ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 3

22.1K 903 28
                                    

Panggilan itu ditamatkan begitu sahaja. Amanda memejam mata, mentafsir kata-kata lelaki tadi.

Duduk rumah sorang-sorang? Lelaki itu tahu. Maknanya lelaki itu pasti ada berdekatan dengan rumahnya.

Amanda menggelengkan laju. Pantas nombor Ariel dicari. Dia dah tak dapat fikir apa-apa sekarang. Hanya Ariel saja yang terlintas difikirannya.

"Amanda? Kau kenapa call aku malam-malam macam ni?" Ariel yang jauh di panggilan hujung sana duduk di birai katil.

"A... Ariel, kau... kau dah tidur ke?" getaran dari suara Amanda mengundang kedutan di wajah Ariel.

"Belum. Amanda kau kenapa? Okay tak ni?" soal Ariel yang mula risau.

"Ariel. Tolong aku, Riel. Aku takut. Orang tu call aku. Dia tahu aku duduk rumah sorang-sorang,"

"Wait wait. Apa maksud kau ni? Orang mana kau kata ni?" Ariel mula berdiri sambil bercekak pinggang.

"Orang yang ambil gambar aku semalam. Aku rasa dia ada dekat luar rumah sebab dia tahu aku duduk sorang-sorang,"

"Huh? Bukan kau dah block dia ke? Lagi satu. Apa hal pula kau sorang-sorang? Family kau mana?" Ariel mula mundar-mandir. Tak senang duduk dibuatnya dengan situasi Amanda yang ketakutan hingga menangis itu.

"Dia guna nombor lain, Riel. Family aku tak ada kat rumah. Dia orang pergi rumah bakal suami Kak Sarah,"

Ariel menggaru belakang kepalanya kasar. Agak serabut kerana kehadiran lelaki yang mengganggu rakannya itu.

"Ok. Macam ni. Kau tenangkan diri dulu. Then, tidur je. Aku pergi rumah kau. Aku tunggu dekat luar sampai keluarga kau balik. Sekarang kau tidur je. Jangan end call pula," pesan Ariel. Senang, kalau apa-apa dia boleh terus pecut.

Amanda mengangguk walaupun tahu Ariel tidak akan nampak. Perlahan-lahan dia cuma baring semula, tubuhnya mengiring ke kanan.

Telefon yang masih di atas talian tadi diletakkan berdekatan dengan wajahnya. Matanya memerhati sekeliling ruangan biliknya. Rasa macam kurang selamat.

"Ariel..." panggil Amanda perlahan. Ariel yang sedang memandu hanya membalas dengan gumaman.

"Ariel, aku nak tukar nombor. Aku takut bila kena kacau macam ni," adu Amanda bersama esakan kecil yang dari tadi belum habis. Ariel mengeluh, pelipisnya diurut lembut.

"Tak boleh, Manda. Nombor yang kau guna sekarang ni kan kita bagi orang yang nak tolong kita cari mak ayah kandung kau,"

Amanda terdiam sejenak. Betul kata Ariel. Kalau dia tukar nombor, macam mana mereka nak hubungi dia?

"Habis macam mana, Ariel. Aku takut,"

"Tak tak. Esok kita buat police report. Sekarang kau tidur je dulu. Aku dah nak sampai rumah kau ni," lembut saja Ariel memberi arahan.

Tindakan Ariel membuatkan Amanda terharu. Tak sangka lelaki itu sanggup datang ke rumahnya semata-mata untuk memastikan dia dapat bertenang.

"Thank you, Ariel." ucap Amanda perlahan. Ariel yang sedang memandu tersenyum nipis.

"Anything for you, little rabbit."

❀❀❀

"Are you okay now, Amanda?" wajah sugul Amanda di sisinya dipandang. Amanda naik memandang wajah Ariel yang sedikit tinggi darinya. Senyuman tipis diukir.

"Aku okay. Terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong aku, Riel." ucap Amanda.

"Ni dah hampir sepuluh kali kau cakap terima kasih, Amanda. Letih dah telinga aku nak dengar,"

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now