Special Chapter

12.2K 458 20
                                    

Aviera merenung Daniel yang sedang sibuk menyiapkan tugasnya di meja kerja. Seharian dia menunggu Daniel yang sibuk itu. Memandangkan Ivy keluar bersama Leo dan Alvin, dia sangka dapat meluangkan masa bersama Daniel berdua tetapi suaminya itu seolah-olah tidak mengendahkannya.

Buku tebal yang berada di tangannya dihempas ke atas meja kopi. Sengaja menarik perhatian Daniel.
" Abang tak sayangkan Viera dah ke ?" soal Aviera tiba-tiba.

Tersentak Daniel yang sedang membelek fail kerjanya. Berkerut dahi Daniel dibuatnya. Laju tangannya menutup fail kerja itu.

" Of course I love you. Kenapa sayang tanya ?" soal Daniel lembut.

Aviera mendekati meja kerja itu. " Kalau abang sayang, kenapa abang tak nak spend time dengan Viera ? And kenapa Viera tak boleh tanya abang sayangkan Viera ke tak ?" tajam mata Aviera menikam wajah Daniel. Perasaan marahnya semakin membuak-buak.

Daniel menghela nafas berat. Dia bangun dari kerusi dan mendekati isterinya yang sudah muncung sedepa itu. Tangan isterinya diraih dan diusap lembut

" Sayang marahkan abang sebab tak bagi attention pada sayang ?" lembut Daniel menyoal.

" Yes ! Abang asyik busy dengan kerja."

Daniel tersenyum kecil. "Sorry. Okay abang tak buat kerja dah. Kita spend time together."

Aviera tersenyum kecil. Gembira apabila Daniel ingin meluangkan masa bersamanya. Sungguh dia sangat rindukan Daniel walaupun lelaki itu sentiasa dengannya.

Tangan Aviera ditarik untuk mengikuti langkahnya. Mereka keluar dari bilik kerja itu dan menapak ke halaman rumah.

" Hi Irvan !"

Serentak kepala pasangan suami isteri itu berpaling ke arah pintu rumah.

Hailey Hernandez.

Mendidih darah Aviera melihat senyuman manis Hailey pada Daniel. Seperti dia ingin mengoyak mulut wanita itu. Geram !

" Hailey, what are you doing here ?" soal Daniel. Hairan apabila Hailey muncul secara tiba-tiba di rumahnya.

Hailey mendekati pasangan suami isteri itu. " I datang sebab nak jumpa you sekejap."

Aviera memeluk erat lengan Daniel. Tidak mahu melepaskan Daniel pergi.

Terangkat kening Daniel apabila merasakan pegangan Aviera semakin kuat. " Why sayang ?"

Mata Aviera merenung Daniel berserta gelengan kecil. Tanda dia tidak mahu Daniel meninggalkannya untuk berbicara dengan Hailey. Dia tidak suka wanita itu dekat dengan Hailey. Dia masih takut. Peristiwa dulu cukup memberi kesan padanya.

Daniel memberikan isyarat mata ada Hailey untuk menunggunya di halaman rumah. Dia perlu uruskan Aviera terlebih dahulu.

Kedua tapak tangannya melekat pada pipi Aviera. "Hey sayang, look at me. Why ? Hailey cuma nak discuss something."

" No. Abang jangan cakap dengan dia. Kalau dia cuba rosakkan relationship kita lagi maca mana ? Kalau abang tinggalkan Viera lagi macam mana ?" Berair tubir mata Aviera. Dia takut untuk kehilangan Daniel lagi.

Tergamam Daniel melihat mata Aviera yang sudah berkaca. Tidak sangka sehingga begitu sekali Aviera terkesan dengan apa yang berlaku. Masih takut peristiwa itu berulang lagi.

" Shh.. don't cry sayang. I'm not gonna leave you. You're my nyawa. Hilang sayang, matilah abang. I can't live without you." lembut Daniel memujuk Aviera.

Daniel merapatkan dahi mereka. Mata saling bertatapan. " My love for you is unconditional love. So, nothing can stop me from loving you." bisik Daniel. Cuba menyakinkan Aviera tentang perasaannya. Tidak mungkin dia meninggalkan Aviera setelah apa yang berlaku pada mereka.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now