ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 9

19.7K 799 26
                                    

Amanda dengan senang lenang menuruni anak tangga. Sekali tengok, dah macam kanak-kanak riang pun ada. Biar lah dia. Tak ada kawan. Kakak pun dah dua minggu pindah Johor.

"Ida kesian dengan dia, abang... Anak kita tu dari kecil sampai ke besar orang asyik orang asyik caci dia." suara Puan Khaleeda sedang bercakap membuatkan kaki Amanda kaku. Tak sempat dia nak jejak anak tangga terakhir.

"Nak buat macam mana, Ida. Kita tak ada kuasa untuk tutup mulut orang daripada bercakap," jawab Encik Erman tenang. Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu bagaimana panasnya. Dia pun tak suka bila anak perempuannya itu dicemuh.

"Tapi sebab mulut tu lah anak kita binasa!" balas Puan Khaleeda penuh emosi. Sungguh dia sedih bila kenangkan kembali aduan yang diterima daripada Amanda sewaktu kecil dulu. Ramai yang tak mahu berkawan dengan dia kerana mereka mengatakan Amanda 'anak haram'.

"Atau kita yang silap, bang. Kita silap sebab ambil Amanda," kata-kata Puan Khaleeda membuatkan Amanda di hujung tangga sana tersentak. Ibu dia menyesal ambil dia ke?

"Jangan cakap macam tu, Ida. Sama je situasi dia kalau orang lain yang ambil anak kita tu. Tetap akan ada manusia yang bermulut busuk yang nak mengata," balas Encik Erman. Dia sendiri pun tak suka bila orang caci Amanda, lagi-lagi bila orang tu adik dia sendiri.

"Abang. Kita carikan keluarga kandung dia nak? Saya rasa tu je satu-satunya cara kita nak tutup mulut orang," tanpa pasangan suami isteri itu sedar, Amanda yang berada disebalik dinding tepi tangga itu sudah mengalirkan air mata.

Amanda mulanya tak mahu masuk campur, tapi kini dia sendiri bergerak ke arah mereka.

"Ibu... ayah..." Amanda melutut di depan ibunya. Wajah dibenam pada lutut Puan Khaleeda. Dia teresak di situ. Encik Erman dan Puan Khaleeda tersenyum nipis. Rambut Amanda dibelai lembut oleh mereka berdua.

Kedua-duanya yakin bahawa Amanda sudah terdengar perbualan mereka tadi.

"Terima kasih, ibu ayah..." ucap Amanda sebaik sahaja dia mengangkat wajah. Puan Khaleeda tersenyum lembut. Air mata Amanda diseka menggunakan ibu jarinya.

"Jangan berterima kasih dengan kami, Amanda. Sepatutnya dari dulu lagi ibu dengan ayah cari keluarga kandung Amanda. Maafkan ibu sebab baru sedar walaupun Amanda dari kecil kena buli,"

Amanda menggeleng laju.

"Ibu tak perlu minta maaf. Ibu kata nak tolong carikan keluarga Amanda pun, Amanda dah cukup bersyukur." tangan Puan Khaleeda dan Encik Erman dicapai lalu dikucup secara bergilir.

"Terima kasih sebab faham Amanda ibu ayah," dua tubuh yang menjaganya sejak kecil itu ditarik ke dalam pelukan.

"Terima kasih sebab sudi ambil Amanda sebagai anak ibu dengan ayah,"

❀❀❀

Amanda memotong kek coklat yang yang disediakan olehnya malam tadi. Khas untuk si opah. Memandangkan dia tak dapat ikut balik sama, sekurang-kurangnya biarlah dia sediakan sesuatu untuk opah.

Jadi dia memilih untuk buat kek coklat. Opah memang suka dengan kek coklat buatan Amanda. Katanya tak terlalu manis. Sesuai dengan lidah tuanya. Lagipun membuat makanan untuk mencuci mulut memang kepakaran dia dalam keluarga itu.

"Amanda dah siap dah?" soal Puan Khaleeda. Amanda kalut-kalut meletakkan bekas jenama tupperware itu ke dalam plastik.

"Dah ibu!" plastik tersebut dijinjing lalu dihulurkan kepada ibunya.

"Ni dia. Nanti tolong kirimkan salam Amanda untuk opah juga eh, ibu." pesan Amanda sambil tersengih-sengih.

"Ya..." balas Puan Khaleeda sebelum bergerak menyimpan kek tersebut ke dalam kereta. Amanda menyandarkan bahu kirinya dan kepala pada besi pintu.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now