ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃|27

27.5K 1K 43
                                    

"Amanda... Aku minta maaf pasal malam tadi. Aku... aku tahu aku biadap. Aku hina kau dengan anak kau. Aku minta maaf." Rania yang sedang menunduk itu dipandang kosong oleh Amanda. Bukan kerana marah, tetapi tak tahu untuk beriak apa.

Kini hanya tinggal mereka bertiga sahaja di meja kopi yang ada di hadapan pintu masuk rumah itu. Yang lain ada, tapi di dalam.

Gadis itu jarang-jarang mengangkat kepalanya. Masih tidak berani untuk bertentang empat mata dengan pasangan yang duduk bertentangan dengannya. Terutama sekali dengan lelaki yang berdiri di sisi Amanda.

Pijar di pipi masih terasa. Bagaimana tidak jika pipinya juga menunjukkan sedikit bengkak?

Semalam, setelah dia dan keluarga pulang dia terus dimarahi oleh mereka. Sebab itu lah, awal-awal pagi lagi dia berani menebalkan muka untuk ke sini. Rasa bersalahnya menggunung apabila sedar kelancangan mulutnya.

Rania mengetap bibir apabila Amanda masih berdiam diri tanpa membalas apa-apa. Raden pula hanya bersandar pada dinding di belakangnya dengan mata yang terpejam. Kewujudan Rania di situ tidak diendahkan.

"Amanda..." Rania bangkit. Dia berjalan perlahan mendekati Amanda lalu melutut di hadapan gadis itu.

"Rania, bangun..."

Amanda menarik lengan Rania lembut. Namun, gadis itu mengeraskan tubuhnya membuatkan perbuatan Amanda menjadi sia-sia.

"Maafkan aku, Amanda..."

Oleh itu, tangan Amanda naik mencapai tangan kiri suaminya seolah-olah meminta bantuan. Mata Raden yang terpejam itu terbuka. Wajah Amanda yang jelas kelihatan kurang selesa itu dipandang. Tangan Amanda dibalas dengan genggaman yang kemas.

"Bangun, Rania."

Hanya dengan satu arahan daripada Raden, Rania perlahan-lahan kembali bangun dan duduk di tempat asalnya. Kepalanya langsung tidak diangkat apabila merasakan mata tajam Raden terarah padanya.

"Aku maafkan..." perlahan Amanda menutur. Laju Rania mengangkat kepala memandang Amanda.

"Thank you..."

"Tapi aku nak minta sesuatu boleh?"

Raden berpaling ke arah Amanda. Pandai sungguh Amanda trick sepupunya itu.

"Bagitahu aku macam mana kau boleh tahu tentang cerita tu." ucap Amanda. Raden berkerut wajah apabila mendengar permintaan isterinya.

Tanpa sempat Rania menjawab, Raden memotong tindakan sepupunya. Tak mahu nama bekas tunangnya disebut di situ.

"That's enough. Kau kata nak minta maaf saja kan, Rania? Jangan ulang silap kau atau kau akan dapat lebih lagi dari semalam. Jom masuk, Amanda." Ujar Raden penuh makna ambil menarik lengan Amanda perlahan bagi membantu isterinya itu untuk berdiri.

"Tapi Amanda..."

Amanda cuba membantah, namun dia kembali terdiam bila Raden mengugut dirinya.

"Nak kena dukung ke?" soal Raden dingin.

Amanda menggeleng sebelum menarik sedikit tangan Raden yang membantunya bagi mendapat sokongan. Rania hanya melihat sahaja mereka berdua tanpa punya niat untuk menyampuk.

Sejak kejadian semalam dia memang langsung takut dengan lelaki bernama Raden Ilham ni. Sangkanya abang sepupunya seorang ini jenis yang diam, tapi sekarang dia yakin bukan. Dia perlu menukar mind set-nya.

Bukan semua orang yang diam akan terus berdiam.

Dia nampak itu. Dia nampak bahawa Raden bukan kahwin dengan Amanda semata-mata kejadian yang lepas. Dia yakin Raden memang sayangkan Amanda. Jika tidak, mengapa pipinya masih terasa sakit?

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now