ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 6

21.1K 826 10
                                    

Amanda melihat Puan Khaleeda yang sedang mencatat sesuatu di buku tempahan. Dia tersenyum kecil sebelum mendekati ibunya itu. Belakang tubuh ibunya disentuh.

"Ibu..." Amanda tersenyum manis bila ibunya berpaling. Senyumannya turut dibalas. Kerusi disebelah Puan Khaleeda ditarik.

"Ya, anak ibu. Kenapa ni?" Puan Khaleeda menyoal. Amanda meneguk air liurnya berkali-kali. Ada sesuatu yang hendak ditanya sebenarnya. Suasana mereka sunyi seketika sebelum Amanda menarik nafas panjangnya.

"Ibu, kalau Amanda tanya ni ibu tak marah kan?" tangan kakak Puan Khaleeda dicapai.

"Pernah ke ibu marah anak-anak ibu?" kepala Amanda diusap penuh kasih. Amanda tayang senyuman lebar. Ya... dari kecil lagi dia dan kakak tak pernah dimarah oleh Puan Khaleeda dan Encik Erman. Kecuali sekali! Waktu tu Amanda curi-curi makan pedas disekolah kerana terlalu terliur dan akhirnya dia demam akibat cirit-birit!

"Ibu... marahkan kakak?" soal Amanda. Nadanya perlahan seolah-olah ketakutan. Dia perasan Puan Khaleeda kurang bercakap dengan Khaisarah sejak kakaknya dan Raden putus.

"Ibu! Tak apa lah. Nanti je lah ibu balas. Amanda sambung kerja dulu," cepat-cepat dia cuba untuk lari, rasa bersalah bila melihat riak wajah ibunya sedikit berubah.

Namun, gelabahnya disahut dengan tawa dari si ibu. Takut sangat dia, kita terasa! Lengan Amanda yang cuba berdiri itu ditarik lembut agar gadis tersebut kembali duduk.

"Kenapa Amanda tanya ibu macam tu?" soalan dari Puan Khaleeda membuatkan Amanda mengetap bibir. Amanda menunduk, tidak terus membalas. Terasa macam silap langkah pula bila dia mula menyoal soalan begitu.

"Amanda tengok ibu macam kurang cakap dengan kakak... " perlahan saja gadis itu menutur. Puan Khaleeda tersenyum pahit.

"Ibu tak marahkan kakak, Amanda... Ibu cuma terkilan bila kakak ambil keputusan nak putus dengan Raden tanpa bagitahu ibu dulu," luah Puan Khaleeda.

"Err... Ibu... Ibu memang nak menantukan Abang Raden ke?" soal Amanda polos. Seketika Puan Khaleeda tersenyum mengusik. Kepala dianggukkan.

"Hmm... Ibu memang teringin nak jadikan Raden menantu ibu, tup tup kakak dengan Raden putus. Ibu nak suruh Amanda gantikan tempat kakak kang, Amanda dah ada Ariel."

"Ibuuuuu..." Amanda merengek hingga mencetus tawa dari Puan Khaleeda. Ibu dia ni, adaa saja benda yang nak dibahan tentang Ariel!

"Tak ada lah! Ibu bergurau je. Ibu tak kisah Amanda dan kakak kahwin dengan siapa pun. Cuma kalau boleh awalkan lah. Ibu dengan ayah dah tua, nak lah juga kami tengok anak-anak kami bahagia dengan keluarga sendiri. Nak merasa timang cucu,"

Amanda menelan air luirnya berkali-kali. Bukan dia tak nak kahwin lagi, tapi dia masih belum jumpa ibu bapa kandungnya... Lagi pun dia mana ada calon.

"Insyaallah nanti kalau Amanda jumpa calon, Amanda kahwin terus dengan dia! Tak yah tunang!" guraunya walaupun rasa tersekat-sekat di kerongkong.

"Aip! Gelojoh betul anak ibu yang seorang ni!" Amanda ketawa kuat.

"Assalamualaikum. Amboi, aunty! Seronok usik Amanda nampak?" tegur Ariel dari belakang. Terus tawa yang kuat tadi menghilang. Ariel dipandang pelik. Sejak bila pula dia ajak Ariel ke sini? Atau Ariel datang untuk beli bunga untuk ibunya.

"Waalaikumsalam, Ariel buat apa kat sini? Nak jumpa Amanda, ya?" usik Puan Khaleeda. Amanda sudah membulat mata. Ariel dipandang seraya menggeleng kepalanya laju tanpa mohon Ariel tidak tersalah faham.

Ariel pula sekadar mengangguk kecil kepada Amanda tanda dia faham. Tak lupa juga, tawanya yang langsung tidak kekok dengan gurauan ibu kepada sahabatnya itu.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now