ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 43

18.3K 758 36
                                    

Hari Ahad begini memang agak santai memandangkan Raden cuti. Namun Raden awal-awal lagi sudah punya rancangan untuk membawa Amanda ke suatu tempat. Sudah lama juga dia merancang ini, tapi tidak menjumpai masa yang sesuai.

Kini dia sedang duduk di sofa kembar dua di ruang tamu sementara menunggu Amanda turun dari tingkat atas. Jam Rolex Oyster Perpetual 41 yang melilit pergelangannya itu dikerling. Sudah lima minit juga dia di bawah ni seorang diri. Amanda belum turun lagi. Jadi dia memilih untuk memanaskan enjin kereta terlebih dahulu.

Senang.

Cepat sikit nanti.

Sewaktu Raden ingin mendekati Audi Rs6 miliknya, dia dapat menangkap sekujur tubuh lelaki yang sedang berdiri di balik pagar seolah-olah sedang menunggu seseorang. Penglihatannya ditajamkan untuk mengecam wajah di sebalik celahan pagar itu. Namun dia yakin ini kali pertama dia melihat wajah itu.

Agak pelik kerana tubuh itu langsung tidak berganjak biarpun sudah mengetahui dirinya diperhati oleh Raden. Jadi Raden membuat keputusan untuk menegur dahulu.

Selalunya jika ada orang yang tidak dikenali berhenti di hadapan rumah, pengawal-pengawal yang menjaga rumahnya akan menegur dan memaklumkan kepada dia. Namun hari ini tiada. Memang begitu kerana dia sudah menetapkan sekiranya dia berada di runah, pengawal-pengawal itu tidak perlu bekerja.

"Cari siapa?" soal Raden sambil berjalan mendekati pagar tinggi yang memisahkan antara dia dan lelaki tersebut.

"Tengku Raden?" tanya lelaki itu untuk meminta kepastian. Raden mengecilkan mata kerana merasai dirinya tidak mengenali lelaki ini bahkan rasanya sekali pun tidak pernah berjumpa. Namun apa pun tangannya tetap menyeluk poket untuk menekan satu butang supaya pagar automatic itu terbuka. Pada masa yang sama, Amanda yang sudah siap berpakaian cantik keluar lalu mendekat ke arah Raden.

Mulanya dia pelik kerana Raden membuka pintu pagar sebelum masuk ke dalam kereta. Selalunya apabila kereta hendak meluncur keluar barulah Raden akan membuka pintu pagar.

Sebaik sahaja Amanda melihat seorang lelaki mendekati mereka, terus dicari mata Raden. Pandangannya seolah-olah sedang menyoal Raden tentang siapa lelaki tersebut kerana dia juga tidak mengenali lelaki di hadapannya ini. Raden hanya membalas dengan senyum.

"Tengku Raden. Aku Arfan." Lelaki itu mula mengenalkan diri. Dan tak semena-mena selepas itu dia tiba-tiba melutut. Amanda membulat mata kerana terkejut. Ada apa sebenarnya?

"Encik... Bangun. Kenapa melutut tiba-tiba ni?" Soal Amanda. Tangannya naik menepuk-nepuk perlahan tangan Raden supaya Raden turut mengarahkan lelaki itu bangkit.

Tindakan Arfan yang sedang melutut secara tiba-tiba itu mengundang tanda tanya. Mereka tidak pernah mengenali lelaki ini, namun apa yang membuatkan lelaki ini melutut tiba-tiba begini di hadapan mereka? Tanpa mereka tahu apa sebabnya.

"Bangun." Arah Raden dengan nada kerasnya.

Seraya itu lengannya menyeluk pinggang Amanda agar mendekat. Bimbang jika perkara yang tidak ingin berlaku terjadi sekelip mata. Hatinya kuat mengatakan perlakuan lelaki ini ada kaitan dengan Amanda.

"Bangun. Jangan melutut depan aku tanpa sebab." Arah Raden sekali lagi. Nadanya masih tidak berubah. Masih keras.

Laju lelaki itu menggeleng.

"Ada sebab. Ada sebab aku melutut," kata lelaki itu dengan suara yang agak bergetar. Lelaki itu menunduk ke lantai lama sebelum memanggung kepala ke arah Amanda.

"Puan Eryna Amanda. Aku datang sini untuk mohon ampun daripada kau bagi pihak kawan aku, Kasyah."

Dengar sahaja nama itu, tubuh Amanda langsung mengeras. Manakala Raden di sebelahnya pula berkerut dahi.

C| Raden's Queenजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें