ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 2

18.5K 773 61
                                    

"Manda dah balik, sayang?" suara yang menegur dari ruang tamu membuatkan gadis muda itu tersenyum lebar. Pintu utama rumah ditutup rapat sebelum dia melangkah mendekati ibu dan bapanya yang sedang duduk di sofa.

Amanda menghulur tangan lalu mengucup lembut kedua-dua tangan orang tuanya. Kemudian duduk bersimpuh di bawah. Puan Khaleeda dan Encik Erman menunduk sedikit untuk melihat wajah ceria puteri mereka.

"Kakak mana? Ibu, ayah?" Amanda menyoal kerana terlihat kereta Khaisarah elok terparkir di garaj rumah. Khaisarah sudah jarang memandu sendiri, almaklumlah sudah ber-tunang.

"Ada dekat atas tu. Baru je balik dating dengan bakal abang ipar kamu," Amanda tersengih. Ceit. Dia pun baru lepas dating, tapi seorang diri lah. Balik pun, pakcik grab hantarkan.

"Amboi dia! Seronok lah tu dapat date dengan encik tunang dia," gurau Amanda walaupun tahu kakaknya tidak mendengarinya. Puan Khaleeda ketawa.

"Kalau macam tu Manda cari lah encik tunang Manda sendiri. Untung-untung ibu dengan ayah depan dua menantu," kata-kata Puan Khaleeda mengundang muncung dari Amanda.

"Eee, ibu! Tak nak lah cakap macam ni..." Amanda merengek manja sambil memukul paha sendiri. Encik Erman yang memerhati dari tadi ketawa kecil sambil menggeleng. Kepala puterinya yang berlapik tudung itu ditepuk sekali.

"Eryna Amanda... umur Amanda dah meningkat, sama macam ibu dengan ayah. Kami dah tua. Kami nak sangat tengok Amanda berkeluarga sebelum kami pejam mata," kata-kata yang dilontarkan oleh Encik Erman membuatkan Amanda sebak. Bibirnya dikemam untuk menahan getaran.

"Ibu, ayah. Amanda minta maaf. Amanda naik dulu ya? Selamat malam," tangan Puan Khaleeda dan Encik Erman dicapai lalu dikucup lembut.

Pasangan separuh abad itu hanya tersenyum segaris. Mereka tahu sebabnya Amanda selalu mengelak bila bercakap tentang tadi.

Pintu bilik Amanda buka dan menutup kembali dengan perlahan. Air mata yang bertakung di tubir mata diseka dengan hujung jari.

"Amanda minta maaf ibu ayah," ucapnya dengan esakan halus. Bukan sengaja dia mengelak permintaan ibu bapa angkatnya itu. Dia cuma perlukan masa.

Dia sentiasa berharap untuk berjumpa ibu bapa kandungnya terlebih dahulu sebelum mula menjejaki alam perkahwinan. Dia mahu ibu bapa kandungnya ada pada hari bahagianya.

Amanda menarik nafas panjang. Lilitan selendang dilehernya dibuka. Selendang itu ditanggalkan dari kepala. Tuala yang tersangkut dicapai lalu dia masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi, Amanda melakukan rutinnya. Losen jenama Enchanteur beraroma rose itu disapukan pada lengannya yang terdedah. Kemudian, rambut yang berparas dada itu disikat.

Setelah itu, baru lah dia menuju ke katil  untuk berehat. Hari ni merupakan hari yang agak panjang dan memenatkan bagi dia. Sekali lagi boleh dikatakan dia gagal.

Satu pun maklumat mengenai pencarian ibu bapa kandungnya tidak dijumpai walaupun sudah berkali dia pergi ke hospital di mana tempat Encik Erman dan Puan Khaleeda mengambilnya dulu.

Apa yang perlu dicari terlebih dahulu adalah orang yang menjumpai dan menghantarnya ke hospital. Tapi nak cari yang itu pun susah, macam mana nak cari yang lebih lagi?

Amanda mengeluh dalam keletihan. Telefon pintar di meja tepi katil diambil. Aplikasi Whatsapp dibuka. Gadis itu mengerut dahi bila menerima satu pesanan dari nombor yang tidak dikenali.

21:15. Maknanya baru saja dihantar 3 minit yang lalu.

Pesanan yang tidak diketahui dari siapa itu ditekan. Amanda meneguk air liur kesat bila melihat isi mesej tersebut. Ada satu mesej berbentuk gambar. Dia yakin gambar itu diambil siang tadi.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now