Bab 32

10.9K 507 15
                                    

Aviera memandang sepi dirinya di dalam cermin. Mata sembab kerana menangis semalaman. Dia mengharapkan perkara itu adalah mimpi tetapi hakikatnya adalah realiti. Sudah seminggu Daniel tidak munculkan diri. Dia menghilangkan diri selepas pertengkaran itu.

" Dasar pengecut." marah Aviera sambil melihat gambar perkahwinan mereka di dinding. Dia pantas menurunkan gambar itu dan di simpan di dalam almari. Sakit hati melihat wajah suaminya itu.

Aviera turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Dia hanya mencapai secawan susu. Sudah seminggu dia tiada selera untuk makan. Dia hanya minum susu untuk mengalas perut dan bertenaga.

" Viera, dah seminggu Mak Nab tengok Viera asyik minum susu jer. Cuba jamah sikit makanan. Penat Mak Nab masak." pujuk Mak Nab.

Aviera yang sudah selesai meminum segelas susu meletakkan cawan di dalam singki. Dia tersenyum ke arah Mak Nab. " Viera tak ada selera la. Susu pun dah okay." jawap Aviera.

Mak Nab geleng kepala. " Tak boleh macam tu Viera. Nanti Viera sakit."

" Viera ada nak makan apa-apa ? Biar Mak Nab buatkan."pujuk Mak Nab lagi.

Aviera senyum manis. " Tak ada apa yang Viera nak makan. Mak Nab jangan risau. Pandai la Viera jaga diri. Viera dah besar." ujar Aviera dengan lembut. Dia meninggalkan Mak Nab di dapur yang sibuk memotong kentang.

Alvin tiba-tiba muncul di ruang tamu rumah agam itu. Terkejut juga Aviera melihat kelibat abangnya itu.

" Vin, kau buat apa dekat sini ? Bila masa kau sampai ?" soal Aviera. Dia mendekati Alvin yang menonton televisyen di ruang tamu.

" Baru sampai. Aku nak ajak kau keluar makan. Kau asyik berkurung jer dalam bilik." ujar Alvin.

Aviera berpeluk tubuh dan memikirkan pelawaan Alvin itu. Dia pantas angguk. Takkan dia nak berkurung di rumah kerana masalah itu ? Cukuplah dia menangis setiap malam kerana Daniel.

" Okay jom. Kita pergi makan sedap-sedap. Mama mengadu dekat aku yang kau tak nak makan sekarang." sambung Alvin.

Aviera mencebik. "Papa Mama tahu ke pasal Daniel ?"

Alvin menutup siaran televisyen yang sudah tidak lagi menarik perhatiannya itu. " Kau anak mereka Viera. Mesti Papa Mama perasan perubahan kau. Lagipun dah seminggu Daniel tak balik kan ?"

Aviera mengangguk. Sudah seminggu berlalu, namun lelaki itu tidak datang memberi sebarang penjelasan. Marahnya sudah reda, hanya perasaan geram kerana lelaki itu masih mendiamkan diri.

" Balik rumah tunang dia la kot. Malas aku fikir. Lantak dia la. Tak payah balik sini pun tak apa."

" Betul ke perempuan tu tunang dia ? Aku musykil betul la. Kau dengar jelas ?" soal Alvin lagi. Lama dia berfikir perkara ini. Seperti ada perkara yang tidak kena.

" Aku dengar dengan jelas dia cakap dia tunang Daniel." balas Aviera.

Alvin diam seketika. Mengapa Daniel sanggup sembunyikan statusnya ? Siapa perempuan itu ?

" Kau sayang Daniel ?" soal Alvin. Dia ingin tahu pengakuan dari mulut adiknya itu.

Aviera angguk perlahan. Dia tidak mampu menidakkan perasaan yang sudah menggunung itu. Wajahnya tunduk memandang lantai.

Until Forever, My Star Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt