lalu menggeleng.

"Amanda tak boleh janji tapi Amanda cuba." Dia tidak pasti sama ada dia mampu atau tidak untuk melunaskan janjinya. Jadi dia memilih untuk tidak melafaz janji terlebih dahulu. Raden mengangguk faham.

"Hug me. Aku nak kau peluk aku sepanjang aku bercerita," ujar Raden sambil menepuk-nepuk peha sendiri menggamit Amanda duduk di situ. Amanda pun tanpa berkata menurut saja kehendak suaminya.

Raden menyandarkan dirinya pada kepala katil sementara Amanda pula memberi ruang kepada suaminya terlebih dahulu untuk menyelesakan diri dengan posisi duduknya. Bila melihat Raden sudah berhenti dari bergerak-gerak, Amanda perlahan-lahan menjatuhkan punggung ke atas riba Raden.

Belum sempat Amanda bersandar pada tubuh tegap itu, Raden sudah menarik lembut lengan Amanda lalu dilingkarkan pada lehernya. Memaksa Amanda untuk memeluk dirinya. Amanda akur, rangkukannya pada leher Raden dikemaskan.

Raden melabuhkan sebuah kucupan hangat pada bahu Amanda buat beberapa saat.

"Khaisarah bagitahu apa alasan kami putus dulu?" soal Raden lembut. Tangannya naik mengusap kepala Amanda. Sebelah tangan lagi memeluk pinggang Amanda agar tidak melorot jatuh dari ribanya.

Amanda angkat bahu. Kelihatan wajah Amanda berubah menjadi cemberut sedikit. Dia... Sebenarnya cemburu apabila nama itu keluar dari bibir Raden. Ada masa Amanda ni terfikir juga, apa saja yang akan bermain di minda Raden jika mengenangkan dirinya berkahwin dengan adik bekas tunang sendiri?

"Alasan kakak tak jelas... Dia cuma kata dia tak sedia jadi isteri orang," balas Amanda perlahan.

Raden mengangguk. Patutlah. Dia fikir Amanda tahu. Tetapi tak pelik juga sekiranya Amanda tak tahu. Siapa saja akan
mengaku jika membuat kesalahan?

"Dia curang."

"Huh?" Berkerut wajah Amanda mendengar kata-kata Raden. Wajah Raden dipandang seolah-olah dia tidak mempercayai lelaki itu. Raden mengangguk.

"Kami putus sebab aku yang nak. Dia tertangkap tidur dengan sorang lelaki nama Zaquan." Tenang saja Raden menyebut hal yang lalu.

"Zaquan?" Amanda membuat muka. Bukan kah itu nama yang Khaisarah sebut tadi?

"Hmm... Zaquan tu..." Raden menarik nafas panjang. Perkara ni... Dia tak mahu Amanda ingat semula, tetapi Amanda perlu juga tahu.

"Sayang.... Sini." Kepala Amanda ditarik lembut lalu dijatuhkan pada bahunya. Terkulat-kulat Amanda dibuatnya.

Kepala Amanda yang sudah selamat mendarat pada bahu itu diusap-usap. Sesekali dia mencium kepala itu sebelum menyambung kata-katanya.

"Zaquan tu stalker kau yang kita cari selama ni."

Terus wajah Amanda berubah pucat. Meremang habis bulu romanya ketika ini. Serta-merta bayangan bagaimana dia dilayan pada malam itu bermain di fikiran. Bagaimana lelaki itu memeluknya. Bagaimana lelaki itu mencium lehernya.

"Amanda?" tegur Raden apabila Amanda terus diam. Dia dapat rasakan getaran halus dari Amanda. Seraya itu, tubuh Amanda Raden dakap lebih erat hingga Amanda langsung tiada peluang untuk bergerak.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now