ℳ𝓇𝓈. ℛ𝒶𝒹ℯ𝓃| 8

15.1K 608 2
                                    

"Kakak, nanti sampai sana jangan lupa bagitahu Amanda tau. Jaga diri. Nanti balik lah sini," ucap Amanda dengan mulut yang sudah bergetar, menahan sebak. Dia kena tinggal dengan kakak dia lagi... Hmmm...

Tangan Khaisarah digenggam erat. Dia rasa macam tak lama pun kakak dia balik ke sini. Tahu-tahu dah dapat kerja di Johor! Tapi nak buat macam mana?Dah rezeki awal...

Encik Erman dan Puan Khaleeda masing-masing menggeleng melihat kedua-dua orang anak perempuan mereka. Akrabnya dari kecil hingga besar tak berubah.

"Ya, Amanda. Kakak janji sampai je sana terus kakak call Amanda. Meh sini, nak peluk sikit," tubuh Amanda yang lebih kecil sedikit daripadanya ditarik ke dalam dakapan. Belakang tubuh itu ditepuk perlahan. Tiba-tiba pula rasa tak sampai hati nak tinggal Amanda di sini.

"Dah... Jangan sedih-sedih. Kakak balik nanti kita keluar sama-sama,ya? Dapat gaji pertama kakak, kakak belanja Amanda nak?"

Amanda yang tadi hendak menangis terus rasa nak ketawa. Belakang badan kakaknya ditepuk sedikit kuat. Kakak dia ni, tahu lah tak ada modal nak pujuk dia tapi jangan lah nak bazirkan gaji pertama dia.

"Ada pula macam tu," kata Amanda sambil mula jarakkan sedikit tubuh mereka. Khaisarah tersenyum, kacang je nak pujuk budak ni.

"Amanda jaga diri, jaga ibu dengan ayah waktu kakak tak ada, okay?" tutur kata Khaisarah dibalas dengan anggukan daripada Amanda.

"Kakak pun jaga diri juga, jangan lupa selalu call kami, okay?" balas Amanda pula. Khaisarah tersenyum, banyak kali juga dia dengar ayat seperti ini dari adiknya seorang ni.

"Ibu, ayah. Sarah pergi dulu, ya. Takut lambat pula sampai sana nanti. Jaga diri, tunggu Sarah balik tau dan tolong doakan Sarah juga dekat sana nanti." ujar Khaisarah sambil mengucup tangan kanan ibu bapanya buat kali kedua.

Tak lupa juga dia untuk menghulur tangannya kepada Amanda untuk bersalam sebelum dia mula menyumbat tubuh ke dalam perut kereta.

Puan Khaleeda, Encik Erman dan Amanda masing-masing berada di luar pagar untuk menghantar Khaisarah dengan pandangan. Sebaik sahaja kereta Khaisarah membelok keluar dari lorong rumah mereka, Encik Erman bersuara mengajak isteri dan anaknya untuk masuk ke dalam rumah.

Suasana kini menjadi senyap sunyi. Tiada seorang pun yang keluarkan suara. Keadaan ini membuatkan Encik Erman teringat bagaimana suasana rumahnya ketika mula-mula Khaisarah pindah tinggal di Singapura semasa belajar dahulu.

Encik Erman menggelengkan kepala. Isteri dan anaknya ni, bukannya tak pernah berpisah dengan Khaisarah.

❀❀❀

Putung rokok yang sudah pendek itu ditenyeh pada penghadang balkoni lalu dicampakkan ke bawah dengan selamba. Skrin telefon pintar yang berada dalam pegangannya itu dipandang.

Dia tersenyum senget sambil mengusap gambar seorang gadis yang terpapar pada muka skrin.

"Wait for me, my dear."

"Lama betul kau tak keluar, Syah. Selalu hari-hari kau keluar," kedengaran satu suara yang menegurnya dengan nada menyinis. Kasyah memalingkan kepalanya. Tubuh yang sedang bersandar pada sliding door tersebut dijeling.

"Aku keluar ke tak masalah kau ke? Semak betul," balas Kasyah. Frust. Ingat dia nak sangat ke terperuk dekat rumah macam ni?Dia nak keluar pun untuk apa? Bukannya dia dapat dekati gadis yang diburunya pun.

Kata-kata kasar dari Kasyah membuatkan lelaki yang sedang bersandar tadi ketawa kecil. Kasyah didekati. Kerusi di meja kopi bertentangan dengan Kasyah ditarik lalu melabuhkan punggung di situ.

C| Raden's QueenWhere stories live. Discover now