ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 7

20.4K 776 5
                                    

"Ibu, ayah... Sarah ada benda nak cakap sikit ni,"  suara Khaisarah memecahkan suasana hening di meja makan.

"Pasal apa tu?" soal Encik Erman bersemangat. Ada berita gembira kah? Puan Khaleeda dan Amanda pula hanya menunggu jawapan daripada Khaisarah. Khaisarah tersenyum sambil membalas.

"Sarah dapat kerja dekat Johor,"

"Johor?! Jauhnya..." belum sempat Puan Khaleeda dan Encik Erman mambalas, Amanda yang duduk di sebelahnya sudah menyampuk.

"Interview bila?" soal Puan Khaleeda. Dia sudah sedia maklum bahawa Khaisarah ada memohon kerja di Johor, sama juga seperti Encik Erman.

"Ibu tahu? Amanda sorang je ke tak tahu ni?" soal Amanda, berjauh hati. Dari riaksi ibu dan ayahnya yang tidak terkejut pun dia boleh dapat teka. Maknanya dia saja lah yang tak tahu, sampainya hati...

Mendengar kata-kata Amanda, Khaisarah menepuk dahi menggunakan tangan kirinya. Ahhh! Dia lupa nak bagitahu Amanda!

"Sorry, Amanda. Kakak lupa, hari tu kakak nak bagitahu tapi ya lah. Macam-macam masalah datang. Maafkan kakak, ya?" Khaisarah menaikkan tangannya lalu menggosok belakang Amanda. Amanda seladar mengangguk.

"Tapi... kakak bila pula nak balik sini. Nanti Amanda mesti tak ada kawan," Amanda sudah memuncung bibir dan ia menghasilkan tawa dari Encik Erman.

"Amanda... Amanda... kakak tak pergi lagi dah tanya bila nak balik dah," Encik Erman menggelengkan kepalanya, begitu juga Puan Khaleeda. Mereka berdua senang dengan keakraban Amanda dan Khaisarah.

Sekurang-kurangnya jika mereka tiada di dunia ni suatu hari nanti, dapat lah Amanda berkasih sayang dengan kakaknya.

"Nanti kalau ada cuti panjang sikit, kakak balik, ya." pujuk Khaisarah sambil ketawa kecil. Haih, adik dia ni. Bukannya mereka tak pernah berjauhan. Cuma yang membawa bezanya sewaktu belajar dulu, dia di Singapura.

"Janji?!"

"Ya, Amanda. Kakak janji..."

❀❀❀

"Kakak..." Khaisarah yang sedang mengemas bajunya menoleh ke arah pintu. Bibirnye mengukir senyuman lembut apabila lihat Amanda yang tercegat di sana.

"Meh sini," panggilnya. Amanda menurut. Kakaknya yang sedang bersila dengan dikelilingi semua pakaian itu didekati.

"Ada apa ni?" soal Khaisarah. Amanda sengih menayang gigi depannya. Tangan Khaisarah ditangkap lalu digoncangkan perlahan.

"Erm... Boleh tak Amanda nak tidur dengan kakak sampai kakak pergi nanti?" Amanda bertanya dengan riaksi malu-malu. Yang si kakak sudah ketawa, tak tahan melihat Amanda.

Sudah besar pun, masih bermanja dengan dia! Ingat lagi masa dia mula nak sambung belajar di Singapura dulu, Amanda begini lah. Sebelum dia pergi, gadis tu minta untuk tidur sebilik dengannya.

Kalau dia balik ke Malaysia pun sekali-sekala pun, Amanda akan melakukan perkara yang sama. Katanya nak luangkan masa bersama sebelum berpisah.

"Boleh," makin melebar senyuman Amanda mendengar jawapan kakaknya.

"Banyak ni je ke kakak bawa?" soal Amanda sambil melihat semua pakaian kakaknya. Khaisarah mengangguk.

"Ya, banyak ni je, yang lain lain kali pula kakak bawa. Malas nak bawa banyak-banyak sekali gus, takut payah pula nak kemas nanti." Amanda mengangguk setuju. Bukan apa, baju yang kakak dia nak bawa nampak macam tak banyak.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now