ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 19

23.6K 873 34
                                    

"Lepas ni duduk dalam bilik ni. Nanti bila-bila angkut barang kau ke sini." kata Raden sambil menanggalkan satu persatu butang Baju Melayu Cekak Musangnya. Tanpa menunggu sebarang balasan daripada Amanda, dia terus mengambil pakaian dalam almari baju kemudian terus ke bilik air.

"Haih. Tak apa, Amanda. Tahan. Insyaallah tak lama pun," Amanda cuba memujuk dirinya.

Sejak pagi dia menyatakan pada dirinya bahawa hubungan mereka takkan lama. Dia tahu dan yakin satu hari nanti mereka akan bercerai juga. Dia nekad untuk tidak kecewa dengan apa yang bakal berlaku. Cukuplah dalam tiga minggu ni dia asyik teringat-ingat tentang malam yang ngeri itu.

Akibat malas hendak menunggu, Amanda keluar untuk ke bilik yang ditetapkan buatnya sebelum ini. Dia mahu mandi, sudah berpeluh-peluh. Tunggu Raden hanya akan membuang masanya sahaja. Lagi pun dia belum solat Zuhur lagi, satu jam lagi nanti masuk Asar.

"Amanda? Nak pergi mana? Kenapa tak masuk bilik lagi?"

Langkah Amanda terbantut kala suara yang menerjah pendengarannya. Tubuhnya berpaling untuk melihat gerangan tersebut. Mama.

"Er... Amanda nak masuk bilik bawah dulu, nak mandi. Abang Raden tengah mandi, takut kena tunggu lama." balas Amanda gementar.

Bukan apa, dia tak mahu orang fikir bukan-bukan. Sudah lah baru je tadi nikah. Dia perlu tunjukkan bahawa hubungan dia dengan Raden baik seperti orang lain.

Puan Izyani ketawa kecil.

"Angah tu mandi tak lama pun. Tapi tak apa lah, Amanda mesti panaskan pakai baju tu kan? Pergi lah mandi-mandi segarkan diri tu. Lepas tu rehat," Amanda sekadar mengangguk sahaja sebagai balasan.

"Amanda pergi dulu,"

❀❀❀

"Kau pergi mana?" baru sahaja jejak kaki ke dalam bilik, terus ada suara yang menyoal. Kalut Amanda memandang ke arah sofa yang berada di sebelah pintu bilik itu. Kelihatan satu susuk tubuh yang sedang duduk sambil menghadap laptop di situ. Siapa lah lagi jika bukan Raden?

"Amanda pergi mandi solat dekat bilik bawah," beritahu Amanda. Dia sememangnya memang gerun dengan Raden. Lelaki itu kalau tidak bercakap dengan dia bersama mata yang tajamnya memang tak sah. Boleh mati kut?

Raden hanya mengangguk tanpa mengalihkan pandangan dari laptopnya. Amanda menggigit bibir sebentar.

"Er... Telekung ni dengan tuala ni... Nak sangkut dekat mana?" soal Amanda. Ketika itu barulah Raden mengangkat kepala memandang wajah yang sudah sah menjadi isterinya.

"Telekung tu sangkut dalam almari pintu nombor dua dari kiri. Tuala tu masuk dalam bilik air, dalam tu ada penyangkut. Sangkut dekat situ," arah Raden, matanya langsung tak lepas dari memandang wajah Amanda yang sedang menunduk.

"Baju kau mana? Takkan ni je yang pindah?" soal Raden pelik. Takkan tiap-tiap kali mandi isterinya itu hendak berulang-alik dari bilik tingkat bawah?

"Amanda ingat nak ambil malam nanti je," jawab Amanda perlahan lalu bergerak melakukan apa yang Raden katakan tadi.

Pintu almari yang diberitahu tadi dibuka. Amanda memejamkan matanya seketika. Haruman dari dalam almari itu membuatkan dia hanyut buat seketika.

Dalam itu memang hanya dipenuhi dengan Baju Melayu dan kain pelekat sahaja. Barangkali memang khas untuk kelengkapan solat. Kemudian, Amanda terus ke bilik air untuk menyangkut kain tualanya.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now