ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 30

22K 837 78
                                    

"Hmm... nak balik dah ke?"

Soal Amanda meleret. Bibirnya tak usah dikata. Muncung habis! Maklum lah, hari ni adalah hari terakhir dia meluangkan masa bersama Irdina. Esok pagi Abang Raden dia balik dah.

"Puan jangan sedih-sedih," pujuk Irdina bersama tawa kecilnya. Dalam hati, dia turut berat hati juga untuk pergi. Ya lah, selepas ni dia mungkin akan jadi lebih sibuk.

Sejak kebelakangan ni ramai betul bersanding. Jadi dia dan encik tunang tersayang terpaksalah mengorbankan masa untuk melatih anak-anak didik mereka. Sudahlah persiapan nikah mereka pun masih banyak yang belum selesai.

"Nanti kalau ada rezeki, saya minta izin Tengku untuk jumpa dengan puan. Masa tu kita boleh lah dating sekali dengan baby," ujar Irdina sambil mengusap perut bulat Amanda.

Amanda hanya menayang senyuman manis sambil mengangguk kepalanya laju. Tangannya juga naik mengusap perut sendiri.

Tiba-tiba teringat bagaimana rasa jijiknya dia terhadap kandungnya sekarang ketika awal-awal mengetahui perkara tersebut. Dan akhirnya, disebabkan pujukan dan layanan yang diberi oleh Raden dia dapat menerima kehadiran si kecil ini di dalam rahimnya.

"Puan ni susu." Suara Irdina menyentak Amanda dari lamunannya. Irdina dipandang pelik. Sejak bila pula gadis itu membancuh susu untuk dia?

Muncungnya sudah ditarik. Baru saja siang tadi dia terfikir untuk berpura-pura mengantuk sebelum Irdina membancuhkan susu untuknya. Nampaknya terpaksa juga lah dia minum.

Haih... Benci betul!

Irdina hanya sengih sahaja melihat wajah Amanda yang berkerut sambil meneguk susu. Dia tahu Amanda tidak suka. Tapi nak buat macam mana? Tengku Raden sudah amanahkan dia untuk memastikan Amanda menghabiskan segelas susu sebelum tidur. Kata Raden, WAJIB!

"Dah?" tegur Irdina setelah Amanda meletakkan gelas itu di meja. Amanda mengangguk.

"Puan naik lah, biar saya basuh gelas ni." kata Irdina. Gelas yang sudah kosong tadi diambil.

"Eh? Nak balik dah ke? Awal lagi... Hari ni hari last awak kut..." Amanda meleretkan suaranya. Baru pukul 10 malam, awal lagi!

Irdina menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. Awal apanya? Dah pukul 10 kut, selalunya dia balik pukul 9.30.

"Urm... Ya, puan. Saya kena balik dah ni. Tunang saya kata dia dah nak sampai," beritahu Irdina.

Amanda sudah tersebik-sebik. Dia memang sedia maklum selama ini Irdina datang dan pulang dihantar oleh tunangnya. Tapi kasi lah chance sikit dia nak spend time dengan Irdina!

"Alahai, puan... Jangan sedih... Saya janji lepas ni kita jumpa lagi." Irdina mula berjanji kerana dia yakin. Tengku Raden pasti akan meminta bantuan darinya lagi selepas ini, terutama berkaitan Amanda.

"Yalah..." Amanda akur saja.

"Jaga diri," pesan Amanda. Irdina sengih.

"Puan pun sama. Puan naik lah dulu. Tidur. Dah pukul 10 lebih ni. Tak elok tidur lambat-lambat," kata Irdina.

"Okay..." balas Amanda. Dia bangun dari sofa berangkai dua itu, dibantu oleh Irdina. Belum sempat dia mahu mencapai alat kawalan jauh televisyen, Irdina sudah menghalang.

"Tak apa, puan. Biar saya buat. Puan naik lah dulu."

Amanda hanya patuh. Ruang tamu yang masih dihiburkan dengan bunyi kipas dan televisyen itu ditinggalkan. Dia pun dah naik mengantuk sebenarnya.

❀❀❀

"Dah, Tengku. Macam biasa lah. Puan nak elak minum susu. Tapi tak boleh."

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now