ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 1

47.3K 939 33
                                    

"Kakak!" Erina Khaisarah yang sedang termenung di atas buaian mengurut dada bila disergah secara tiba-tiba dari belakang. Mata dipincing ke arah adiknya, Eryna Amanda.

"Manda, apa buat macam tu? Terkejut akak," Khaisarah hanya menggeleng bila Amanda menayang gigi depannya. Tempat kosong disebelahnya Amanda duduk.

"Nak pergi mana-mana ke?" pakaian Amanda yang cantik dan kemas itu dipandang. Amanda mengangguk.

"Nak pergi kedai lah kakak sayang..." jawab Amanda bersahaja.

"Akak tunggu Abang Raden ke?" soal Amanda. Dari tadi lagi dia melihat kakaknya duduk di sini. Khaisarah mengangguk mengiyakan soalan adiknya.

Mereka berdua diam buat seketika. Khaisarah mengangkat kening bila Amanda melentokkan kepala di atas bahunya. Lengan Khaisarah dipeluk manja.

"Lepas ni tak boleh lah Manda nak usik akak selalu," kata Amanda tiba-tiba, menahan sebak. Khaisarah menepuk bahu adiknya perlahan. Memujuk Amanda.

Siapa sangka? Niat yang pada mulanya Raden membantu uruskan hal bunga untuk perkahwinan Rayyan dahulu menjadi asbab mereka bakal disatukan beberapa bulan yang akan datang.

"Manda tak suka kakak kahwin ke?" soal Khaisarah lembut. Kepala Amanda yang masih dibahunya terasa digeleng.

"Bukan macam tu..." Amanda memperlahankan nada suaranya.

"Habis tu?" duga Khaisarah.

"Yelah. Lepas kakak kahwin dengan Abang Raden mesti Manda sunyi," Amanda menggigit bibir, makin sebak dia dibuatnya.

"Alah nanti Manda cari la suami. Buat teman,"

Pap!

"Kakak! Apa pula macam tu?!" Khaisarah menggosok pahanya yang dipukul oleh Amanda tadi. Seketika mereka berdua ketawa bersama-sama. Sengaja dia berkata begitu, tahu yang Amanda tak suka berbicara tentang pasangan apatah lagi kahwin.

"Kakak... Amanda sayang kakak," luah Amanda sebaik tawa mereka berhenti. Khaisarah tersenyum nipis.

"Kakak pun sayang adik kakak ni. Satu-satunya adik yang kakak ada," Khaisarah membalas. Status angkat antara mereka langsung tidak pernah diambil kira, sayangnya mereka antara satu sama lain tak ubah seperti adik beradik kandung.

❀❀❀

"Lama ke tunggu saya tadi?" Khaisarah tersenyum sambil memandang tunangnya yang sedang memandu dengan penuh minat. Memandu pun kacak! Kepala digelengkan.

"Tak ada lah lama sangat pun. Lagipun Amanda ada teman saya tadi," balas Khaisarah. Raden mengangguk faham, sedia maklum siapa figura yang bernama Amanda itu.

Malah baginya jika gadis itu merupakan adik Khaisarah, serta merta akan menjadi adiknya juga. Cuma mereka belum pernah berbual. Bukannya tak berpeluang tapi entah lah!

Khaisarah menyandarkan tubuh. Bila Raden diam, dia turut diam. Membiarkan radio saja yang beraksi. Lebuh raya yang dipenuhi kereta itu diperhati. Pelbagai jenis jenama kereta ada, jenama dari negara tempatan ada yang dari luar negara pun ada.

Dalam asyik merenung jenama kereta orang, tiba-tiba Khaisarah teringatkan sesuatu.

"Awak, sebelum balik nanti boleh tak kalau kita singgah rumah mama sekejap. Dah lama saya tak jumpa dia,"

Raden hanya menggumam, tumpuan masih tertumpu pada pemanduannya.

"Tapi sebelum tu boleh tak kalau kita pergi kedai ibu dulu? Saya nak bagi something kat mama,"

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now