Bab 17

13.1K 612 62
                                    

Puas Aviera mencari kelibat Daniel di seluruh pelusuk rumah tetapi masih tidak kelihatan."Mana dia ni ? Dah la rumah besar macam muzium, memang cari hari ni, esok baru jumpa" rungut Aviera sendirian.

Aviera menghampiri pintu kaca. Kelihatan susuk tubuh sasa milik Daniel yang sedang bersantai di halaman rumah. Daniel duduk sendirian melihat langit malam.

Aviera tersenyum dan menghampiri jejaka itu. " Hi Mr. Lewis." sapa Aviera.

Tanpa di undang, Aviera duduk di sebelah Daniel. Daniel hanya memandang tanpa menjawap sapaan tersebut.

" Mr. Lewis tengok bintang ke ?" soal Aviera lagi. Matanya juga melihat langit malam yang penuh dengan bintang itu. Sangat indah.

" Stop calling me Mr. Lewis. Just call me Daniel " balas Daniel tenang.

Terpusing kepala Aviera ke arah Daniel. " Tak formal la Mr. Lewis. Lagipun nanti nampak macam member pulak. Kita bukan member pun." jawap Aviera.

Daniel tersenyum sinis. " Then is it formal berduaan dengan client malam-malam macam ni ?"

Aviera mencebik. " Okay fine saya panggil Daniel."

" Daniel, kenapa awak duduk sorang dekat rumah besar macam ni ? Tak sunyi ke ?" soal Aviera.

" I don't have anyone. My parents died. My brother also. Here i am, alone." jawap Daniel.

" No. You're not alone. You have Leo and...me." sambung Aviera dengan senyuman.

Daniel memandang Aviera. Mata mereka bertembung. " Then should you be mine forever ?"

Terasa kelat tekak Aviera mendengar pertanyaan Daniel. Riak wajah Daniel masih beku. Tiada langsung kelihatan seperti bergurau.

Aviera ketawa palsu. " Pandai awak bergurau !"

Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing leka melihat langit malam.

"Tadi dalam perjalanan balik saya ada nampak pantai dekat pulau ni. Saya nak pergi pantai boleh ?"

Daniel diam memikirkan sesuatu. Aviera menanti jawapan Daniel dengan wajah yang penuh harapan. " Let's go" jawap Daniel.

Bersinar mata Aviera. " Serious ? Bestnya ! Tapi tak nak ajak Leo sekali ?"

" Just two of us or none of us go" ugut Daniel.

" Okay just two of us !" balas Aviera pantas. Tidak mahu Daniel membatalkan rancangan mereka. Dia sangat teringin untuk pergi ke pantai.

Aviera mengikuti langkah Daniel.  Mereka menapak ke arah tempat letak kereta. Terlopong mulut Aviera melihat deretan kereta mewah milik Daniel. " Semua ni kereta awak ?" soal Aviera.

"Yes, it's all mine" jawap Daniel.  Aviera hanya mengangguk. Jawapan yang sangat logik kerana Lewis Family sangat kaya.

Enjin sebuah motorsikal berkuasa tinggi dihidupkan. Daniel mencapai helmet dan memakainya. Aviera terpingga-pingga melihat Daniel yang sudah siap memakai helmet dan juga jacket.

" Come" panggil Daniel. Aviera mendekati Daniel. Rambut Aviera yang melepasi bahu itu di sanggulkan oleh Daniel dan helmet dipakaikan di kepala Aviera.

Terkedu Aviera dengan tindakan Daniel. " Cepat naik" arah Daniel lagi .

" Serious la nak naik motor ? Kan kereta awak banyak. Pilih jer nak bawak mana satu. Kalau malas drive, kita suruh Leo drive."

Wajah Daniel serius. " Enough with Leo. Dia pun ada life. Sekarang bukan waktu bekerja dia. Naik cepat." jawap Daniel.

Aviera menjeling Daniel sebelum melompat naik ke atas motor dengan berhati-hati.

Until Forever, My Star Where stories live. Discover now