ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 41

26.8K 938 38
                                    

Buk!

Hanya dengan satu tumbukan, wajah lelaki itu terteleng ke tepi. Ariel menyentuh pipinya yang baru sahaja dihentam kuat. Baru saja hendak berpaling menghadap si pemukul, satu lagi tumbukan diterima. Namun kali ni bersama dengan tolakan hingga membuatkan dia tidak dapat mengimbangkan diri dan menyebabkan dia jatuh terduduk.

"Bodoh! Selama ni aku harapkan kau jaga bini aku tapi rupa-rupanya kau dalang!" amuk Raden. Dadanya berombak kasar.

Ariel yang sedang terduduk itu mendongak mencari wajah susuk yang sedang berdiri di dihadapannya itu sambil bercekak pinggang. Pipinya yang terasa kebas ditekup menggunkan tangan. Lidahnya juga menolak isi pipi dari dalam bagi mengurangkan kesakitan.

"Kau cakap apa ni?" soal Ariel tidak faham. Raden mencebik seperti mengejek.

"Tak perlu berlakon lah, bebal. Kau ingat aku tak tahu ke kau yang bagi tahu jantan tu kawasan mana yang pengawasan longgar dekat rumah aku?" kata Raden bersama nada yang menyinis.

Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya apabila menerima panggilan daripada ketua pengawal yang mengawasi rumahnya tadi. Katanya ada seorang lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam rumahnya tadi melalui pintu belakang.

"Apa benda kau cakap ni?" soal Ariel sambil bangkit berdiri semula. Wajah Raden dipandang tidak puas hati.

"Tak payah buat-buat tak tahu. Hanya kau, aku dengan Hans saja yang tahu tentang pengawasan rumah tu. Takkan Hans yang bagitahu jantan tu? Habis apa guna dia hire pengawal untuk aku?" balas Raden. Matanya melawan anak mata yang sedang menikam miliknya.

"Kau nak kata itu kerja aku ke?" soal Ariel tidak percaya. Entah apa sebab yang membolehkan Raden berfikiran begitu.

"Siapa lagi?" balas Raden. Yakin.

Mendengar balasan Raden, Ariel ketawa sinis. Tanpa kata, dia meninggalkan bilik pejabat itu. Rasanya jika dia bergaduh mulut dengan Raden tiada gunanya juga. Lebih baik dia keluar terlebih dahulu.

Biar lelaki itu tenangkan diri terlebih dahulu, baru lah boleh berfikir elok-elok sedikit. Sekarang ni dia yakin kalau dia menidakkan pun, Raden akan kata dia membohong.

❀❀❀

"

Abang?" tegur Amanda apabila melihat Raden hanya merenung skrin televisyen yang menyala di hadapan mereka.

"Ya. Kenapa?" Raden mengalihkan pandangannya pada si isteri. Senyuman Amanda yang nipis itu dibalas.

"Okay tak? Ada masalah ke?

"Oh, tak ada apa." Raden menggeleng, menafikan andaian Amanda walaupun mindanya tak sudah memikirkan hal berkaitan siang tadi. Cookies yang dibuat oleh Amanda tadi disuap ke dalam mulut.

Dia hanya berlagak biasa apabila rasa manis cookies itu menyentuh deria rasanya. Sejujurnya dia bukan sejenis yang gemar benda-benda manis, tapi disebabkan Amanda suka buat benda-benda begitu. Dia pun terpaksa lah makan saja.

Biasalah. Orang kata nak jaga hati bini.

Lagi pun dia kini dia sudah terbiasa untuk makan manisan-manisan yang dibuat oleh Amanda. Sekurang-kurangnya satu kali dalam sehari. Begitu lah.

Amanda memandang Raden tak lepas. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena tapi dia malas lah hendak bertanya. Risau kalau-kalau mood makan mereka langsung hilang. Jika Raden mahu dia tahu, bila-bila masa saja dia akan beritahu.

"Amanda, lepas ni kalau aku pergi kerja, duduk rumah mama dulu boleh? Balik kerja nanti aku ambil."

"Tapi..." Tubuh Amanda yang duduk tegak sejak tadi kini sedikit mengendur.

C| Raden's QueenWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu