ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 34

27.4K 1K 142
                                    

"Okay okay. Kita sambung..." ujar Amanda. Dadanya naik turun dek kerana ketawa tadi. Tangan Raden yang ada di pinggangnya dipepgang kemas. Takut jika suaminya itu kembali menggerakkan jarinya.

"Tak nak dah la cerita," kata Raden bersama nada seolah-olah sedang barjauh hati. Amanda ketawa kecil. Dia tahu Raden bargurau.

"Gurau lah, abang..." baru Amanda cuba berpaling, Raden menghalang.

"Tahu... Tapi aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Cerita aku masa kecil-kecil tak best. Jadi... apa kata kau je cerita."

Amanda diam seketika.

"Tapi kalau Amanda nak tahu something boleh?" Amanda menoleh mengangkat kepala memandang Raden. Wajahnya nampak polos di mata Raden.

"Tahu apa?" Rambut Amanda yang terlepas dari ikatan diselit di belakang telinga.

"Kenapa abang dengan kakak putus tunang dulu?" Biar lah berapa lama pun cerita tu. Dia tetap nak tahu. Seingat dia Khaisarah pernah bagitahu. Tapi dia terlupa, mungkin sebab alasan yang diberi Khaisarah baginya tidak munasabah.

Mendengar soalan Amanda, terangkat kening Raden. Pandai Amanda ni. Berani sungguh buat muka macam tu untuk trick orang jawab soalan dia!

"Pernah tanya dia?"

Amanda mengangguk.

"Khaisarah cakap apa dekat kau?"

"Tak ingat..." Amanda menggeleng.

"Nanti lah kita cerita pasal tu. Sekarang ni kita cerita pasal kau masa kecil dulu," kata Raden.

Bukan sengaja dia nak menyorokkan perkara sebenar dari Amanda. Tapi dia tak mahu dirinya sendiri mahupun Amanda tertekan dengan cerita tu. Lebih-lebih lagi Amanda tengah berpantang. Emosi bukan stabil sangat. Dia takut silap cerita, lain pula jadi nanti.

"Urm... Okay. Tapi Amanda tak tahu nak mula dari mana. Abang tanya lah yang mana abang nak tahu."

Raden berdehem seketika. Dia tak pasti sama ada dia patut tanya atau tidak tentang ni. Pinggang Amanda ditarik agar lebih rapat dengannya. Amanda puka ambil kesempatan menyandarkan sedikit belakangnya pada Raden.

Sangkanya Raden akan bergerak sedikit untuk memberi ruang pada dia untuk sandar sepenuhnya pada dinding, rupanya Raden sendiri yang tarik dia untuk bersandar pada tubuh tegap itu.

"Aku minta maaf kalau soalan ni buat kau sedih tapi aku nak tahu macam mana kau boleh ada dalam family tu?"

"Ouh, pasal tu... Jangan risau. Amanda okay je nak cerita..."

Amanda menayang senyuman apabila Raden memandang lama.

"Dulu ibu cerita yang ibu dapat Amanda masa dekat hospital. Sebenarnya pernah ibu baru je gugur adik Kak Sarah, lepas tu doktor bagitahu yang ibu tak boleh mengandung dah. Tapi ibu nak bagi Kak Sarah ada kawan, ibu dengan ayah pun buat lah keputusan untuk ambil seorang anak angkat...

Ibu dengan ayah tanya lah dekat doktor kalau-kalau dekat hospital tu ada, tapi doktor kata tak ada. Ibu dengan ayah pun ingat nak pergi dekat rumah kebajikan je, lepas tu tak jadi juga sebab tinggal dua hari je lagi sebelum ibu discharge, doktor kata ada orang jumpa seorang baby yang comel dekat pintu pagar belakang hospital. Masih berdarah-darah lagi." sempat lagi Amanda memuji diri sendiri sambil tersengih. Apatah lagi bila Raden menarik lembut hujung hidungnya.

"Soalan kedua?" pinta Amanda.

"Kau rapat ke dengan Khaisarah dulu?" soal Raden lagi. Walaupun dia sudah tersentuh mendengar cerita Amanda. Orang jumpa belakang hospital? Berdarah-darah?

C| Raden's QueenTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon