ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 11

15.5K 616 3
                                    

Pulang sahaja opah, keadaan rumah tersebut menjadi jeda seketika. Amanda yang masih teresak menangis dan dipujuk oleh Puan Hafsa itu dipandang kesian oleh para tetamu yang masih berada di situ.

Beberapa ketika kemudian, masing-masing mula meminta diri untuk pulang, termasukkan Raden dan keluarganya. Apa yang baru sahaja berlaku tadi membuatkan mereka berasa tidak selesa untuk terus kekal di rumah tersebut.

"Ma," Puan Izyani yang baru sahaja hendak membuka pintu kereta itu terhenti.

"Bawa Khaisarah balik rumah mama boleh?"

Cadangan Raden membuatkan keluarganya terkebil-kebil. Mungkin tidak percaya dengan apa yang didengar. Semua ada di situ kecuali Razif. Rayyan sudah memandang Raden tajam, tak faham dengan adiknya seorang ini.

"Along tumpangkan mama boleh?" ucap Raden sambil membalas renungan Rayyan dengan maksud dia akan menjelaskan semua nanti. Setelah itu, baru lah Rayyan mengangguk.

"Habis tu angah macam mana?" soal Puan Izyani, takut jika Raden tidak selesa berada di bawah satu bumbung dengan Khaisarah.

"Tak apa lah. Angah balik rumah angah malam ni, lagi pun angah dah lama tak balik sana." balas Raden. Puan Izyani mengangguk faham, dia pun kalau boleh tak mahu Raden tinggal sebumbung dengan Khaisarah. Bukan apa tak mahu anaknya itu bersedih lagi.

"Sya nak ikut angah balik sana!" Raisya pantas bersuara. Lengan Raden dipeluk.

"Tak kerja ke esok?" soal Raden sambil memandang lengan Raisya yang melilit lengannya.

"Angah ni... esok kan Ahad," Raden hanya mengangguk. Terlupa pula dia.

"Kalau macam tu mama panggil Sarah kejap," kata Puan Izyani sebelum masuk ke dalam rumah bekas tunang anaknya itu kembali.

Raden dan Raisya sudah berada dalam kereta. Raden yang baru sahaja mahu menarik hand break, terus mengangkat tangannya kembali.

"Angah, kenapa?" soal Raisya yang berada di kerusi penumpang disebelahnya.

"Angah rasa nak pergi tandas. Sya tunggu kejap boleh?" kata Raden sambil melepaskan tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya. Raisya membalas dengan anggukan.

Sebaik sahaja keluar dari kereta, Raden berjalan menuju ke rumah teres dua tingkat tadi. Kelibat Puan Hafsa dan Puan Izyani yang sedang berbual di kerusi luar rumah itu dipandang.

"Angah? Kata nak balik dulu," Puan Izyani memandang anaknya dengan wajah berkerut. Puan Hafsa sekadar tersenyum.

Raden pelipis menggunakan jari telunjuknya.

"Angah nak tumpang tandas kejap," balas Raden.

"Bolehkan makcik?" Puan Hafsa tersenyum.

"Kamu masuk lah. Amanda, Ariel dengan Afisa ada dekat dalam tu."

Raden mengangguk sebelum mengorak langkah ke arah pintu. Belum sempat dia masuk, Khaisarah yang sedang menjinjing sebuah beg berhenti dari dalam apabila mereka hampir bertembung.

Raden bergerak memberi sedikit ruang untuk bekas tunangnya itu berjalan. Kepalanya ditunduk menekur lantai ketika Khaisarah lalu didepannya. Wajah gadis yang menjadi kekasih hatinya itu langsung tidak dipandang walaupun sekilas.

"Sarah, dah siap?" suara mamanya yang menegur dari belakang langsung tak diendahkan. Raden mula mengorak langkahnya semula untuk masuk ke dalam rumah.

Lelaki itu memberi salam sebaik sahaja kaki kanannya memijak lantai dalam rumah tersebut. Namun sayang, salamnya tidak disambut.

Raden meneruskan langkahnya untuk ke dapur. Dia sudah tahu di mana terletaknya tandas memandangkan sudah beberapa kali dia ke situ semasa menjadi tunang Khaisarah dulu.

C| Raden's QueenOù les histoires vivent. Découvrez maintenant